Hari Ke-2 (6 hb April 2009)
Kampung Salak Baru, Dun Trong, Parlimen Bukit Gantang, Perak.
Ustaz Wan Shamsuddin menyampaikan Tazkirah Subuh di Surau Kampung Salak Baru.
Surau yang cantik dan lengkap tetapi tidak diimarahkan oleh penduduknya yang 'karat biru'!
Ikut kata orang sini, surau ni maghrib je kadang-kadang ada jemaah.. Isya' memang tak pernah..Subuh jangan tanya lahhh!!! Sedangkan betul-betul di hadapan surau ini adalah rumah Ketua Pemuda UMNO kampung tu.. Allahuakbar..
Banner yang menyambut ketibaan tetamu dan pejuang Islam di Rumah Selangor..
"ehh?? malam tadi tak terperasan lak banner nih!!"
Taklimat keselamatan oleh Ketua, Sdr Sazali merangkap Ketua Unit Amal Hulu Selangor.
Pembahagian kumpulan untuk aktiviti seliaan keselamatan di sekitar kawasan kampung.
Bendera dan banner kita ada gak yang hilang.. maklumlah.. kampung ni kan 'karat biru'.. heheheh
'map' perang Gaza!
Kontinjen Hulu Selangor bergambar sebelum keluar bertugas di hari akhir sebelum pembuangan undi esok!
Melaungkan takbir mempamerkan semangat!!"kesian cik Nizam terpaksa pulang awal menyambung tugas!!" heheheh
Barisan 'otaimer' yang menjadi tonggak perancangan kita di sana!
Nizar berada di mana saja!!!
Doa dipohon sebelum keluar berjuang... Diketuai oleh Ustaz Wan..
Menuju ke Pekan Trong!
Aktiviti penyebaran risalah yang disumbangkan oleh bloggers network!Seronok berkempen dengan aci2 dan apek2..
'errr.. macam menyorok je?? tau la ade 2-3 ekor anjing depan tuhh!!"'kata jihaddd???" heheheh
kedai makan pun kami redahhh!!!
"ehhh??? macam kenal je 'mamalia' nih??"
Bergambar dulu dengan 'mamalia' nih...
Aktiviti kempen di tepi jalan.. didepan markaz PAS Trong..
Sembelih kambing syeikhh!! Meriah betul Markaz ni...
Makan time!!! resipi utama hari ini... SUP KAMBING!!!
Sahabatku yang amat disayangi..tersenyum dalam debaran menanti esok..esok dia kena naik bot nelayan ke sebuah pulau!! jadi PACA disana!Tahniah Syeikh!! anta pegi dulu.. ana follow belakang!! hehehe
Makanan kami tengah hari itu.. Nasi putih, sup kambing dan telur hancur... Alhamdulillah...
Sedap syeikhh.. sampai terpejam mata!! 'sapa nak tambah mari sini!!!" jerit Chef dari dapur!
Ini la chef kami.. dengar cerita Chef Wan pun menuntut dengan dia...??!??!Terima Kasih chef.. jasa baikmu akan kami kenang.. terutama bila makan sup kambing...
Belon besar di markas berhampiran Trong.. bawa balik pasang kat Markaz PASZBB best gak nih!!
Sambung kempen tepi jalan!! perut dah kenyang!!
Bulan disiang hari...
"ehh?? putih pulak mamat ni aku tengok???"musykil hatiku berkata-kata.. -amri-
Antara petugas PASZBB yang sibuk berkempen... Steady syeikhh!!
ni la dia kertas yang diedarkan oleh orang-orang UMNO Bukit Gantang sendiri...tepuk dada tanya iman...
aikk?? bila masa lak puak2 BN ni tiru kita?tadi kosong je??
Berehat-rehat selepas solat Maghrib.. so kemana kita yob??
Suasana di Ceramah Abang mat Sabu dan Salehudin Ayub di Pos Kelubung..Jauh wooo tempat ni.. dekat2 45 minit gak berpusing2 cari.. hampir putus asa gak laa..tapi akhirnya memang berbaloi!!
Kawalan malam bermula jam 12 malam di simpang kampung..kena jaga wehh!! puak UMNO ni banyak akalnye! esok dah nak ngundi!
Setiap kenderaan akan dipantau... jika perlu ditahan.. kalau berani laa.. kot2 kete polis tak payah la mencari 'piaghit'(masalah)...Debaran hari pengundian makin terasa.. mata pun dah macam tak mau ngantuk2!!!
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...
11 years ago
No comments:
Post a Comment