Agak sedikit genting suasana yang berlaku di DUN Trong pagi ini. Jam 10.30 am wak terima call dari sahabat kita dari PAS S'gor kerana beliau menerima sms yang agak aggresif..Benarkah sms itu dari ahli-ahli kita, yakni dari jamaah PAS ? Butiran sms itu wak paparkan di bawah..
"Salam, disebabkan ada krisis dalaman,keselamatan seluruh DUN Trong jem. Mesyuarat MTD tadi, melantik ana sebagai ketua keselamatan Dun Trong. Ini kerja Islam,arahan diterima demi islam. SB kacau muslimat kita setiap hari, ada yang ugut perayu undi kita, ada yang berani menyentuh muslimat kita. BN dah mula kacau kita. Kita di cabar, ana mohon tuan2 bantu ana, InsyaAllah Allah byr syahid. Sila maklumkan kepada pemuda S'gor.."
Inilah sms yang kini berleluasa tersebar, baik di P.59 mahupun di Selangor. Wak baru menghubungi Ketua Muslimah yang bertugas dan memantau aktiviti muslimah kita khususnya di PAS Tanah Merah dan UPU Kg. Tebok, di dalam Dun Trong. Beliau menafikan wujudnya provokasi dan kacau bilau itu. SMS itu adalah SMS FITNAH. Sila abaikan sms sampah yang dibuat oleh manusia yang memang berhati hitam. Manusia yang tidak langsung takut akan azab Allah.
Walaubagaimanapun jelas beliau, memang ada beberapa aduan diterima ketika muslimah membuat tinjauan dan ziarah rumah ke rumah penduduk. Diantaranya..,
1. Aduan adanya Petugas dari MTD Muslimah Kota Bharu dan Terangganu (hantu ler ni..) hadir tanpa PASS yang sah meminta maklumat khusus dari penduduk. Bila di siasat tiada siapa yang mengenali petugas yang dimaksudkan malah tiada jadual ke tempat itu dibuat oleh Muslimah berpandukan masa kehadiran 'Muslimah Hantu'. Kerja siapa ?
2. Spekulasi yang tersebar menyatakan bahawa kertas undi khususnya di P.59 akan disapu lilin di dalam kotak calon PAS juga turut tersebar luas. Wak tak mahu ulas tentang hal ini..!
Dari apa yang wak terima, sms diatas juga ternyata bersifat BOHONG dan FITNAH besar apabila menyentuh perkara bahawa muslimah kita diganggu kacau oleh SB. Mana ada...! jelas Ketua Muslimah ketika wak bertanyakan benarkah SB kacau anak2 dara cun kita.! Beliau sekali lagi menafikan.
Di sini wak nasihatkan sesiapa yang menerima sms yang begitu sila abaikan dan jangan pula hangpa pi forwadkan pulak kepada kenkawan. Itu sms sampah..sms yang tidak berguna langsung. Ia sms jahat untuk memecah belahkan ukhwah antara pejuang kita di P.59 bagi mengalihkan tumpuan dan fokus kita yang sebenarnya. Allahu Akbar ! Takbir !!
moderator
ana pun dapat sms ni daripada sahabat pagi tadi, Alhamdulillah jika ianya fitnah. kerana dalam masa yang sama ana mendoakan keselamatan para petugas PAS disana.
InsyaAllah, kami akan menyusul ke Dun Trong tidak lama lagi!
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...
11 years ago
No comments:
Post a Comment