Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Wednesday, April 29, 2009

PAS Permatang Pauh Beku Jentera Pilihanraya?


PAS Kawasan Permatang Pauh membeku jentera pilihanrayanya di setiap peringkat berkuatkuasa serta merta.Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata, keputusan tersebut dibuat sebulat suara dalam mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan itu malam tadi.

Ditanya sama ada keputusan itu bermakna, PAS kawasan itu tidak akan berkempen membantu calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, beliau berkata:

"Ini bukan satu boikot (terhadap PKR) tetapi untuk membolehkan kita fokus untuk memperkasakan parti di semua peringkat di Permatang Pauh".

Malah, katanya, PAS kawasan turut membantu calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau sebelum ini.

Ditanya sama ada keputusan tersebut bermakna PAS kawasan tersebut tidak akan membantu PKR dalam pilihanraya kecil 31 Mei depan, Omar berkata:

"Kita baru lepas mesyuarat agung kawasan, dan pilihanraya (kecil Penanti) lambat lagi... ada 25 hari lagi.

'Tunggu arahan'

"Kita tunggu arahan selanjutnya daripada (kepimpinan) PAS kawasan (Permatang Pauh)'.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mengumumkan hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Penanti pada 23 Mei manakala pengundian pada 31 Mei depan.
Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman akan mewakili parti itu dalam pilihanraya kecil tersebut.

Kerusi tersebut kosong selepas penyandangnya, bekas timbalan ketua menteri, Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan sebagai ADUN di situ pada 16 April lalu.

Penanti adalah antara tiga DUN dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dua lagi DUN di situ ialah Seberang Jaya dan Permatang Pasir.


Omar ditanya sama ada keputusan malam tadi itu ada kaitan dengan usul PAS kawasan itu yang mahu meletakkan calonnya bertanding di Penanti. Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat PAS kawasan tersebut pada 19 April lalu.

Tindakan tatatertib

"Kita masih lagi berpegang dengan usul tersebut kerana ia adalah kehendak akar umbi di situ," katanya.

Sebelum ini, dilaprokan bahawa kepimpinan PAS kawasan tersebut telah mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kuala Lumpur untuk memaklumkan mengenai usul tersebut.

Ditanya sama ada pihaknya telah mendapat reaksi daripada presiden PAS itu, Omar berkata: "Setahu kita, Datuk Seri Abdul Hadi akan memberi jawapan melalui PAS perhubungan negeri".

Bagaimanapun, kata beliau, sehingga ini, pihaknya belum dimaklumkan apa-apa mengenai perkara itu.

Ditanya sampai bila pembekuan jentera pilihanraya tersebut, Omar berkata: "Sehingga keputusan PAS kawasan seterusnya".

Lagi pula, kata beliau, pihak yakin dengan kemampuan jentera pilihanraya PKR untuk mengekalkan kerusi DUN Penanti.

"PKR mempunyai jentera tersendiri dan yang terkuat dalam Permatang Pauh," kata Omar.

Ditanya mengenai kemungkinan PAS kawasan itu dikenakan tindakan tatatertib oleh PAS pusat, beliau berkata: "Kita tak fikir lagi (mengenainya) kerana kita mengutamakan kehendak akar umbi".
sumber - Malaysiakini

moderator
Perselisihan pendapat adalah hikmah, sebaiknya keputusan itu diberikan sebulat suara oleh jemaah telah diperhalusi dan dipersetujui oleh pimpinan. Rujukan pastinya pada Al-Quran,Hadis,Qias & Ijma' Ulama'. InsyaAllah.. selain ketepatan keputusan yang dibuat, keberkatan adalah yang paling penting! Allahuakbar!

No comments:

Related Posts with Thumbnails