Oleh: sembah_derhaka
Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Kawasan Hulu Selangor telah selesai pada Ahad 19 April 2009.
Alhamdulillah kehadiran perwakilan/pemerhati lebih meningkat daripada tahun lalu.Mungkin juga kerana tahun ini tahun pemilihan maka mood perwakilan untuk hadir lebih terserlah. Perwakilan dari cawangan saya juga meningkat dan memenuhi kuota. Secara peribadi saya memuji penganjuran MAT pada kali ini terutama dari segi tempat kerana walaupun jauh di pendalaman namun kemudahan dewan serbaguna Sg Selisik agak memuaskan dan selesa, bab makan pula paling-paling saya puji, sebabnya juadah agak pelbagai dan terhidang sepanjang masa dan boleh pula merasa tanpa had! Cuma satu jer yang kantoi,toilet! Ha apala yang teman boleh kabo, selagi mana kita ni orang
Namun begitu ada beberapa perkara yang saya rasa perlu ditegur untuk kebaikan bersama.
Seperti tahun yang sebelumnya, aluan melodi lagu PAS dan Unit Amal masih lagi dimainkan dengan perlahan walaupun sistem PA agak baik.Sepatutnya melodi itu dimainkan dengan lebih kuat supaya perwakilan/pemerhati boleh menyanyikan dengan lebih bersemangat.
Ucapan dari YDP agak kurang beranalisa. Contohnya ketika YDP merujuk kepada keputusan PRK Bkt Gantang, YDP seolah-olah mengiyakan laporan media UMNO kononnya PR tidak mendapat sokongan Melayu.Sokongan Melayu di Bkt Gantang seharusnya dibaca mulai PRU 1999 sehingga PRU 2008. Pada PRU 1999 ketika isu DSAI meletup, sokongan Melayu mencapai kepada 49%. Sokongan itu merosot kepada sekitar 16% pada PRU 2004 ketika calon PAS Dr Lolo menentang calon Cina dari Gerakan. Namun sokongan Melayu telah berubah melebihi sekali ganda pada PRU 2008 kepada 47%. Sokongan itu masih wujud pada PRK 2009 dengan kadar 43%. Sokongan kaum Cina terutamanya telah wujud semenjak PRU 2004 walaupun calon BN adalah calon Cina iaitu 48% dan melonjak kepada 75% pada PRU 2008 dan PRK 2009.
Ucapan YDP merujuk UMNO menyerah kalah di Penanti walaupun dilihat seperti bergurau namun telah dijawab oleh ketua JPN,Cikgu Radzi bahawa UMNO tidak pernah menyerah kalah. Saya turut bersetuju bahawa UMNO tidak pernah menyerah kalah.Selama ini pun POLIS,SPR digunakan secara semahunya.Isu pengundi hantu mungkin perangkap yang masih digunakan oleh UMNO tapi ruang penipuan itu acapkali dipantau. Oleh itu kaedah menggunakan seramai mungkin polis untuk tujuan menjaga keselamatan kononnya (tujuan asal menyalurkan pengundi hantu) hingga kos membiayai Polis terlalu berganda daripada belanja SPR dan parti-parti yang bertanding itu sendiri. SPR pula masih lagi jelas berfungsi sebagai pencacai UMNO. Agak pelik juga apabila merujuk sikap SPR terhadap 3 kes ADUN katak di Perak.Pelik juga terhadap sekatan yang dikenakan pada kempen PR di Bkt Gantang dan Bkt Selambau. Pelik juga dengan kajian SPR terhadap perarakan calon, barung panas dan sebagainya.Makin pelik juga SPR yang teragak-agak untuk PRK Penanti. Apa semua ini? Saya rasa sudah sampainya BERSIH pusingan kedua diadakan. Tuntutan BERSIH 1 pun belum terlaksana lagi
Calon yang dicalon.Untuk PAS Kawasan saya tak pasti adakah calon yang dicalon mendapat
Calon yang dicalonkan oleh cawangan-cawangan pula mestilah dinilai dan ditapis oleh satu panel.Saya harap bukan hanya Setiausaha yang menapisnya sendiri kerana ada juga aduan bahawa nama yang dicalonkan tiada dalam senarai calon untuk diundi.
Perwakilan masih lagi terbawa-bawa dengan ungkapan ‘kita yang memerintah,bukan diperintah’.Sedap dengar bunyinya.Tanya Hj Wahid,bukan semua yang kita boleh dapat.Elok saya sarankan juga kepada sesetengah perwakilan agar turun bekerja,bukan hanya tunggu 5 tahun sekali. Bila kita perintah lagi teruk sebenarnya.Orang kuat-kuat dan hebat dah duduk dalam pentadbiran,tinggallah jentera parti tanpa digerakkan lagi.
Akhirnya sekalung tahniah untuk penerima-penerima mandat perwakilan sekalian..Moga-moga PAS Kawasan Hulu Selangor tidak membuat pencalonan ‘gila’ seperti sesetengah PAS Kawasan di Wilayah Persekutuan. Saya masih mengharapkan Tn Guru Hj Abdul Hadi sebagai Presiden,Ust Nasarudin sebagai Timbalan Presiden atas kecemerlangan akhlak,ilmu,kewarakan,kezuhudan, kecerdikan berpolitik dan kebolehan memimpin.
Harapan besar saya agar semua orang datang kepada perjuangan ini dan berkhidmat kepada perjuangan ini.Ayuh turun bersama rakyat,pergi kempen pilihanraya, ke padang bola,ke pasar malam dan praktiklah segala ilmu yang ditimba.Anda akan merasai realiti dan menghargai agama,perhubungan antara kaum dan menyanjungi Rasulullah.
‘PAS FOR ALL, akhirnya ISLAM UNTUK SEMUA’
24 April
11.50 malam.
No comments:
Post a Comment