Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Friday, February 27, 2009

Istilah Allah: Majlis gereja bantah KDN kenakan syarat baru


Istilah Allah: Majlis gereja bantah KDN kenakan syarat baru Feb 27, 09 12:08pm Majlis Gereja Malaysia (CCM) membantah syarat tambahan yang dikenakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sewaktu membenarkan penggunaan Allah dalam sebarang penerbitan agama tersebut.

"Syarat ini tidak adil dan satu bentuk larangan yang tidak perlu dalam pengamalan agama Kristian di negara ini," kata setiausaha agung majlis tersebut, Dr Hermen Shastri hari ini.

"Memperkenalkan syarat-syarat itu sebagai prasyarat untuk menggunakan perkataan-perkataan tersebut (seperti Allah, Kaabah, Baitullah dan solat) masih satu bentuk penghadan terhadap kebebasan beragama seperti tlah dijamin pada Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

"Keadaan ini tidak boleh diterima."

Beliau mengulas langkah terbaru kementerian itu yang mengenakan syarat label "Untuk Penganut Kristian Sahaja" di semua penerbitan yang menggunakan nama Allah.

Label tersebut - bersaiz 16 jenis fon Arial berhuruf tebal - hendaklah dipaparkan di muka depan penerbitan Kristian seperti arahan KDN menurut Seksyen 22(1)(c) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Arahan yang dikeluarkan 21 Januari lalu itu berkuatkuasa mulai 16 Februari, kata Dr Hermen lagi.

KDN sejak penghujung 2007 mengharamkan penggunaan istilah Allah dalam mingguan Katolik, The Herald sehingga memaksa penerbitan itu menyeret kontroversi tersebut ke mahkamah.

Kes saman akhbar tersebut terhadap kerajaan akan disebut hari ini.

Dalam kenyataannya hari ini, CCM juga mempertikaikan tindakan KDN yang hanya melarang penganut Kristian, walhal penganut agama Sikh juga turut menggunakan perkataan Allah dalam kitab-kitab sucinya.

Dr Hermen juga menyatakan rasa kesal apabila kerajaan tidak mengajak majlis itu mengadakan perbincangan sebelum memperkenalkan arahan terbaru itu.

CCM bagaimanapun berterimakasih kepada KDN kerana telah membenarkan perkataan Allah digunapakai untuk penerbitan selain Islam.

Ulasan Moderator

maka benarlah dakwaan Zulkifli Nordin bahawa golongan kafir ini akan mempergunakan sebaik-baiknya akan kelemahan yang terdapat didalam perlembagaan negara..
Mereka kembali merujuk Perkara 11 dalam Perlembagaan negara yang menyatakan kebebasan beragama di Malaysia!!!
Kemana agaknya arah umat Islam Malaysia kini dan akan datang???

Thursday, February 26, 2009

Kadar tol akan naik hingga 33 peratus


Harakahdaily
Thu | Feb 26, 09 | 1:50:26 pm MYT

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Hrkh) - Kadar tol akan dinaikkan sehingga 33 peratus mulai 1 Mac ini, antaranya termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus).

Dalam pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad, empat lagi leburaya ialah Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Di Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), kadar tol di plaza tol Pantai naik setinggi 33 peratus iaitu 50 sen dari RM1.50 kepada RM2 manakala di Plaza tol Damansara pula naik 30 sen dari RM1 kepada RM1.30 (naik 30%).

Kadar tol di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12) juga dinaikkan sehingga 33 peratus iaitu sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2.

Dalam kenyataannya, Mohamad Zin menyifatkan kenaikan kadar tol baru itu sebagai sangat kecil.

Kenaikan kadar tol di lebuhraya-lebuhraya lain ialah:

Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus dinaikkan 0.68 sen sekilometer bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.

Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%). Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.

Lebuhraya Baru Pantai (NPE): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2 (naik 25%).

Ulasan Moderator

Nampaknya taktik ni sering digunapakai oleh BN, taktik "melayu mudah lupa" ini setakat ini amat praktikal sebab Pilihanraya Umum masih jauh lagi. Selalunya apabila tiba Pilihanraya Umum, keuntungan hasil kenaikan tol ini akan di'agih'kan kembali kepada rakyat sebagai gula-gula Pilihanraya.. Wah! Hebat betul permainan mereka!!

Atau mungkinkah ini hadiah di bulan pertama pemerintahan Najib Attantuya!

Aktiviti di Surau An-Nur, Flat Cempaka Malam ini!


Assalammualaikum,
kepada semua pendokong dan penyokong kebenaran dan keadilan Islam,
malam ini akan diadakan aktiviti berikut:-

Tarikh
- 26/3/2009
Masa
8.30 malam
Tempat
Suran An-Nur, Flat Cempaka(depan Balai Polis)
Aktiviti
- Solat Isya' berjemaah
- Solat Hajat Berjemaah
- Membuat Laporan Polis berhubung tuduhan adanya 'pengundi luar' di mesyuarat pencalonan masjid baru-baru ini.
- Sesi Penerangan kepada semua

Mari kita hadir beramai-ramai untuk menyatakan niat kita!
InsyaAllah, semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita dan hidayah kepada mereka!

Amin!

Wednesday, February 25, 2009

Usrah PAS ZBB Malam ini!!!


Assalammualaikum,

Kepada semua ahli & penyokong PAS di kawasan sekitar.

Satu sesi Usrah akan diadakan pada malam ini seperti berikut:-

Tarikh
25/2/2009

Masa
9.15 malam

Tempat
Markaz PAS Zon Bukit Beruntung

Aktiviti
1. Solat Hajat berjemaah
2. Usrah
3. Perbincangan isu-isu setempat & semasa

Kehadiran semua amat diharapkan untuk sama-sama mengimarahkan markaz, meningkatkan ilmu dan berkongsi pengetahuan.

InsyaAllah..


Terima Kasih

Setiausaha,
PAS ZBB

Monday, February 23, 2009

Ziarah PAS Zon Bukit Beruntung dan Unit Amal Hulu Selangor

Bukit Beruntung,Ahad 21 Feb 2009 -
Satu aktiviti rombongan ziarah daripada wakil PAS Zon Bukit Beruntung(PASZBB) dan Unit Amal Hulu Selangor ke rumah balu Allahyarham Abd. Rahman Mohd Salleh yang telah meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di susur keluar Bukit Beruntung,Lebuhraya PLUS 17/2/2009 dan Balu Allahyarham Mohd Romel yang juga telah meninggal dunia baru-baru ini.


Rombongan diketuai oleh Saudara Mohd Izzan yang juga Timbalan Ketua Unit Amal Hulu Selangor bersama lebih kurang 15 orang ahli berserta keluarga masing-masing. Kami berkumpul di Masjid As-Saalam, Bukit sentosa dan mendirikan solat Asar disitu. Ketua Unit Amal Hulu Selangor, Saudara Sazali juga telah sedia menanti di rumah Allahyarham Abd. Rahman yang juga jiran terdekat baginya.

Suasana hiba jelas kelihatan ketika kami tiba di Rumah Puan Noranita, balu kepada Allahyarham Abd. Rahman. Ahli rombongan turut mengadakan bacaan tahlil di kedua-dua buah rumah khas untuk kedua-dua Allahyarham. Sedikit sumbangan daripada PAS Zon Bukit Beruntung telah disampaikan oleh Ketua Muslimat PAS Cawangan Bukit Beruntung/Bukit Sentosa Puan Siti Zawiyah manakala zumbangan daripada Unit Amal Hulu Selangor pula telah disampaikan oleh Puan Aliza, isteri kepada Ketua Unit Amal Hulu Selangor. Sumbangan telah diberikan kepada kedua-dua balu tersebut.


(Tiba di rumah Allahyarham Abd. Rahman, Jalan Kemboja)



(Jemaah sedang membacakan tahlil)


(Ketua Muslimat PAS cawangan BB/BS menyampaikan sumbangan kepada Puan Noranita)


(Isteri Ketua Unit Amal Hulu Selangor menyampaikan sumbangan kepada Puan Noranita)


(Beredar dari rumah Allahyarham Abd. Rahman)


(Tiba di rumah Allahyarham Mohd Romel di Jalan Telipot)


(Timbalan Ketua Unit Amal Hulu Selangor(tengah) membuka kata)


(Puan Zawiyah menyampaikan sumbangan kepada balu Allahyarham Romel)


(Isteri Ketua Unit Amal Hulu Selangor menyampaikan sumbangan kepada balu Allahyarham Romel)

Aktivi berakhir kira-kira jam 7 malam. Jauh disudut hati kami merasai akan hebatnya tekanan yang dialami oleh mereka. Sesungguhnya setiap jiwa pasti akan merasai mati

Semoga menjadi peringatan buat semua.

Mewakili AJK PAS Zon Bukit Beruntung, ana mengucapkan jazakallahukhairan kathira kepada semua yang terlibat. InsyaAllah, untuk aktiviti-aktiviti sebegini yang akan datang, diharap lebih ramai ahli yang akan melibatkan diri.

Wallahualam

Sunday, February 22, 2009

Unit Amal Hulu Selangor di Slim River!

Ringkasan Tugasan Unit Amal Hulu Selangor di Slim River

21 hb Februari 2009 (Sabtu)

5.00petang
- Berkumpul & Solat Asar di Masjid Lama Hulu Bernam.( 7 orang ahli terlibat)
- Sesi Taklimat oleh Timbalan Ketua Unit Amal Hulu Selangor

6.30petang
- Tiba di Markas PAS Serigala, Slim River
- Melapor diri kepada Ketua Unit Amal Tg. Malim, Sdr Amin.
- Membantu kerja-kerja persiapan tapak ceramah (Markaz PAS Slim River)
- Ketika Ini Dato' Seri Ir Nizar sedang turun bertemu rakyat di Pasar Malam Tg. Malim

7.15malam
- Bergerak ke Masjid Sultan Idris Shah II, Slim River
- Ditugaskan untuk mengiringi konvoi MB Perak, Dato' Seri Ir Nizar.
- Solat Maghrib berjemaah
- Kuliah Maghrib oleh Ustaz yang bertugas
- Ustaz tersebut memberi ruang kepada MB Perak untuk menyampaikan Kuliah Maghrib.
- Kuliah maghrib oleh Dato' Seri Ir. Nizar.

8.40malam
- Mengiringi konvoi MB Perak ke Kampung Balun, Slim River untuk Makan malam.
- Berkawal & memantau di sekitar restoran tempat makan malam

9.15malam
- Mengiringi konvoi MB Perak ke Lokasi Ceramah, Markaz PAS Serigala, Slim River.
- Makan malam untuk ahli-ahli Unit Amal Hulu Selangor.
- Bertugas memantau di sekitar kawasan ceramah.
- Membantu membuat kutipan derma semasa ceramah.

12.30
- Membantu Unit Amal Tg Malim mengawal trafik dan keselamatan.
- Membantu kerja-kerja pembersihan kawasan markaz.
- Salam perpisahan dengan Unit Amal Tg Malim

1.00pagi
- Berhenti makan di Hulu Bernam

2.30pagi
- Alhamdulillah, tiba dengan selamat di Bukit Beruntung.

Kepada semua ahli Unit Amal yang telah bertugas, Terima Kasih dan semoga Allah SWT menerima amalan ikhlas kita.

Tahniah kepada semua!

-S/U PAS Zon Bukit Beruntung

p/s: Maaf, tak dapat nak sertakan gambar kerana bateri kamera 'kong' sebaik sahaja tiba di Masjid untuk solat maghrib! Maafkan ana...

Friday, February 20, 2009

MB Perak(yang Sah) DS Nizar & DS Anwar Ibrahim di Tg Malim!!



Assalammualaikum,

Pengumuman,

MB Nizar di Dun Behrang!

Jadual aktiviti MB Perak :-

Tarikh-
21/2/2009-Sabtu

Aktiviti-

7.00pm - Kuliah Maghrib di Masjid Slim River

9.00pm - Ceramah Perdana - MB Nizar & Anwar Ibrahim
Lokasi -
Markas PAS Slim River, Felcra Serigala, Klan Halt
Belakang Sek.Men.Keb. Agama (SMKA) Slim River.

Semua Dijemput Hadir!

Sebarang pertanyaan sila hubungi :-
Amri - 019 2799 147

Sekian,

"Suburlah Hidupnya Dan Pasti berbuah"

Wednesday, February 18, 2009

Al-Fatihah buat Warga Bukit Beruntung/Bukit Sentosa

Tubuh berkecai

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Md Fuzi Abd Lateh
Harian Metro


KUMPUL...anggota polis mengangkat cebisan tubuh mangsa.
Gambar kecil, Abdul Rahman.

BUKIT BERUNTUNG: Seorang penunggang motosikal maut dalam keadaan ngeri apabila tubuhnya berkecai dan bertaburan di atas jalan raya selepas dilanggar puluhan kereta yang tidak menyedari kewujudan mayat mangsa di atas jalan.

Lebih memilukan apabila kepala mangsa hilang dan tidak ditemui dipercayai hancur akibat dilanggar kenderaan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 pagi di Kilometer 434, Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) berhampiran susur Bukit Beruntung di sini, ketika mangsa dikenali sebagai Abdul Rahman Mohd Salleh, 44, menunggang motosikal untuk pulang ke rumah di Bukit Sentosa di sini.

Difahamkan keadaan lebuh raya yang gelap ketika kejadian menyebabkan ramai pemandu termasuk kenderaan berat yang melalui kawasan itu tidak menyangka objek digilis berulang kali itu sebenarnya tubuh manusia.

Dipercayai, mangsa yang menunggang motosikal ke arah utara tiba-tiba terbabas sebelum terjatuh dan dirempuh beberapa kenderaan hingga tubuhnya berkecai.

Ketua Polis Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, berkata kemalangan itu dianggap tragis berikutan tubuh mangsa terputus kepada tiga bahagian dengan kepalanya turut hancur digilis kenderaan.

Menurutnya, siasatan polis mendapati mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Sentosa di sini.

Menurutnya, kewujudan mayat mangsa hanya disedari selepas sebuah daripada dua kereta dinaiki lima pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ternampak sebelah kaki mangsa di atas lebuh raya.

“Pemandu kereta itu cuba mengelak daripada melanggar kaki mangsa sebelum kenderaannya terbabas masuk ke dalam longkang,” katanya.

Tak sanggup lihat jenazah suami

BUKIT BERUNTUNG: “Saya tidak sanggup melihat jenazah suami yang ngeri akibat dilanggar kenderaan,” kata, Noranita Shuib, 41, isteri kepada Abd Rahman Mohd Salleh, 44, yang ditemui mati dalam keadaan menyayat hati dengan kepala hancur dipercayai digilis kenderaan, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi di Kilometer 434, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Bukit Beruntung itu, mangsa menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Petaling Jaya ke Bukit Sentosa.

Noranita berkata, dia amat terkejut dan bagaikan tidak percaya menerima berita malang menimpa suaminya.

Katanya, polis menelefon jirannya memaklumkan kejadian yang berlaku itu.



“Kira-kira jam 10 pagi, jiran datang ke tempat kerja memberitahu suami terbabit dalam kemalangan ngeri.

“Saya dibawa jiran dan rakan ke Balai Polis Kuala Kubu Bharu dan rumah mayat Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk mengesahkan mayat suami,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.


MB Nizar di Stadium Perak!

Tanda sokongan rakyat Perak!
udah penyokong bolasepak Perak Confirm la rakyat Perak ye tak?
Takkan orang Selangor nak sokong Perak?? idak dimahu nye yob!!!

Kejor Yob Kejor!! Kite Kejor Kerajaan BN Haram di negeri teman nih!!
kite hambat lembaga hitam bior sampai ke Pangkor!!!




JOM PERKUATKAN ROHANI DALAM DIRI!!!


Assalammualaikum,
PAS ZBB akan mengadakan aktiviti berikut:-

Aktiviti
- Sesi Pengukuhan Rohani Jemaah Islam Bukit Beruntung

Tarikh/Hari
- 19/02/2009 - Khamis Malam Jumaat

Masa
- 8.00 malam

Tempat
- Markas PAS Zon Bukit Beruntung

Jadual Aktiviti-
1. Sesi bacaan Al-Mathurat berjemaah
2. Sesi Bacaan Zikir
3. Solat Isya' berjemaah
4. Solat Hajat berjemaah

InsyaAllah, akan diketuai oleh Ketua Lajnah Dakwah & Tarbiyah PAS ZBB, Ustaz Muhammad.

Semua Ahli(pendokong & penyokong) diminta hadir untuk sama-sama menguatkan jiwa bagi menempuh cabaran yang kelihatan semakin hebat ini!

Semoga Allah SWT memberi kemudahan dan semangat kepada semua untuk hadir..

Sekian Terima Kasih,

Yang Berusaha,
.........................
Setiausaha,
PAS Zon Bukit Beruntung

s.k
- Pengerusi PAS Zon Bukit Beruntung - melalui SMS
- Timbalan Pengerusi PAS Bukit Beruntung - melalui SMS & email
- Ketua-ketua Cawangan - melalui SMS & email

Tuesday, February 17, 2009

Anda ada maklumat ??? Kami sedia menghebahkannya!

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera,

Seiring dengan pertambahan hits/pengunjung blog ini,
pihak PASZBB ingin membuka peluang dan meminta maklumat daripada semua
untuk dikongsi bersama dengan pengunjung blog ini.

Kepada semua yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan aktiviti setempat@semasa atau apa sahaja yang difikirkan penting dan sesuai untuk dikongsi,
sila emailkan kepada:
amria@streamyx.com

atau


sms/telefon - 019 2799 147

pada bila-bila masa,

InsyaAllah, akan diumumkan melalui blog ini.

Untuk tujuan iklan juga amat digalakkan.

Bersama kita membantu didalam memperjuangkan parti yang menjadikan Islam sebagai tujuan di dalam perjuangan.

Allahuakbar!

Monday, February 16, 2009

Gema Takbir di Masjid As-Salam Bukit Sentosa


Ahad,15 Februari 2009-
Mesyuarat Agung Masjid Bukit Sentosa yang bermula tenang bertukar tegang apabila pihak Nazir Masjid Bukit sentosa Hj. Hassan Ariffin dengan dipersetujui oleh Orang Besar Hulu selangor untuk menunda mensyuarat ke tarikh yang baru iaitu 9/3/2009 jam 2.30 petang.

Keputusan penundaan tersebut jelas tidak dipersetujui oleh ahli kariah masjid yang datang daripada semua surau-surau yang bernaung di bawah Masjid As-Salam. Ini terbukti apabila ramai daripada mereka bangun menyuarakan ketidakpuasan hati sebaik sahaja Orang Besar Hulu Selangor menamatkan ucapan. Mereka meminta penjelasan kenapa mesyuarat ini perlu ditangguh kerana ahli qariah telah cukup untuk diadakan mesyuarat.

Ini memaksa Nazir Hj. Hassan Ariffin bangun mencapai mikrofon untuk menerangkan kenapa ini berlaku. Malangnya, penerangan yang diberikan bukan sahaja tidak jelas, malah menimbulkan tandatanya kepada orang ramai.

Ahli qariah masih tidak berpuas hati dan meminta mesyuarat dibuat pada hari tersebut juga kerana adalah menjadi masalah untuk hadir pada tarikh yang akan ditangguhkan. Ini juga kerana ahli qariah telahpun cukup untuk dilangsungkan mesyuarat. Ramai yang berpendapat penangguhan tersebut sebenarnya adalah kerana jumlah ahli qariah yang didaftarkan oleh parti pembangkang di Selangor terlalu sedikit yang hadir berbanding dengan ahli-ahli qariah yang menyokong kerajaan Negeri.

Apabila seorang ahli Qariah cuba mencapai mikrofon dan mula cuba memberikan 'ceramah Palestin', ahli-ahli qariah yang lain telah bertindak merampas mikrofon tersebut dan berlaku sedikit aksi tolak-menolak. Pihak Rela yang bertugas dengan segera mengambil tempat dan mengawal keadaan disamping beberapa pegawai Polis yang berpakaian preman.

Keadaan dapat dikawal kembali apabila Ustaz Nurkhalil, penyelaras masjid membacakan peraturan untuk melantik AJK masjid dan akhirnya kaedah undian 'angkat tangan' dijalankan walaupun tidak dipersetujui oleh Nazir dan Orang Besar Hulu Selangor!
Aktiviti undian dijalankan bermula dengan jawatan Nazir hinggalah ke jawatan Ketua Muslimat.
Ketika undian sedang berlangsung, Haji Hassan & Orang Besar Hulu Selangor telah bertindak meninggalkan majlis dan jelas wajah ketidakpuasan hati pada mereka.
Segalanya berakhir kira-kira jam 2.30 petang.

Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa betapa terdesaknya pihak pembangkang di Selangor yang masih tidak dapat menerima realiti kekalahan mereka di negeri ini. Yang hadir semalam adalah ahli-ahli qariah surau-surau sekitar Bukit Beruntung/Bukit Sentosa yang juga merupakan tulang belakang surau-surau tersebut. Umum mengetahui bahawa di bawah pemerintahan BN di Selangor sebelum ini, hanya surau-suraulah tempat ahli-ahli PAS dapat menjadi AJK dan mengimarahkannya sedangkan masjid-masjid dikuasai oleh ahli-ahli UMNO yang jelas tidak dapat mengimarahkan masjid dengan baik. Ada sesetengah masjid yang hanya dapat melakukan aktiviti keagamaan yang minima kerana AJK yang dilantik bukanlah mereka yang 'kaki masjid' sebaliknya hanya kerana mereka ahli UMNO, maka mereka dilantik untuk mengelakkan masjid dikuasai oleh ahli-ahli PAS. Senarai AJK Masjid sebelum ini juga perlu di'periksa' oleh pimpinan UMNO sebelum disampaikan ke pihak atasan iaitu JAIS, MAIS dan Istana.

Inilah hakikatnya sikap sebenar UMNO, yang sebenarnya merekalah yang mempolitikkan masjid. Terlalu banyak bukti untuk dinyatakan... boleh dicari sendiri..

Semoga Allah SWT memberikan hidayah kepada mereka dan dapat bersama-sama bersatu dengan mengenepikan fahaman politik dalam memajukan Islam dan Ummah!

Saturday, February 14, 2009

Zambry, exco dirujuk pada JK hak dan kebebasan DUN Perak


Feb 14, 09 4:25pm

Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah Selasa lalu, akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Rabu ini, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar.

Sivakumar yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata notis saman hadir kepada Zambry, Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Dr Mah Hang Soon, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin, telah dihantar pada pagi semalam melalui Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong.

Katanya keputusan tersebut adalah ekoran surat aduan yang diterimanya daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Canning, Wong Kah Woh Khamis lalu yang meminta supaya ketujuh-tujuh Adun Barisan Nasional (BN) tersebut dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan kerana didakwa telah menghina dewan, lapor Bernama.

"Setelah bersidang, pihak jawatankuasa berpendapat terdapat asas ataupun prima facie terhadap aduan yang dibuat oleh YB Wong Kah Woh. Oleh yang demikian jawatankuasa sebulat suara membuat keputusan untuk merujuk kesemua tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ipoh hari ini.

Katanya, jawatankuasa yang bersidang pada 12 Februari lalu, telah dihadiri oleh beliau sendiri, Husin Din (Adun Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham) manakala wakil tunggal daripada BN iaitu Adun Temengor Datuk Hasbullah Osman tidak dapat hadir kerana mempunyai program di Gerik.

Hamidah merupakan Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita, Ramly (Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air), Mah (Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam).

Laporan pada dewan

Saarani (Penerangan, PembangunaN Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Perladangan dan Kebajikan), Mohd Zahir (Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi) dan Zainol Fadzi ( Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan).

Ditanya bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap menteri besar dan exco berkenaan, Sivakumar berkata jawatankuasa berkenaan akan hanya melakukan penyiasatan dan membentangkan laporan dan saranannya kepada sidang DUN yang akan datang.

"Keputusan akan dibuat dalam dewan," katanya.

Sivakumar enggan memperincikan aduan yang telah dikemukakan oleh Wong namun akhbar hari ini melaporkan Adun Canning itu dalam surat aduannya kepada jawatankuasa berkenaan, telah mendakwa proses pelantikan Zambry sebagai menteri besar dan barisan exconya telah mencabuli Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Sementara itu, dalam sidang akhbar di Wisma DAP di sini, Pengerusi DAP Perak dan Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham berkata Sivakumar mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap terhadap menteri besar baru Perak dan enam Exco berkenaan jika mereka tidak hadir di hadapan jawatankuasa itu Rabu ini.

Beliau berkata tindakan menggantung keahlian kesemua tujuh Adun BN berkenaan merupakan antara bentuk hukuman yang boleh dicadangkan oleh jawatankuasa berkenaan.

Mengapa pilihan raya kecil selepas Perhimpunan Umno?



Pilihanraya kecil adalah pilihanraya kecil – "Its just another by election". Betul. tetapi sejak kebelakangan ini pengurusannya semakin dicurigai. Baru sahaja kita melihat betapa SPR baru-baru ini membuat keputusan bersejarah apabila enggan memanggil pilihanraya kecil bagi kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang, Perak mempertikaikan kesahihan surat perletakkan jawatan kedua-dua ADUN berkenaan yang dimajukan oleh Speaker Dewan.

Bagi sesetengah pihak dalam kes kedua-dua ADUN berkenaan, SPR telah mencabar kuasa Speaker. Sedangkan sebelum ini tidak pernah dalam sejarah kuasa speaker dipertikai oleh badan berkenaan yang sebenarnya hanyalah pengurus yang menguruskan pilihan raya dan tidak lebih dari itu.

Hari ini SPR sekali lagi diserahkan tugas iaitu memutuskan status kerusi parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Serlambau, Kedah. Alhmadulillah kedua-dua kerusi berkenaan disahkan kosong dan satu pilihan raya kecil akan dipanggil, cuma masalahnya adalah tarikh yang dipilih SPR.

Saya apabila mengikuti ulasan dari radio BERNAMA mendengar bahawa tarikh penamaan calon 29 Mac dan hari pemilihan pada 9 April bagi kedua-dua kerusi berkenaan adalah selepas selesainya Perhimpunan Agung Umno. SPR tidak bermaksud begitu tetapi pengulas radio BERNAMA yang berkata demikian dan hakikatnya ia memang benar.

Mengapa penamaan calon ditetapkan pada 29 Mac dan tidak Mac 9 iaitu 30 hari selepas kerusi itu kosong atau Mac 19, mengapa mesti Mac 29 meskipun ia masih dalam ruang waktu yang dibenarkan, mengapa?

Menurut Pengerusi SPR Tan Sri Abd Aziz sebagaimana dipetik dari The Star Online:

He said the dates were chosen taking into account the comfort and convenience of all involved, as a shorter campaign period would be less hectic for party leaders and help towards maintaining public order and security.

He said the Commission, which discussed the by-elections during a special meeting Friday morning, pushed the nomination date to almost the end of March as it thought this would allow the current political situation in Perak to cool off.

Memang tempoh kempen yang singkat sudah menjadi amalan SPR tetapi mengapa dari 29 Mac ke 9 April, mengapa tidak lebih awal? Kononnya ia dibuat pada tarikh berkenaan bagi membenarkan situasi politik di Perak kendur atau “sejuk”, sejak bila pula SPR menjadi pemantau suhu politik dalam Negara! Situasi di Perak tidak akan sejuk selagi Dewan Negerinya tidak dibubar, itu hakikatnya. Sampai bila-bila ia akan hangat dan panas percayalah dan kita tidak perlu SPR untuk menjadi Tok Nujum bagi membuat ramalan politik buat rakyat.

Bagi saya yang dapat kita baca bahawa yang mahu dibenarkan sejuk adalah situasi dalam Umno. Umno akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinannya Mac ini, itulah puncanya. Biar Dollah serah jawatan Presiden Umno dan biar Najib ambil-alih dengan kabinet barunya. Situasi kembali tenang dalam Umno barulah adakan pilihan raya kecil, bukan begitu?

Umno telah kalah teruk dalam dua pilihanraya kecil berturut-turut iaitu Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Kedua-duanya berlaku diperingkat sisa-sisa akhir hayat politk Dollah. Mungkin bijak pandai dan ahli-ahli nujum mereka menjangkakan jika dibiarkan Umno terus di bawah Dollah kemungkinan kedua-dua kerusi itu akan terus dimenangi Pakatan Rakyat. Maka segala kuasa digunakan agar pilihan raya kecil itu tidak berlaku lagi di bawah Dollah, biar Najib yang pegang teraju dan kita lihat bagaimana.

Tetapi percayalah kalau Dollah tidak berjaya memulihkan keyakinan rakyat, apa istimewanya Najib. Berbalik kepada hal ini saya merasakan SPR di bawah teraju baru ini tidak berubah malah lebih tempang dari Pengerusi tempang yang lama!

Friday, February 13, 2009

Buka pintu jihad, Baitulmaqdis milik umat Islam dunia - Presiden PAS



Khairul Azlam Mohamad
Fri | Feb 13, 09 | 10:46:35 am MYT

KUALA NERUS,13 Feb (Hrkh)- Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahukan pintu jihad di Palestin dibuka kepada umat Islam di seluruh dunia.

Ini kerana, katanya Baitulmaqdis dan Palestin bukan hak milik orang Arab sahaja tetapi menjadi hak umat Islam di seluruh dunia.

"Buka pintu jihad kepada umat Islam kerana Palestin bukan hak orang Arab sahaja. Baitulmaqdis bukan hak orang Arab sahaja kerana Palestin dan Baitul Maqdis hak umat Islam di seluruh dunia.

"Ketahuilah, wahai kuasa-kuasa besar dunia apa yang berlaku di Gaza ialah 'kepalanya di Gaza dan ekornya di Indonesia'.

"Itu panjangnya tentera Islam. Sejumlah 1.3 bilion umat Islam di seluruh dunia. Walau pun kerajaan-kerajaannya takut tetapi rakyatnya bersemangat," tegasnya ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana Rayuan Gaza di Padang Bola Pekan Batu Enam, dekat sini, semalam.

Katanya, peperangan di Gaza itu merupakan 'peperangan Ahzab' sebagaimana yang pernah berlaku di zaman Rasulullah s.a.w.

Menurutnya, peperangan tersebut sekaligus bagi menguji keimanan orang Islam dan kerajaan Islam di seluruh dunia.

Namun begitu, beliau berkeyakinan bahawa umat Islam akan mencapai kemenangan di Palestin serta tentera Yahudi dan Israel akan dikalahkan.

"Hari ini orang Yahudi sudah menunjukkan tanda-tanda kekalahan. Mereka (Yahudi) bergaduh sesama sendiri sangat dahsyat.

"Hari ini, hari Israel mengadakan pilihan raya, dia bergaduh sesama sendiri. Berperang antara parti-parti politik di Israel. Hari ini orang-orang Yahudi membina kubu-kubu di kampung-kampung mereka. Kubu dibina dari konkrit yang teguh dan mereka mendirikan tembok-tembok," jelasnya.

Apa yang berlaku hari ini, kata Ustaz Abdul Hadi adalah tanda-tanda kemenangan Islam dan tanda-tanda Israel akan dikalahkan dengan izin Allah SWT.

Tetamu yang hadir pada majlis tersebut jurucakap pemimpin Hamas Palestin iaitu Sami Abu Zuhri yang pernah merengkok dalam penjara Israel selama enam tahun.

Sebelum itu beliau pada sebelah siangnya, berada di Majlis Rayuan Gaza dan Tabung Kemanusiaan Harakah di Kuala Lumpur dan menerima sumbangan dana sejumlah RM500,000 daripada tabung tersebut manakala lebih RM400,000 daripada pertubuhan, NGO dan individu yang menyampaikan sendiri kepada Sami dalam majlis tersebut.

Hadir sama dalam ceramah semalam, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Abu Bakar Chik.

Laungan takbir iringi Nizar di Mahkamah!



Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Nasir Sudin
Fri | Feb 13, 09 | 11:26:08 am MYT

Terkini: 11.25 pagi|

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) -Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin tiba di Mahkamah Tinggi di Jalan Duta sambil disambut dengan laungan takbir oleh penyokong Pakatan Rakyat.

Ketika ini, beliau sedang dikerumi oleh wartawan. Nizar yang segak memakai baju kuning sedang menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan oleh wartawan ketika ini.

Dianggarkan lebih 200 orang berada di sekitar kawasan mahkamah.

Turut kelihatan adalah Hanipa Maidin yang merupakan salah seorang daripada panel peguam yang akan mewakili Nizar.

Gendang Jihad telah Dipalu!


P'raya kecil serentak: 7 April bagi Bukit Gantang dan Bukit Selambau Feb 13, 09 11:53am

Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, di Kedah akan diadakan serentak pada 7 April depan.

Manakala tarikh penamaan calon pula - bagi kedua-dua kerusi tersebut - ditetapkan pada 29 Mac.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat suruhanjaya itu di Putrajaya pagi tadi.

Ini bermakna kedua-dua pilihanraya kecil itu akan diadakan selepas perhimpunan agung Umno yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti terbesar orang Melayu itu.

Perhimpunan agung Umno dijadualkan berlangsung dari 24 hingga 28 Mac depan.

Kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS akibat diserang sakit jantung.

Manakala V Arumugam daripada PKR meletak jawatan sebagai Adun Bukit Selambau.

Ini juga merupakan pilihanraya kecil pertama bagi Datuk Seri Najib Tun Razak seandainya peralihan kuasa dalam Umno dan kerajaan berjalan seperti yang dijangkakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka menyerahkan kuasa kepada Najib sejurus selepas selesai perhimpunan agung Umno bulan depan

Jawapan MB Perak yang sah berkenaan isu tanah di Perak.


Betapa pembohongan media utama Negara yang khianat kepada Melayu dan membuat fitnah yang nyata!

Kepada Allah SWT kita serahkan tengkok2 kerajaan Haram Perak yang ada sekarang ini..

Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin
<http://www.blogger. com/profile/ 1613888799898102 5147[2]> said...

Assalamualaikum
Kepada semua yang telah memberi komen tak kira manis ke pedas, kutuk
ke puji ke,dsbnya, saya ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan
jutaan terima kasih kerana sudi kunjung dan beri komen serta kritikan.

Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri
oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio.
Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya
tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap
perundangan dan ketetapan negara dan negeri.

Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses
yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.

Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input
tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan,
pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam
membuat keputusan.

Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru
untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin
Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco
sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.

Tohmahan sahabat mengenai "gadai tanah" kpda Cina atau seumpamanya
tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak
dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua
institusi kerajaan yang terlibat.

Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang
mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab melayu yang
di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana
UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian
Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru.

Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan
cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:

1. 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai
kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.

2. 5,000 ekar di Bruas

3. 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

4. 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor

5. Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.

6. 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di
gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini ntanah rizab melayu di
Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!

Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di
beberapa lokasi komersial ditengah bandar ipoh, taiping, bidor , kinta, dan
Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil
alih,oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay
jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot
kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan
cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS
dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di
Perak.

Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak
milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari
3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar. Oleh kerana tanah lot di
kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi
tanmbahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah )
sejumlah RM330 juta. Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan
tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di
tukar kepada hak milik selamanya. Mereka boleh buat pinjaman dan
membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka
akan dirampas dimasa akan datang. Ini cuma kampong baru, belum lagi
kampong tersusun!

Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh
kerajaan dahulu.! Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian
berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan
" pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.

Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak
khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO
sewaktu mereka berkuasa dahulu.Namun hajat ini tidak kesampaian
kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!).

"Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan penghinaan, menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan"

Thursday, February 12, 2009

Banner famous di Changkat Jering!


Jangan biar payung dirobekkan

Ahmad Lutfi Othman
Wed | Feb 11, 09 | 7:15:54 am MYT

Sejak sekian lama institusi Raja-Raja Melayu menjadi faktor dominan yang dapat menstabilkan politik Malaysia. Terserlah kebijaksanaan para penggubal Perlembagaan kita apabila menyerahkan beberapa kuasa penting dan strategik kepada Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong, antaranya adalah pembubaran Dewan Undangan Negeri atau Parlimen dan juga perlantikan Menteri Besar atau Perdana Menteri.

Menteri Besar atau Perdana Menteri boleh mengusulkan pembubaran Dun atau Parlimen bagi diadakan pilihan raya, tetapi akhirnya ia terpulang kepada kebijaksanaan Raja-Raja Melayu untuk merumuskan keputusan. Baginda adalah payung buat seluruh rakyat jelata berteduh di bawah naungan keadilan, tanpa mengira kaum dan agama, tanpa mengenal anutan dan kecenderungan politik. Maka, yang menjadi perkiraan baginda bukannya kepentingan mana-mana parti politik yang bersaing dan bertanding dalam pilihan raya, tetapi kepentingan semua pihak agar tiada golongan yang berasa terkilan dan teraniaya.

Raja-Raja Melayu dapat bertindak sebagai pendamai yang bijak mencari jalan keluar yang benar-benar adil apabila timbul isu-isu politik yang kritikal, sepertimana yang terserlah di Perak sekarang. Sementalahan pula Sultan Azlan Shah merupakan bekas Ketua Hakim Negara yang begitu dihormati dan tidak pernah terjebak dengan hal-hal kontroversi yang banyak menimpa ketua-ketua hakim lain. Putera baginda, Raja Nazrin Shah juga dikenali sebagai anak raja yang tinggi daya intelektualnya dan cukup prihatin dengan hubungan antara istana dan rakyat. Baginda berdua agak kerap mengingatkan bahawa institusi raja akan "dimuziumkan" jika mengabaikan kehendak dan kepentingan rakyat, apatah lagi sekiranya terbabit dengan kesalahan yang boleh mengundang kemarahan orang ramai.

Berdasarkan senario di Perak, selepas tiga orang Adun Pakatan Rakyat, masing-masing dua keluar daripada KeADILan dan seorang DAP, maka jumlah Adun Pakatan dan BN sama ramai, iaitu 28 orang. Kedudukan tiga Adun berkenaan yang mengisytiharkan diri sebagai Bebas juga menimbulkan tanda tanya ekoran surat perletakan jawatan sebagai Adun yang diserahkan kepada Speaker Dun Perak. Biarpun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak surat berkenaan, namun Speaker membawanya ke Mahkamah Tinggi Ipoh, menuntut tiga kerusi itu dianggap kosong.

ImageMaka apabila Menteri Besar, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menghadap Sultan Perak mohon agar Dun dibubarkan, baginda berpeluang menjalankan keadilan untuk semua pihak yang terbabit dalam konflik ini. Pilihannya cukup mudah, iaitu menerima atau menolak cadangan Nizar. Sekiranya ditolak sekali pun, Nizar masih sah sebagai Menteri Besar, manakala Umno Perak di bawah kepimpinan baru Dato' Seri Najib Razak perlu bersabar menunggu sidang Dun terdekat, yang ditentukan pada April depan, bagi membentangkan usul tidak percaya kepada Menteri Besar.

Dikatakan Nizar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Adun, soalnya bagaimana kesimpulan mudah itu dibuat? Ia sepatutnya hanya dirujuk kepada sidang Dun untuk menentukan apakah sememangnya beliau sudah tidak mendapat kepercayaan majoriti. Ini berbeza dengan keadaan apabila belum ada kerajaan yang dibentuk atau menteri besar yang dilantik, seperti senario selepas berlangsungnya pilihan raya umum. Agak janggal apabila Sultan memanggil tiga Adun Bebas berkenaan bagi memeriksa kecondongan politik mereka. Saya tidak pasti apakah Sultan sudah mengambil alih fungsi penting sidang Dun bagi mengusulkan undi tidak percaya kepada seseorang Menteri Besar?

ImageApa pun, ramai berpendapat, berdasarkan kemelut semasa, Sultan sepatutnya memilih untuk bersetuju dengan cadangan pembubaran Dun bagi menyerahkan semula kepada rakyat untuk membuat pilihan. Yang mesti diutamakan ialah rakyat baginda sendiri, bukan kepentingan BN yang berpusat di Kuala Lumpur, yang tidak sabar-sabar lagi untuk merampas teraju kuasa di Ipoh. Malang sekali apabila keputusan baginda seperti mengeruhkan lagi suasana. Jalan keluar yang begitu nuetral, yang adil untuk semua pihak yang "bertelingkah" seakan terabai.

Ada pihak menimbulkan soal hak prerogatif Sultan, namun dengan rendah hati diingatkan bahawa segalanya tidak boleh dilaksanakan sesuka hati, ia tertakluk dengan peraturan dan prinsip keadilan itu sendiri. Cuba renungkan, dalam keadaan sekarang, apa sebenarnya kehendak BN dan apa pula kehendak rakyat? Dan mengapa pula, selain takut berdepan pilihan raya negeri, untuk menanti sidang Dun pun BN tidak sanggup? Apakah BN memang tidak percayakan Adun-Adunnya sendiri jika pengundian dilakukan nanti?

Melihatkan demonstrasi di Masjid Ubudiyyah, Kuala Kangsar, bersebelahan istana, 6 Februari lalu, terbukti ramai rakyat terkilan dengan keputusan Sultan sehingga sanggup mereka berbaring menghalang kenderaan raja. Hak mereka seperti direntap dan dibuang ke longkang. Justeru, amat malang apabila begitu ramai pengunjung buku pelawat laman web berkaitan Istana Perak meluahkan rasa marah, malah merakamkan kecaman yang tidak sepatutnya ditujukan kepada baginda.

Soalnya, tidak timbul pihak tertentu yang menghina institusi raja atau menderhaka kepada sultan, yang sememangnya diakui mempunyai banyak peranan positif tetapi apakah dengan beberapa keputusan yang dibuat, maka raja-raja itu dilihat menghina diri mereka sendiri. _

Kami bukan penderhaka!


Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my
Thu | Feb 12, 09 | 11:39:19 am MYT

KAMI bukan penderhaka. Kami sama sekali tidak berniat untuk menentang Raja. Kami sekadar berpendapat bahawa keputusan yang diambil Raja di Perak tidak bertepatan mengikut lunas undang-undang.

Kami berbeza, kerana kami berpendapat bahawa jalan terbaik untuk membentuk sesebuah kerajaan, ialah melalui pilihan raya, bukan dengan cara membeli dan mengumpan wakil rakyat.

Adalah tidak adil sesebuah kerajaan dibentuk, bukan dengan mandat rakyat, tetapi dengan mandat rasuah, sama ada dalam bentuk wang, jawatan atau penarikan balik kes-kes jenayah yang sedang dihadapkan ke mahkamah.

Kami berbeza dengan Raja kerana kami berpendapat, jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak, ialah dengan memulangkan mandat semula, kepada rakyat melalui pilihan raya umum negeri.

Kami hanya meminta, jika pun hendak dijatuhkan sesebuah kerajaan negeri, biarlah dengan cara yang demokratik, iaitu dengan membuat undi tidak percaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri.

Bukan dengan menyuruh Menteri Besar atau anggota Exco meletakkan jawatan atas alasan parti yang memerintah sudah kehilangan majoriti di dewan.

Inilah pendapat dan pendirian pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, yang dipilih secara adil dan demokratik dalam Pilihan Raya Umum ke 12, 8 Mac 2008 lepas.

Pakatan Rakyat bukan sebuah entiti yang kecil. Ia adalah suatu 'force' yang didukung oleh jutaan rakyat Malaysia, terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.

Kuasa rakyat ini adalah suatu kuasa yang besar, membentuk sebilangan kumpulan yang besar, sehingga berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional di Parlimen.

Bilangan yang besar ini dibuktikan dengan, menempatkan suara mereka sebanyak 82 kerusi Parlimen dan beratus-ratus kerusi Dewan Undangan Negeri.

Suara rakyat yang besar ini juga mewakili negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Derhaka Umno Terengganu bukan PAS Perak

Justeru dalam menghadapi krisis di Perak, Menteri Besar, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak keseorangan.

Penyingkiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau, tidak dipersetujui banyak pihak dalam negara, yang tidak gembira dengan keputusan Raja.

Pakatan Rakyat tidak bersetuju dengan keputusan Raja, manakala, Umno sudah tentu menyokong, kerana mereka mendapat kembali kerajaan negeri dengan cara yang amat mudah.

Apa pun tuduhan yang dilemparkan kepada pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat, salahkah rakyat punyai pandangan berbeza dengan Raja?

Jika peristiwa di Perak menyebabkan kebanyakan rakyat mempunyai persepsi bahawa Raja membuat kesilapan, apakah kewujudan persepsi ini menyalahi undang-undang?

Jalan mudah untuk media pengampu BN menjerat Nizar ialah dengan, menuduhnya menderhaka kepada Tuanku.

Namun Umno/BN jangan lupa, 'sederhaka' manapun Nizar, jika ia berlaku, jauh lebih bersopan dari sekumpulan pemimpin Umno Terengganu yang 'membinatangkan' Raja, dalam demonstrasi di Istana Terengganu, Mac 2008 yang lalu!

Sultan Terengganu dihina dan dilemparkan dengan kata-kata nista oleh orang-orang Umno, kerana mereka mahukan Dato' Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar.

Orang-orang PAS, KeADILan dan DAP di Perak, tidak pernah sama sekali mencera Sultan Perak, sebagaimana dilakukan orang-orang Umno di Terengganu.

Soal derhaka tidak timbul sama sekali. Jika ada pihak yang menghasut Raja di Perak, baginda harus mengetahui, memahami dan membuat pertimbangan sewajarnya, jika baginda mahu menjatuhkan hukuman derhaka kepada Nizar.

Kes di Terengganu menunjukkan bahawa yang paling derhaka ialah Umno. Bukan PAS! Umno sanggup buat demo dan membawa kain pemidang yang jelas 'membinatangkan' Raja!

Bukankah tindakan pemimpin Umno itu suatu tindakan derhaka? Mana penderhaka itu semua? Mengapa mereka dibebaskan tanpa tindakan?

Apakah mereka boleh derhaka dan menyanggah Raja sesuka hati kerana mereka Umno? Apakah kerana Umno 'dilahirkan' di Istana Johor pada 11 Mei 1946, maka segala tindakan mereka terhadap Raja, semuanya boleh 'dipejamkan' begitu sahaja?

Apakah kerana Umno terlalu sinonim dengan Raja, maka Raja harus dilihat memihak kepada Umno?

Harus diingat, berlaku dalam sejarah politik negara, yang 'memaki hamun' Raja dan melucutkan hak kekebalan Raja pada tahun 1993, ialah orang-orang dan pemimpin Umno.

Umno yang mewujudkan mahkamah untuk membicarakan perilaku Raja.

Kalau boleh 'diflashback' atau dimainkan kembali pita siaran televisyen dan akhbar ketika itu, nescaya seluruh rakyat Malaysia akan memahami betapa hinanya Raja di mata Umno.

Siapa yang tampil membela Raja ketika itu? Tanyalah Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah. Yang membela Raja ketika itu ialah PAS dan Semangat 46.

Nizar bukan Hang Jebat

Dalam kes Perak, Nizar tidak menderhaka. Nizar bukannya Hang Jebat. Nizar pun tidak mahu menjadi Hang Jebat, seperti hikayat Melayu purba.

Hulubalang Hang Jebat 'mengamuk' kerana membela sahabatnya, Laksamana Hang Tuah yang menjadi mangsa fitnah. Di Perak, Nizar adalah mangsa ketidakadilan.

Menurut sejarah tragedi purba kala tersebut berlaku, akibat ketidakadilan titah Sultan Mansur Shah yang dinasihatkan secara salah oleh memanda pembesar istana di sekeliling baginda, yang mempunyai kepentingan tertentu.

Lantaran fitnah tersebut, lalu dititahkan agar Hang Tuah dibunuh.Hikayat lagenda difilemkan dengan lakonan Tan Sri P Ramlee dan ditayangkan berulang kali dikaca televisyen.

Secara moralnya, rakyat boleh mempelajari daripada ceritera-ceritera ini, berlaku dalam sejarah, ada kalanya orang-orang istana sama ada Raja, Bendahara atau sebagainya, membuat keputusan yang silap.

Sehingga wujud dalam seloka Melayu ungkapan 'Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah.'

Dalam kes Perak Nizar tidak keseorangan. Di belakangnya ada berjuta-juta rakyat Malaysia yang menyokong Pakatan Rakyat, amat kecewa dengan keputusan yang diambil Sultan Perak.

Rakyat dari kalangan rakyat berbilang kaum menyokong pendirian diambil Nizar, untuk tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar.

Bilangan rakyat yang marah dan kecewa dengan 'rampasan kuasa' di Perak bukannya sedikit.

Sehingga ada yang menzahirkan secara terbuka kritikan terhadap Raja. Sekaligus kritikan-kritikan tersebut jika dipaparkan, hanya akan menjejaskan kredibiliti dan integriti Raja.

Akibat daripada persepsi ketidakadilan yang berlaku di Perak, ianya telah mewujudkan pemahaman bahawa 'credibility Malay Rulers at stake', apabila mereka dianggap berpihak kepada Umno.

Raja-Raja Melayu seharusnya 'above political party' dan mengelak wujudnya persepsi di kalangan rakyat bahawa mereka pro atau menjadi alat Umno-BN. Hanya dengan cara sahaja itu kredibiliti dan integriti Raja dapat dipulihkan.

Jalan terbaik untuk memulihkan keadaan di Perak ialah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri dan diadakan pilihan raya negeri semula.

Nescaya rakyat akan menerima keputusan pilihan raya dengan baik walau mana-mana pihak yang menang sekalipun, asalkan ianya dijalankan secara adil dan demokratik.

In victory or defeat, Nizar the embodiment of Pas For All

By Shannon Teoh
http://www.themalaysianinsider.com

IPOH, Feb 11 — In Kampung Bali, situated just outside Tronoh and some 30 km south of Ipoh, there was no doubt that Datuk Seri Nizar Jamaluddin is still mentri besar.

Despite his fast-fading hopes of holding onto power in the ongoing Constitutional crisis engulfing Perak, he can call his 11-month-old tenure an unqualified success based on the reception he received during his one-hour visit to this outpost of heartland Chinese on Monday night.

Kampung Bali has been a DAP stronghold for decades and here, one gets the sense that the demonisation of Pas all these years has perhaps finally come undone.

On March 8 last year, the DAP-led electoral alliance took hold of the Perak state government and in the early days, there was tension within Pakatan Rakyat (PR) over the choice of mentri besar.

But that was then, and this is now: wholehearted cheers went up among the 300-strong audience — among them, shirtless men — at the new village’s Chap Goh Mei celebrations when Nizar arrived and they mobbed him to get a chance to shake his hand.

While Nizar and his wife were served KFC for dinner, which The Malaysian Insider can confirm he devoured happily, the sight of a leader from the Islamist Pas sitting to sup with a Chinese crowd and hugging toddlers was enough for the locals to swig crates of beer and even break out bottles of wine.

That they felt comfortable indulging in alcohol before a pious Muslim shows the sort of inroads the ideologically disparate coalition has made among its grassroots.

In an exclusive interview with The Malaysian Insider today, Nizar said this was down to a collective pursuit of justice by the PR state government.

“People are seeking for the truth. In their heart, they are craving for justice like any normal human being.

“We come from different backgrounds, cultures and race. If it was not because of justice, we would not have come together,” he said.

That night in Kampung Bali, he gave a speech in Chinese-accented Bahasa Malaysia, presenting his arguments in simple terms but with a smattering of Cantonese.

Umno manyak jahat, dia mau buang ini cheng fu (Umno is very evil, it is trying to get rid of this government),” he said, without ever sounding condescending, as he played the jester for the night; the Malay man trying to fit in with the Chinese crowd.

Sekalang kita ada lua MB, lua cheng fu, tapi kita hou leng punya, Umno hou sui (Now we have two MBs, two governments but we are the authentic one, Umno’s is false),” he added.

Today, Perak’s 10th mentri besar presented the same argument.

“Ironically in the Kuala Terengganu by-election, a group called Umno comprised of one race and one religion had a lot of infighting.

“In Perak we had 31 assemblymen from three different parties and different cultures working together whereas Umno has one kind of people, one race, one religion but they still couldn't unify.”

The current popularity of Nizar is in stark contrast to the accepted reality a year ago when Pas had launched its “Pas For All” slogan ahead of the general election in a bid to overcome the “unelectable” taboo it had within non-Muslim majority constituencies.

But on Monday night, there was unanimous support for Nizar to contest in the Bukit Gantang by-election.

Wholehearted cheers went up among the 300-strong audience in welcoming Nizar. — Pic by Choo Choy May

Loud cheers went up when Perak DAP secretary Nga Kor Ming said Nizar would be the best candidate for Bukit Gantang.

“As you can see, even the Chinese here support Nizar,” he said and on cue, the crowd roared its approval.

Perhaps Pas had not expected this level of success just a year into its campaign.

With just six assemblymen in what was a 31-strong Perak PR government, a Pas mentri besar seemed an uneasy compromise for the alliance.

Then, Pas For All meant a promise that Nizar would not usurp the clout of the larger PKR (then seven) and DAP (18) representation in his government.

“We have practised this in the last 11 months, that we are not as what we were negatively perceived to be. I am proud to say that I can work with DAP leaders,” Nizar said in the interview.

Today, it has become unthinkable among PR’s grassroots support that anyone else could head Perak’s government.

For them, there is only one candidate to be Perak’s 12th mentri besar.

Wednesday, February 11, 2009

Lagi gambar sekitar Pengkebumian Pejuang Islam-2



















Tuesday, February 10, 2009

Lagi gambar sekitar Pengkebumian Pejuang Islam


DS Ir Nizar Membacakan Talkin - peringatan buat pejuang yang tinggal....


Saat-saat akhir sebelum ditelan kegelapan kubur.. kita juga pasti akan merasa!


Pemergianmu amat dirasai mujahid..


Kucupan ukhwah terakhir daripada sahabat seperjuangan Allahyarham.. DS Ir Nizar..


Kami iringi Doa dan Al-Fatihah..

Gambar Pengebumian MP Bukit Gantang

Gambar Pengebumian MP Bukit Gantang.

http://idhamlim.blogspot.com

Sejarah pernah melakarkan ramainya orang yang hadir dalam majlis pengebumian Almarhum Ust.Fadzil Nor di Muasasah Darul Ulum Poko Sena suatu masa dulu. Kebetulan saya hadir sama dalam majlis itu. Lautan manusia dari seluruh negara menyaksikan seorang tokoh pemimpim Islam dipanggil kembali ke Rahmatullah.

Ramainya orang yang menziarahi, sembahyang dan pengebumian Almarhum Hj.Roslan Sharum pada petang kelmarin saya rasakan. Walaupun tidak seramai pada haripengebumian Ust. Fadzil namun kehadiran yang saya anggarkan menghampiri 10,000 orang itu menggambarkan betapa jasa dan pemergiannya di kenang. Saya sempat mengumpulkan koleksi gambar untuk tatapan dan kenangan pengunjung blog cina islam.














Related Posts with Thumbnails