Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    3 years ago

Thursday, February 5, 2009

Pemimpin Pakatan Rakyat akan temui Sultan

Harakahdaily
Thu | Feb 05, 09 | 6:01:41 pm MYT

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Hrkh) - Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat menyokong penuh Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar dan meminta supaya pilihan raya baru diadakan untuk mengesahkan mandat baru daripada rakyat.

Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata mereka akan memohon untuk menghadap Sultan Perak berhubung isu tersebut.

Setakat ini, semua pimpinan tertinggi Pakatan berkubu di kediaman menteri besar.

Pakatan Rakyat juga akan menganjurkan satu perhimpunan besar di Stadium Ipoh malam ini.

Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata dalam satu sidang media bahawa beliau tidak akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar.

Beliau juga berkata, Speaker Dun telah memfailkan kes di mahkamah berhubung kesahihan surat peletakan jawatan bekas Adun Pakatan yang keluar parti. Menurutnya, adalah wajar untuk menunggu mahkamah memutuskan kes tersebut.

No comments:

Related Posts with Thumbnails