Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Tuesday, February 10, 2009

Harakah, akhbar PKR kena rampas


Feb 10, 09 1:06pm kemaskini 3:35pm


Akhbar dwimingguan PAS Harakah yang memuatkan edisi terkini pergolakan politik di Perak dirampas di beberapa tempat, termasuk di negeri itu, Kedah dan Selangor.

Difahamkan pengedar-pengedar juga diberikan amaran agar tidak menjual tabloid rasmi parti itu.

Ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman memberitahu Malaysiakini hari ini, jumlah rampasan dan pihak yang merampasnya belum dapat ditentukan.

Tambahnya, pihak berkuasa telah memberikan "tekanan" kepada pihak akhbar tersebut sebelum edisi semalam - yang diedarkan mulai hujung minggu lepas - dicetak.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan dengan perinci bentuk tekanan tersebut, dipercayai mengenai tajuk utama dan kandungan laporan akhbar tersebut mengenai rampasan kuasa BN terhadap kerajaan pimpinan menteri besar PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mulai minggu lepas.

Ahmad Lufti berkata, Harakah sedang menghubungi pengedar-pengedarnya di negeri-negeri lain untuk memastikan sama ada mereka juga mengalami masalah seumpama itu.

Katanya lagi, beliau tidak menyangka rampasan itu berlaku kerana tiada notis diberikan dan ia berlaku secara "tiba-tiba".

Pengurus pengedaran akhbar itu Suhaimi Embong pula berkata pihaknya akan menyediakan khidmat peguam jika penjualnya memerlukan dan akan membayar ganti rugi atas rampasan tersebut.

Tambahnya, beliau sedang mengumpul data lengkap rampasan tersebut dan akan menunggu jumlah rasmi daripada Kementerian Dalam Negeri.

Pada Jun tahun lalu, kerajaan meluluskan permohonan tabloid rasmi PAS itu untuk diterbitkan dua kali seminggu.

Sebelum ini, Harakah diterbitkan dua kali sebulan, sejak tahun 2000.

Sementara akhbar PKR Suara Keadilan juga mengalami rampasan sejak pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pertengahan bulan lepas, di Johor dan Melaka.

Menurut ketua penerangan PKR Tian Chua, rampasan itu kemungkinan berhubung laporan janji-janji politik yang didakwa gagal ditunaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Ulasan Pengurus Blog

Nampaknya 'mereka' semakin panas dan tertekan apabila majoriti rakyat mula menjadikan Harakah sebagai media utama untuk maklumat!! aiii?? Utusan Meloya & Berita Hairan dah tak laku ke??

No comments:

Related Posts with Thumbnails