Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Wednesday, February 18, 2009

Al-Fatihah buat Warga Bukit Beruntung/Bukit Sentosa

Tubuh berkecai

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Md Fuzi Abd Lateh
Harian Metro


KUMPUL...anggota polis mengangkat cebisan tubuh mangsa.
Gambar kecil, Abdul Rahman.

BUKIT BERUNTUNG: Seorang penunggang motosikal maut dalam keadaan ngeri apabila tubuhnya berkecai dan bertaburan di atas jalan raya selepas dilanggar puluhan kereta yang tidak menyedari kewujudan mayat mangsa di atas jalan.

Lebih memilukan apabila kepala mangsa hilang dan tidak ditemui dipercayai hancur akibat dilanggar kenderaan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 pagi di Kilometer 434, Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) berhampiran susur Bukit Beruntung di sini, ketika mangsa dikenali sebagai Abdul Rahman Mohd Salleh, 44, menunggang motosikal untuk pulang ke rumah di Bukit Sentosa di sini.

Difahamkan keadaan lebuh raya yang gelap ketika kejadian menyebabkan ramai pemandu termasuk kenderaan berat yang melalui kawasan itu tidak menyangka objek digilis berulang kali itu sebenarnya tubuh manusia.

Dipercayai, mangsa yang menunggang motosikal ke arah utara tiba-tiba terbabas sebelum terjatuh dan dirempuh beberapa kenderaan hingga tubuhnya berkecai.

Ketua Polis Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, berkata kemalangan itu dianggap tragis berikutan tubuh mangsa terputus kepada tiga bahagian dengan kepalanya turut hancur digilis kenderaan.

Menurutnya, siasatan polis mendapati mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Sentosa di sini.

Menurutnya, kewujudan mayat mangsa hanya disedari selepas sebuah daripada dua kereta dinaiki lima pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ternampak sebelah kaki mangsa di atas lebuh raya.

“Pemandu kereta itu cuba mengelak daripada melanggar kaki mangsa sebelum kenderaannya terbabas masuk ke dalam longkang,” katanya.

Tak sanggup lihat jenazah suami

BUKIT BERUNTUNG: “Saya tidak sanggup melihat jenazah suami yang ngeri akibat dilanggar kenderaan,” kata, Noranita Shuib, 41, isteri kepada Abd Rahman Mohd Salleh, 44, yang ditemui mati dalam keadaan menyayat hati dengan kepala hancur dipercayai digilis kenderaan, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi di Kilometer 434, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Bukit Beruntung itu, mangsa menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Petaling Jaya ke Bukit Sentosa.

Noranita berkata, dia amat terkejut dan bagaikan tidak percaya menerima berita malang menimpa suaminya.

Katanya, polis menelefon jirannya memaklumkan kejadian yang berlaku itu.



“Kira-kira jam 10 pagi, jiran datang ke tempat kerja memberitahu suami terbabit dalam kemalangan ngeri.

“Saya dibawa jiran dan rakan ke Balai Polis Kuala Kubu Bharu dan rumah mayat Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk mengesahkan mayat suami,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.


No comments:

Related Posts with Thumbnails