Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Monday, February 23, 2009

Ziarah PAS Zon Bukit Beruntung dan Unit Amal Hulu Selangor

Bukit Beruntung,Ahad 21 Feb 2009 -
Satu aktiviti rombongan ziarah daripada wakil PAS Zon Bukit Beruntung(PASZBB) dan Unit Amal Hulu Selangor ke rumah balu Allahyarham Abd. Rahman Mohd Salleh yang telah meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di susur keluar Bukit Beruntung,Lebuhraya PLUS 17/2/2009 dan Balu Allahyarham Mohd Romel yang juga telah meninggal dunia baru-baru ini.


Rombongan diketuai oleh Saudara Mohd Izzan yang juga Timbalan Ketua Unit Amal Hulu Selangor bersama lebih kurang 15 orang ahli berserta keluarga masing-masing. Kami berkumpul di Masjid As-Saalam, Bukit sentosa dan mendirikan solat Asar disitu. Ketua Unit Amal Hulu Selangor, Saudara Sazali juga telah sedia menanti di rumah Allahyarham Abd. Rahman yang juga jiran terdekat baginya.

Suasana hiba jelas kelihatan ketika kami tiba di Rumah Puan Noranita, balu kepada Allahyarham Abd. Rahman. Ahli rombongan turut mengadakan bacaan tahlil di kedua-dua buah rumah khas untuk kedua-dua Allahyarham. Sedikit sumbangan daripada PAS Zon Bukit Beruntung telah disampaikan oleh Ketua Muslimat PAS Cawangan Bukit Beruntung/Bukit Sentosa Puan Siti Zawiyah manakala zumbangan daripada Unit Amal Hulu Selangor pula telah disampaikan oleh Puan Aliza, isteri kepada Ketua Unit Amal Hulu Selangor. Sumbangan telah diberikan kepada kedua-dua balu tersebut.


(Tiba di rumah Allahyarham Abd. Rahman, Jalan Kemboja)



(Jemaah sedang membacakan tahlil)


(Ketua Muslimat PAS cawangan BB/BS menyampaikan sumbangan kepada Puan Noranita)


(Isteri Ketua Unit Amal Hulu Selangor menyampaikan sumbangan kepada Puan Noranita)


(Beredar dari rumah Allahyarham Abd. Rahman)


(Tiba di rumah Allahyarham Mohd Romel di Jalan Telipot)


(Timbalan Ketua Unit Amal Hulu Selangor(tengah) membuka kata)


(Puan Zawiyah menyampaikan sumbangan kepada balu Allahyarham Romel)


(Isteri Ketua Unit Amal Hulu Selangor menyampaikan sumbangan kepada balu Allahyarham Romel)

Aktivi berakhir kira-kira jam 7 malam. Jauh disudut hati kami merasai akan hebatnya tekanan yang dialami oleh mereka. Sesungguhnya setiap jiwa pasti akan merasai mati

Semoga menjadi peringatan buat semua.

Mewakili AJK PAS Zon Bukit Beruntung, ana mengucapkan jazakallahukhairan kathira kepada semua yang terlibat. InsyaAllah, untuk aktiviti-aktiviti sebegini yang akan datang, diharap lebih ramai ahli yang akan melibatkan diri.

Wallahualam

No comments:

Related Posts with Thumbnails