Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Monday, February 9, 2009

ADUN Bukit Selambau letak jawatan Exco Kedah


Mon | Feb 09, 09 | 4:55:51 pm MYT

ALOR SETAR, 9 Feb (Hrkh) - V. Arumugam disahkan mengosongkan jawatan sebagai exco Kedah tetapi masih terus menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Selambau dan merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri.

Demikian diumumkan oleh Menteri Besar Kedah, Dato'Seri Azizan Abdul Razak petang tadi.

Ditanya para wartawan sama ada Arumugam akan mengosongkan jawatan sebagai Adun, Azizan menyatakan tidak menolak kemungkinan itu.

Difahamnkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau itu telah memaklumkan mengenai perkara tersebut kepada Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada satu mesyuarat di Ipoh semalam.

Pengerusi Biro Latihan negeri, Zambri Yusuf memberitahu bahawa Arumugam telah menerangkan hasratnya kepada Anwar.

"Arumugam telah memutuskan untuk berhenti daripada kedudukannya sebagai Exco kerana menerima tekanan termasuk ke atas anggota keluarganya supaya berpaling tadah kepada Barisan Nasional (BN)," katanya.

Bagaimanapun sehingga kini Arumugam masih belum memaklumkan peletakan jawatannya secara rasmi kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).


Ulasan Pengurus Blog

fuhh! saspen jeeee

No comments:

Related Posts with Thumbnails