Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Wednesday, February 4, 2009

Hebatkah Najib?-Pendapat forumer TKO

Sejak Najib ambilalih pengerusi umno Perak, memang dia berjaya mengkucarkacirkan politik di negeri ini. Tak sampai sebulan pun! Betul punya hebat permainannya hingga kerajaan Perak tidak mampu bertahan bila ahli2nya berpaling tadah.

Sekarang juga kita boleh faham kemasukan yb nasa ke dalam PKR lebih merupakan umpan semata. Adakah beliau sebenarnya berjaya? Belum lagi....

Sekarang kedudukan wakil bee end dengan PR adalah sama banyak iaitu masing2 mempunyai 28 kerusi. Sesebuah kerajaan itu hanya akan terbentuk jika mendapat sokongan daripada ahli bebas. Ini juga menarik.

Belum pernah berlaku di negara ini, kerajaan terbentuk kerana adanya sokongan daripada wakil rakyat tanpa parti . Kerajaan sebegini tidak kuat. Mahukah baginda Sultan Perak merelakan kerajaan baginda terdiri daripada satu binaan struktur yang tidak kukuh ? Sebegitu mudahkah membentuk kerajaan dengan mengandalkan undi wakil rakyat tanpa parti ini? Apakah jaminan kesetiaan mereka untuk kerajaan yang akan dibentuk?

2 orang ADUN PKR ini tidak boleh diterima sama sekali undi sokongan mereka kerana jelas mereka tidak mempunyai nilai dari segi maruah, harga diri, moral, kredibiliti dan integriti. Mereka mempunyai kes rasuah yang akan dibicarakan dalam tempoh enam hari lagi. Macam2 kemungkinan boleh berlaku misalnya jika terbukti mereka bersalah, itu juga boleh melucutkan kedudukan ADUN yang mereka pegang sekarang!

Cara mereka menghilangkan diri, cara mereka memberi alasan kononnya sdg berehat kerana sakit perut, kemudian kebohongan ini bersambung dengan kehadiran mereka di pekan Pahang, kemudian bersembunyi sambil menafikan meletakkan jawatan, bersembunyi membuat kenyataan meletakkan jawatan, bersembunyi mengisytiharkan menjadi ahli bebas dan akhirnya buat pertama kalinya memperlihatkan diri bersama timbalan PM di putrajaya, sebenarnya hanya membuktikan bahawa najib memang dalang di belakang semua kejadian tersebut.

Sungguh tidak kawan sangka bahawa permainan poliitik najib ini sudah menjadi begitu parah dan amat berbahaya! Ini juga membuktikan bahawa umno memang jelas bermain politik kotor!

Apa yang berlaku juga merupakan satu dugaan besar kepada baginda Sultan Perak untuk memutuskan sama ada memperkenankan satu kerajaan baru dibentuk atau pun satu pilihan raya diadakan sekali lagi untuk memilih kerajaan baru. Kawan mengharapkan baginda memilih yang kedua. Ini lebih beretika dan lebih bermaruah jika dibandingkan yang pertama.

Sudah cukuplah baginda dipermalukan dan dipermainkan oleh beberapa orang yang menggagalkan kerajaan baginda sedia ada.

Sebagai seorang yang pernah menjawat ketua hakim negara, baginda tentunya lebih arif untuk membuat satu keputusan yang melegakan hati semua rakyat. Bukan sahaja rakyat di Perak dan seluruh negara berdebar2 menantikan titah baginda bahkan juga pengamal undang2 di seluruh dunia sedang memerhatikan dengan penuh minat.

Adakah Malaysia rela diketawakan oleh mereka gara2 najib ini? Seseorang perlu menegur kebongkakan dan ketololan najib ini dan seseorang itu adalah rakyat negeri Perak sendiri!! melalui pilihan raya!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails