Saturday, February 7, 2009
`Under normal circumstances,it is taken for granted the Agong would not withold his consent to a request for dissolution of Parliament.His role is purely formal'per Raja Azlan Shah,Constitutional Monarchy,Rule Of Law and Good Governance.
[Terjermahan secara harfiah:Di dalam keadaan biasa,Agong tidak boleh menahan dari memberikan perkenannya diatas permintaan untuk membubarkan Parlimen.Kewajiban tersebut semata-mata bersifat formaliti.]
`Under normal circumstances,it is taken for granted the Agong would not withold his consent to a request for dissolution of Parliament.His role is purely formal'per Raja Azlan Shah,Constitutional Monarchy,Rule Of Law and Good Governance.
[Terjermahan secara harfiah:Di dalam keadaan biasa,Agong tidak boleh menahan dari memberikan perkenannya diatas permintaan untuk membubarkan Parlimen.Kewajiban tersebut semata-mata bersifat formaliti.]
Tentunya dengan credential `man of law',penulis memberikan hujjah yang cukup memberangsangkan khususnya bagi melahirkan pentadbiran/pemerintahan yang ampuh khususnya dalam kerangka hubungan dengan institusi Istana atas prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan.Malah saya percaya kepada para mahasiswa/siswi jurusan Undang-undang khususnya,buku ini tentunya menjadi semacam `bible' kepada mereka mentelaah subjek Undang-undang Perlembagaan.
Terlepas dari dilihat berniat menulis makalah undang-undang,saranan yang di berikan oleh Raja Azlan Shah didalam bukunya itu merupakan proposisi undang-undang yang menjadi amalan selama ini.Ertinya,didalam banyak keadaan-termasuk dan khususnya dalam soal pembubaran Dewan-Raja-raja tidak mempunyai pilihan melainkan untuk akur.Proses 'memohon perkenan' daripada Agong atau Raja-raja yang memerintah hanyalah sekadar formaliti,yakni,didalam bahasa yang mudah,Agong atau Raja tesebut tidak punya pilihan atau tidak boleh menidakkan permintaan tersebut.
Amalan ini bukanlah perkara baru jika di tinjau dari sudut historisnya.Tatkala Negeri-negeri Melayu dibawah penjajahan Inggeris (Prof.Emiritus Khoo Kay Kim berhujjah sebenarnya Negeri-negeri Melayu bukan di jajah tetapi bersifat Naungan),setiap Negeri Melayu menerima seorang Penasihat British yang juga di kenali sebagai Residen Inggeris.Penyebaran pengaruh atau perluasan penjajahan Inggeris di Negeri-negeri Tanah Melayu sebenarnya bermula di Perak dalam tahun 1874 dengan termeterainya Perjanjian Pangkor.
Bidang tugas Residen Inggeris ini ialah memberi nasihat kepada para Sultan dalam semua perkara membabitkan pentadbiran dan pemerintahan kecuali yang berhubungkait dengan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu.Nasihat Residen Inggeris ini wajib di patuhi dan Sultan tidak ada pilihan melainkan untuk akur.Bukankah tercatat didalam sejarah tanahair ada Raja Melayu yang diturunkan dari takhtanya semata-mata kerana `derhaka' kepada aturan Inggeris ini?
Setelah merdeka,pendekatan bahawa Raja-raja Melayu bertindak atau perlu akur dengan nasihat samaada Menteri Besar atau Perdana Menteri dijadikan sendi kepada pentadbiran negara-ianya bukan sekadar convention tetapi merupakan kuatkuasa undang-undang.Dalam sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dan dalam demokrasi yang sihat tentulah prinsip ini menjadi trite law yang maha penting.Tambahan pula bukankah pentadbiran Malaysia diasaskan kepada model ala Westminster British dimana Queen hanya memainkan peranan formaliti sahaja sebagaimana yang di sebut oleh Raja Azlan Shah didalam magnum opus-nya itu?
Berbalik kepada apa yang berlaku di Perak,pada hemat saya keputusan di buat oleh Sultan Perak tersebut kelihatannya,tidak mengikuti lunas undang-undang dan convention yang terpakai selain dari bertentangan dengan apa yang beliau tulis didalam bukunya itu.Permintaan dari MB Perak Ir.Nizar untuk perkenan membubarkan Dewan bagi mengadakan Pilihanraya adalah sesuatu yang munasabah dan didalam ruanglingkup undang-undang.Persoalannya disini,apakah keengganan Sultan Perak tersebut bertepatan dengan kehendak hukum?
Implikasi dari peristiwa ini cukup besar dan menggerunkan dalam konteks kehidupaan negara demokrasi.Jika keputusan Sultan Perak yang enggan mengikut nasihat dan permintaan MB dianggap mempunyai keabsahan dari segi legality-nya,maka bermakna Raja-raja Melayu mempunyai kuasa budibicara yang tiada had!Didalam keadaan Raja-raja Melayu yang terlindung dari tuntutan undang-undang,hal ini begitu membimbangkan.Sesebuah kerajaan yang sah yang di pilih oleh rakyat boleh di tumbangkan dengan hanya keengganan untuk menuruti nasihat MB/PM.Dan ini boleh berlaku tanpa ada upaya check and balance kerana tidak ada mekanisme sebegitu terhadap Raja-raja Melayu.
Tindakan Sultan Perak ini juga mengundang persoalan apakah Sultan Perak akan membuat keputusan yang sama jika keadaan sebaliknya berlaku yakni,katakan Tajol Rosli sebagai MB meminta Dewan di bubarkan ataupun Pakatan Rakyat yang pula meminta supaya mereka membentuk kerajaan?Apakah Sultan Perak akan menasihati Tajol Rosli supaya meletakkan jawatan atau terus bersetuju bagi PR membentuk kerajaan.Saya tidak punya jawaban kepada persoalan ini dan tidak ingin berspekulasi,cuma saya teringat kepada suatu pepatah undang-undang yang saya pasti Raja Azlan Shah selaku mantan Lord President tidak mungkin melupainya iaitu:Keadilan bukan sahaja mesti di laksanakan tetapi hendaklah di lihat dilaksanakan (justice not only must be done but must be seem to be done).
Tentunya keputusan Sultan Perak ini mengundang backlashed dari rakyat.Rakyat berasa tidak puashati dengan keputusan sedemikian yang mereka anggap mengenepikan suara rakyat.Cuma saya terkejut dengan darjah kemarahan rakyat ini.Di tinjau dari komen yang di tulis didalam Buku Tetamu Laman Web Sultan Perak,dapat difahami kemarahan dan ketidakpuasan hati rakyat;begitu juga dengan tulisan-tulisan di dlm internet yang rata-ratanya melahirkan kekecewaan yang teramat sangat terhadap keputusan tersebut;manakala sms mahupun perbualan di serambi masjid dan kedai kopi juga melahirkan sentimen yang sama.
Perkembangan ini menarik sekurang-kurangnya dalam menilai psyche orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia keselurahannya.Jelas ujudnya anjakan paradigma dan cara berfikir rakyat yang mengenepikan sentimen feudal serta lebih bersikap kritikal.Rakyat tidak lagi dapat menerima titah raja sebagai seadanya,sebagai suatu yang cukup sakral (sacred) tanpa perlu dipersoalkan.Ertinya institusi Raja tidak lagi dilihat sebagai suatu yang taboo.Saya percaya di pihak Sultan Perak dan Raja Muda Perak sendiri tidak menyangka amarah rakyat meluap sebegini rupa sehingga kereta Raja Muda khabarnya turut di baling oleh rakyat yang kecewa.
Kesemua ini wajar di lihat dalam konteks yang luas-dengan perkembangan teknologi maklumat dan kesedaran hidup bernegara serta pendidikan-dan pada masa yang sama perlu diperhalusi dimana silapnya sehingga rakyat bertindak sebegini.
Raja-raja Melayu dan tentunya mereka yang berwenang menguatkuasakan undang-undang perlu bijaksana menilai fenomena ini dan tidak ada kewajaran untuk berselindung di sebalik Akta Hasutan atau pun ISA.Saya cukup bimbang jika pendekatan sebegini yang akan di pilih sebagai jalan mudah untuk menutup mulut rakyat.
Kita juga menginsafi bahawa episod yang berlaku di Perak ini diambil kesempatan oleh UMNO/BN melalui pencacai mereka,media arus perdana, untuk melakarkan gambaran yang jelek terhadap PR sebagai pengkhianat,derhaka dan sebagainya.Malah Mufti Perak juga telah keudara membawa mesej yang sama-derhaka.Saya berpandangan,dengan kesedaran mendalam di kalanyan rakyat semenjak sedekad kebelakangan ini,isu ini tidak akan dapat mengubah tanggapan umum malah akan memperlihatkan kejelikan UMNO/BN yang sanggup memanupulasikan Istana demi mengejar kekuasaan.
Siapakah yang dapat melupakan bagaimana UMNO memperlakukan Raja-raja Melayu sewaktu krisis Perlembagaan yang melibatkan isu imuniti Raja-raja Melayu?Bukankah UMNO-pemimpin dan para pengikut mereka-menghentam dan memalukan Raja-raja Melayu dihadapan umum tanpa diberikan peluang membela diri.Akhbar dan telivesyen di pergunakan sepenuhnya untuk melanyak Raja-raja Melayu.Saya ketika itu Timbalan Presiden PMUM (UMSU) melihat sendiri hal ini dan yang berada bersama-sama Raja-raja Melayu,saban malam membaca surah Yaasin serta solat hajat mempertahan Institusi Istana adalah para penyokong dan ahli PAS serta Semangat 46.Kami para pemimpin pelajar dari hampir semua Universiti berkeliling seluruh Semenanjung mengadakan pertemuan dengan para Sultan.Malah saya sendiri ada menulis pandangan saya mengenai krisis ini yang disiarkan oleh Majalah Aliran pada waktu itu yang mengundang `temujanji' dengan HEP UM.
Ertinya UMNO dan kesemua media arus perdana tidak mempunyai hak moral untuk mengambil kesempatan melabelkan mana-mana pihak sebagai derhaka (dan ini termasuk Mufti Perak sendiri;dimana beliau ketika Raja-raja Melayu di malukan UMNO?).Mereka perlu muhasabah diri terlebih dahulu!
Saya berkongsi sentimen dengan YAB Dato Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dalam isu yang melibatkan demokrasi dan Raja-raja Melayu.Pandangan beliau didalam tulisannya bertarikh 5.2.2009 amat tepat dan saya kira mencerminkan sentimen rakyat keseluruhannya.
Dan apakah yang boleh kita pelajari dari episod yang berlaku di Perak?Kepada saya yang paling penting adalah didalam perjuangan kita wajib mempunyai keyakinan diri yang utuh,bahawa di dalam perjuangan rakyat yang sah dan demokrasi kita harus insaf sesungguhnya jatuh bangun perjuangan tidak boleh disandarkan kepada mana-mana pihak.
Kita perlu berjuang tanpa mengharapkan mana-mana Lembaga Daulah bersama kita.Jika kita masih berfikiran mengharapkan Lembaga Daulah akan bersimpati atau bersama berjuang dengan rakyat,yakinlah,perjuangan kita tidak akan kesampaian.Maka perjuangan kita sesungguhnya dari rakyat untuk rakyat dan demi rakyat.Hanya rakyat berhak menentukan.
No comments:
Post a Comment