Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Saturday, October 31, 2009

ADUN 'bebas' pilihan Muhyiddin!!



BN bantu ADUN bebas: Muhyiddin
Okt 30, 09 7:18pm
Barisan Nasional (BN) sedia menimbang untuk membantu wakil-wakil rakyat Bebas yang menyokong parti itu dalam menjalankan tugas mereka bagi menjamin kepentingan rakyat tidak terjejas, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Timbalan perdana menteri yang juga timbalan pengerusi BN berkata BN sedia menimbang perkara tersebut sekiranya ada permintaan daripada wakil-wail rakyat Bebas tersebut.

Ia bertujuan untuk membantu melicinkan tugas mereka demi menjaga kepentingan rakyat, katanya kepada para pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Kolej Marlborough di Iskandar Malaysia, di sebuah hotel di Putrajaya.

Ketika diminta menggulas mengenai ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah keluar daripada PKR dan mengisytiharkan dirinya wakil rakyat bebas yang menyokong BN, Muhyiddin berkata:

"Kenyataan Badrul yang hilang kepercayaan terhadap kemampuan kepimpinan dan kewibawaan pemimpin PKR punca beliau berbuat demikian menandakan kepimpinan PKR semakin meruncing sekarang."

Badrul Hisham membuat kenyataan tersebut di ibu negara semalam.

Muhyiddin berkata pengakuan Badrul Hisham itu mempunyai makna yang amat besar terhadap tahap kepimpinan pemimpin parti pembangkang itu sehingga mereka sendiri hilang keyakinan.

Mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kononnya Badrul Hisham tidak "kompeten" dalam menjalankan tugas sebagai wakil rakyat, Muhyiddin berkata ia hanyalah dalih Khalid bagi mengabui kenyataan kepimpinannya (Khalid) sendiri yang lemah.

Ketika diminta mengulas dakwaan kononnya BN merasuah Badrul Hisham supaya bertindak demikian, timbalan perdana menteri berkata ia merupakan suatu tohmahan semata-mata kerana mahu menjadikan BN sebagai "kambing hitam" apabila parti pembangkang itu sendiri yang menghadapi masalah kepimpinan. BERNAMA

Imbas kembali - Sidang Media Adun-adun Perak!

Rokok RM30 sekotak??? Ambik ko!


CAP syor rokok RM30 sekotak
Oleh Syed Ismail Syed Abu Bakar
bhnews@bharin.com.my

Persatuan Pengguna Pulau Pinang gesa kerajaan bendung tabiat merokok

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan supaya rokok berjenama di negara ini dijual pada harga RM30 sekotak yang mengandungi 20 batang.

Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata ia bagi membendung tabiat merokok yang semakin serius di kalangan golongan muda terutama mereka yang berusia 18 tahun ke bawah.

Selain itu, beliau turut menggesa kerajaan menyekat penjualan rokok berjenama murah yang dijual pada harga antara RM2.20 hingga RM2.50 bagi 20 batang.

Antara jenama rokok murah yang mudah didapati di pasaran masa kini ialah Navy, Tex, American Legend, Bingo, Astro, Fisher, Virginia Slim, Paradox dan Lite-Up,

Beliau berkata, lambakan rokok berjenama murah di pasaran negara ini semakin membimbangkan kerana ia menjadi pilihan golongan muda.

"Harga runcit bagi 20 batang rokok berjenama di Malaysia ialah RM9.30 sekotak, jenama murah pula dijual kira-kira 73 peratus lebih murah," katanya.

Katanya, hampir semua rokok berjenama murah tidak mempunyai amaran dan gambar oleh Kementerian Kesihatan sekali gus ia tidak menakutkan golongan muda daripada terus membeli dan menghisap rokok.

Beliau mengalu-alukan langkah Kementerian Kesihatan menetapkan harga minimum bagi rokok 20 batang pada harga RM6.20 bermula Januari tahun depan.

"Bagaimanapun, harga itu terlalu rendah dan ia dikhuatiri tidak mencapai matlamat kerana pengguna masih mampu membelinya. Justeru, harganya wajar dinaikkan sehingga RM30 bagi 20 batang," katanya.

Harga rokok berjenama bagi kotak 20 batang di United Kingdom adalah RM36.60, Ireland (RM37.98), Singapura (RM27.80), New Zealand (RM27.20), Jepun (RM10.60) dan Sri Lanka (RM10.90).

Beliau berkata, gejala merokok di negara ini semakin membimbangkan dan lebih 50 peratus lelaki dewasa adalah perokok manakala kira-kira 50 kanak-kanak berusia bawah 18 tahun dikesan merokok setiap hari.

Friday, October 30, 2009

Keluhan Rakyat 1Malaysia - Dasar Automotif Zalim kepada kami...

Kaji semula dasar automotif

SAYA merupakan salah seorang pemilik kereta berumur melebihi 15 tahun, yang dilaporkan berjumlah 2.7 juta buah di Malaysia.

Saya amat tertarik dengan berita di akhbar mengenai Dasar Automotif Negara (DAN) yang telah diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini. Walaupun DAN dilaporkan secara ringkas sahaja tetapi hati saya mulai gusar dengan apa yang bakal berlaku selepas ini.

Saya menulis berdasarkan pemahaman saya melalui laporan akhbar kerana saya hanyalah rakyat biasa, seperti kebanyakan rakyat di kampung atau luar bandar yang rata-rata tidak begitu mengerti dengan dasar yang kerajaan akan laksanakan.

Saya bukanlah antara orang yang mampu menukar kereta bagaikan menukar pakaian seperti taukeh besar, pegawai ataupun ahli Yang Berhormat di luar sana.

Sejak akhir-akhir ini, saya lihat pelbagai peraturan telah dikenakan kepada saya serta orang seperti saya untuk meneruskan kehidupan dengan memiliki kereta berusia.

Tidak cukup dengan kenaikan premium insurans pihak ketiga dan keengganan pihak insurans untuk menerima kereta kami, kali ini kami dikejutkan pula dengan DAN yang saya lihat akan banyak menguntungkan ahli korporat automotif sahaja.

Dengan adanya DAN yang kononnya dibuat atas dasar membantu merancakkan industri automotif negara, kami dipaksa secara halus untuk melepaskan kenderaan kami dan membeli kenderaan baru yang didakwa lebih moden serta berteknologi tinggi.

Kami tidak memerlukan kenderaan moden atau canggih untuk ke tempat beribadat atau ke tempat kerja. Cukuplah dengan ketenangan fikiran yang kini bebas daripada hutang pinjaman kenderaan.

Kenderaan yang moden dan canggih tentu sekali datang dengan harga yang kami tidak mampu membelinya secara tunai.

Tetapi jika DAN terus menekan kami, maka terpaksalah kami membelinya secara hutang. Kami ingin bertanya kepada pihak yang berkenaan, adakah dengan berhutang menandakan kita telah maju dan negara akan semakin cepat membangun?

Saya juga amat tertarik dengan menteri berkaitan mengenai kenyataannya untuk menghentikan kemasukan alat ganti kenderaan terpakai ke negara ini serta komitmen beliau untuk memberi insentif kepada mereka yang ingin membangunkan alat ganti automotif di dalam negara.

Saya berpendapat, tindakan tersebut hanya akan menguntungkan sebelah pihak sahaja. Tentu sekali pihak kami iaitu rakyat biasa akan rugi selamanya.

Mungkin ada antara kami mampu untuk membeli kenderaan baru secara hutang tetapi belum tentu kami mampu untuk mendapatkan alat ganti kenderaan dengan harga yang munasabah.

Jika kemasukan alat ganti kenderaan terpakai dihentikan, kami terpaksa mendapatkan alat ganti baru yang bukan semuanya datang dengan harga yang mampu dibeli.

Sebagai contoh, harga gearbox canggih kereta nasional yang dilancarkan dahulu bagaikan mimpi ngeri kepada pemiliknya.

Harganya mencecah belasan ribu dan tidak sepadan dengan harga keretanya yang kini dalam promosi mudah milik oleh pengeluarnya.

Ia bagaikan kata orang tua-tua di kampung, mahal tali daripada lembu. Inilah yang menjadi persoalan kami. Adakah DAN akan memberi jaminan kepada kami untuk mendapatkan harga alat ganti yang murah dan berkualiti?

Justeru, kami amat berharap kerajaan dapat mengkaji semula DAN demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia.

Kami bukanlah menentang pelaksanaan DAN tetapi biarlah DAN dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat, bukannya kepada pihak tertentu sahaja.

Dengarlah rintihan orang seperti kami. Jangan hancurkan kepercayaan kami. Jika rintihan kami diabaikan, maka konsep 1Malaysia yang dicanangkan akan gagal di tengah jalan kerana apa yang kami lihat, keutamaan hanya diberikan kepada pihak tertentu sahaja.

MOHD. NAJIB ABD RASHID

Kuala Lumpur

sumber - kedah la nie

Gantung Polis Dahulu!!

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Marilah kita melihat kembali ke sejarah. Bagaimanakah USSR dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimanakah Shah dari Iran dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimanakah Saddam dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimanakah Sukarno dan Suharto dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimana regim ini dapat mengekalkan kuasa mereka dalam sejarah 5,000 tahun yang lepas, ya, anda akan menemui satu persamaan diantara mereka. Persamaan itu adalah bagaimana polis untuk menolong regim itu untuk mengekalkan kuasa mereka, sama ada ia sah dari segi undang-undang atau sebaliknya.

Inilah situasi yang berlaku di Malaysia hari ini.

Kemudian kita lihat bagaimana regim ini dijatuhkan. Hanya ketika pihak polis menukar laluan sokongan mereka ataupun berlaku adil, barulah regim ini akan dijatuhkan. Iaitu apabila pakatan yang haram diantara polis dan regim berkecai barulah regim dapat dijatuhkan. Tiada apa cara lagi, sejarah telah membuktikannya. Regim tidak akan jatuh kecuali sokongan polis terhadap mereka retak. Jadi untuk menjatuhkan regim, polis harus diubah terlebih dahulu.

Perkara yang berlaku di Dewan Undangan Perak semalam merupakan jejak terakhir polis. Tindakan ganas polis terhadap Pakatan Rakyat merupakan paku terakhir untuk sebuah keranda.

Saya bukannya tidak tahu sehingga mana keganasan yang dilakukan oleh polis. Saya telah menjadi "tetamu" mereka lebih daripada sekali dan anak saya sering dipukul di Penjara Sungai Buloh di tangan polis. Setelah beberapa insiden "pembunuhan kedaulatan undang-undang" di Malaysia, sekiranya anda masih sangsi bahawa polis tidak bertindak diluar undang-undang, saya tidak tahu apa contoh yang lagi untuk anda.

Najib Tun Razak yang boleh dipenjarakan kini menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana konspirasi penutupan cerita di sebalik pembunuhan Altantuya Shaariibuu oleh polis. Siapa lagi sekiranya bukan IGP sendiri, Musa Hassan untuk menutup kes ini. Hal ini telah diceritakan kepada saya secara peribadi oleh Konsul Kehormat Mongolia ke Malaysia, Datuk Syed Alhabshi Rahman. Dia memberitahu saya bahawa dia telah memberikan Musa Hassan segala bukti tetapi bukti itu telah dikuburkan dan tidak dibenarkan untuk muncul dalam perbicaraan pembunuhan di mahkamah.

Biarlah saya membuat penjelasan disini. Faktor Perdana Menteri Najib tidak dipenjarakan kerana Musa Hassan dan polis Malaysia. Selain itu, Musa Hassan juga menganas terhadap pembangkang. Dan apa yang berlaku di Perak dapa meyakinkan lagi sekiranya anda masih tidak percaya dengan situasi sebenar yang berlaku.

Musa Hassan harus dihantar ke penjara. Dia tahu dia akan dihantar ke penjara sekiranya Barisan Nasional ditempatkan dalam situasi yang paling sukar iaitu menjadi pembangkang dan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan. Jadi Musa Hassan akan memastikan Pakatan Rakyat tidak akan menggantikan Barisan Nasional sebagai kerajaan. Dan dia akan melakukan apa pun untuk memastikan perkara ini tidak terjadi.

Ada orang yang cuba mengatakan saya melarikan diri untuk "mengelakkan" hukuman saya kerana mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya. Itu yang mereka mahu anda percaya. Ia langsung tiada kena mengena dengan kesalahan yang didakwa dalam perbicaraan saya mengenai hasutan. Aku telah melarikan diri kerana aku tahu mereka akan menahan saya di bawah Internal Security Act (ISA) tanpa sebarang perbicaraan untuk menghentikan saya untuk mendapatkan bukti yang lebih lanjut tentang cara polis menutup fakta-fakta di sebalik pembunuhan Altantuya.

Namun fakta ini tidak akan disemubuyikan lagi. Sebelum sambutan Natal tahun ini akan wujud fakta-fakta tersebut. Malaysia akan diberitahu kebenaran yang berlaku di sebalik pembunuhan Altantuya. Malaysia akan dapat melihat diri sendiri bukti-bukti bagaimana Musa Hassan dan polis Malaysia memastikan bahawa Najib akan menjadi Perdana Menteri daripada dipenjarakan dengan konspirasi menutup kebenaran di sebalik pembunuhan itu.

Sudah terlambat bagi mereka untuk menghentikan saya sekarang. Bahkan sekiranya saya masih menghilangkan diri sendiri, ia tidak akan menghalang fakta daripada daripada dikemukakan. Setelah lapan bulan saya melarikan diri, saya tidak menghabiskannya dengan sia-sai. Fakta-fakta telah dikumpul. Saya telah mengumpulkan semua fakta yang berkaitan untuk dipersembahkan kepada Rakyat Malaysia. Dan, apabila ia dipersembahkan kepada Rakyat Malaysia, semua orang akan melihat bagaimana peranan Musa Hassan dan polis untuk menutup kes pembunuhan Altantuya untuk menyelamatkan orang-orang dalam pembunuhan itu daripada dihantar ke penjara.

Baru-baru ini, Tun Dr Mahathir Mohamad menyesalkan bahawa Malaysia telah berubah menjadi negara polis. Mahathir, pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, marah kerana polis di negara ini dan membantu rejim haram yang dianggap oleh Mahathir untuk menjalankan tugas. Ini adalah pandangan Mahathir. Dan ini menjadi pandangan saya juga. Dan saya menolong Mahathir dalam perkara ini. Saya akan membantu Mahathir untuk membuktikan apa yang dia katakannya itu benar. Mahathir harus membuktikan juga bahawa apa yang dia katakan adalah benar iaitu Malaysia adalah negara polis dan polis membantu regim haram untuk mentadbir negara.

Tidak mengapa sekiranya Najib dan kumpulannya masuk penjara atau tidak. Yang saya prihatin ialah Musa Hassan akan menjadi orang yang pertama untuk dihantar ke penjara. Beliau harus dihantar ke penjara kerana beliau merupakan Ketua dalam kerja menutup kes pembunuhan Altantuya. Kemudian yang lain boleh dimasukkan penjara.

Polis di Malaysia merupakan sekumpulan gangster berseragam. Mereka sebenarnya lebih teruk daripada gangster. Bahkan gangster memiliki etika. Jika anda pernah bercampur dengan mereka, anda akan tahu apa yang saya maksudkan. Gangster yang berseragam tidak mempunyai etika sama sekali. Lebih teruk lagi, gangster berseragam ini sembahyang lima kali sehari dan menghala ke Mekah dan membayangkan diri mereka sebagai umat pilihan Allah yang telah dijanjikan sebuah tempat di Syurga , walaupun mereka tidak peduli apa pun dosa dan kejahatan yang mereka telah lakukan.

Saya telah dipenjara dulu. Penjara adalah satu tempat untuk mengumpul pelbagai jenis orang dan sampah masyarakat. Tapi banyak kali mereka yang disebut sebagai sampah masyarakat telah terbukti mereka adalah lebih baik daripada gangster yang berseragam. Saya telah, pada kenyataannya, telah diberikan perlindungan 24 jam oleh orang-orang yang akan anda anggap sebagai sampah masyarakat. Mereka berdiri di luar sel sementara saya tidur didalam demi memastikan bahawa tiada sebarang ancaman datang kepada saya supaya saya boleh hidup untuk meneruskan perjuangan untuk Malaysia.

Ya, apa yang ironi. Orang yang dianggap sampah masyarakat oleh kita telah menjadi penyelamat kepada saya ketika saya berada dalam penjara daripada orang-orang berseragam. Inilah pengajaran saya ketika dalam penjara. Ini telah membuat saya lebih mempercayai mereka sekiranya saya berada di tangan gangster, perampok dan penculik berbanding berada di tangan orang-orang berseragam.

Bukan apa lagi. Musuh utama bagi Malaysia sekarang adalah polis. Mereka adalah orang yang terlebih dahulu diubah sebelum kita dapat menurunkan satu regim yang dinamakan Barisan Nasional. Rakyat Malaysia harus mengubah Polis. Musa Hassan harus menjadi orang yang pertama. Sekiranya kita memisahkan kepala dari lehernya maka regim akan runtuh. Dan hanya selepas itu orang-orang di balik pelbagai pembunuhan dapat dibawa ke mahkamah.

 

Polis lagi takut kat Najib lebih dari Allah SWT!

Mungkin itulah cogankata atau pegangan mereka yang mengarahkan agar Solat Hajat ini dihentikan..

Solat Hajat dan Munajat yang dipimpin Oleh Ust Noor Azli Musa dibuat
diperkarangan Kedai makan berhampiran Banggunan DAP Negeri.

Memohon pertolongan Allah swt dan mendoakan keselamatan Adun-Adun PR

Diwaktu ini bermula satu PENGHINAAN,apabila OCPD ini mengeluarkan
arahan tangkapan keatas 5 individuyang terlibat dalam solat tersebut.

Pegawai Polis bernama TAHIR ini mengarahkan agar mereka tidak
meneruskannya dan meminta agar mereka ini bersurai..!!

Beliau terus mendesak agar ia dihentikan jika tidak arahan
tangkapan tadi akan dilaksanakan..!

Ini adalah RIAK wajah mereka yang dengan SINIS dan MENGHINA apabila mereka ini yang bernama RAMES dan GLEN mentertawakan Agama Allah swt apabila pegawai yang bernama TAHIR menghentikan Solat tersebut..!!
Perhatikan wajah mereka dengan betul-betul,dan anda akan rasa apa yang aku rasa…!!!!

Gambar diatas ini ialah antara gambar-gambar yang dapat dirakam semasa sidang dun semalam.Ia antaranya menceritakan menegenai sekumpulan dari penyokong PR bertindak mengadakan Solat Hajat dan Munajat bagi memohon kepada Allah swt untuk membantu memberikan kekuatan kepada Adun-Adun PRmennghadapi mereka yang zalim ini.Solat Hajat ini dibuat di perkarangan kedai makan yang lokasinya tidak menggugat kerja-kerja anggota keselamatan.

Namun apa yang diluar jangka oleh sya ialah tindakan POLIS yang sememangnya cukup Menghinakanapabila mereka mempersendakan Solat Hajat tersebut.Ia bertambah HINA apabila seorang lagi anggotaPOLIS berpangkat Tinggi,MELAYU dan mengaku beragama ISLAM mengarahkan agar Solat tersebutdiberhentikan dan mengarahkan juga agar 5 daripada mereka ditahan..!!

Aku sempat bertanya kepada seorang anggota CID beragama ISLAM dengan soalan `Adakah solat ini menjadi kesalahan’..?Beliau mengatakan bahawa ini arahan,dan jawapan itu turut ditambah lagi dengan jawapan SINIS dari pegawai berbangsa india yang bernama N.S RAMES dengan mengatakan bahawa tempat itu telah diwartakan dan ia salah mengikut undang-undang..!Bayangkan ketika itu aku merasakan ia sesuatu yang begitu mencabar kesabaran aku apabila dapat aku rasakan bagi mereka ini Kalimah Tauhid mereka ialah,
HIDUPKU,MATIKU,KERANA PEMIMPINKU DAN UNDANG-UNDANG KU..!!
Semalam barulah aku tahu bahawa Allah swt itu hanyalah kepercayaan bagi mereka sesuai dengan ungkapan didalam rukun Negara,mungkin kerana tiada lagi ketakutan bagi menghadapi MATI dan mungkin juga mereka tidak Takut akan KEMATIAN maka dengan senang mereka mempersendakannya…!!!

Soalan aku apakah bersolat kini menjadi satu ancaman kepada undang-undang NEGARA??Sejak Bilakah Allah swt meletakkan syarat bagi menunaikan solat hanya 5 minit seperti yang diarahkan oleh pihak OCPD??Dan Sejak Bilakah Allah swt melarang hambanya menunaikan Solat dikawasan-kawasan tertentu..??

Tahukah anda mereka yang bersolat itu tidak DIPAKSA,DISURUH dan DIBAYAR untuk melakukannya melainkan hanya kerana Allah swt..!!

Apakah kita akan terus melihat ISLAM dipermainkan..???

Thursday, October 29, 2009

Bukti betapa setianya Pencacai UMNO!

Teman memang dah 'speechless' dengan jenis polis ni..
Konon menegakkan undang-undang!
Mohon laknat seluruh alam keatas polis-polis di SUK Perak hari tu!

Bukti Speaker Sivakumar dikasar dek Polis Pencacai!

Gambar yang ditunjukkan oleh Sivakumar membuktikan bahawa benar beliau dikasari dan dicekik oleh polis.

IPOH, 29 Okt :-Saya memanggil sidang media selepas penafian Ketua Polis Perak dalam akhbar Sinar menafikan polis bertindak kasar dan saya berbohong. Demikian kenyataan media oleh Speaker Dun Perak, V.Sivakumar dalam sidang media sebentar tadi di sini.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Adun-Adun Pakatan Rakyat, Drs. Khalil Idham Lim (Titi Serong), Ong Boon Piao (Tebing Tinggi), Chang Min Kai (Simpang Pulai), Tai Sing Eng (Kuala Sepetang), Chen Fok Chai (Keranji) dan Yee Siew Kai (Pokok Asam).

Rakan media ditayangkan rakaman kekasaran polis yang dilakukan terhadap Adun Pakatan Rakyat.

Beliau menegaskan siapa tipu, saya atau akhbar??, tanyanya.

Kenyataan Ketua Polis Perak seperti dibaca dalam Sinar Harian, apa yang dikatakan oleh Adun Pakatan Rakyat tidak benar.

Sivakumar mengatakan mereka merancang untuk membuat kekasaran kepada Adun dalam bangunan SUK. Saya juga mempersoalkan ramai orang lain termasuk peguam UMNO boleh masuk, namun kenapa kami Adun hanya satu persatu dibenar masuk ikut pintu besar yang buka sedikit sahaja.

Siva mengatakan yang sebenarnya yang mengatur drama ialah Zambry.

Bukti saya bukan buat drama ialah cebisan baju yang koyak yang ditunjukkan kepada media kelmarin, katanya lagi.

Saya menegaskan saya bukan menipu dan yang menipu ialah Ketua Polis Perak.

Saya mempersoalkan kenapa Ganesan di kawal oleh 22 orang yang mengelilingi tempat duduk Ganesan. Sedangkan saya pada 7 Mei lalu, saya tidak dijaga langsung oleh polis dan membantu apa yang saya arahkan.

Sumber: http://idhamlim.blogspot.com/

Bukti Polis pukul ADUN PR Perak di parking SUK!

PKR Gerik, Wednesday, October 28, 2009

Apa nak jadi dengan Negeri Perak tak tahu lah demokrasi dirogol ADUN PR diperlakukan macam ni... rakyat perak sedang memperhatikan dan menilai tingkah laku UMNGOK.. Pilihanraya 13 compom UMNGOK akan kalah!!!

Adooyai...kesian Chang Ming Kai diperlakukan begini..apa-apa pun tahniah buat pakatan rakyat yang sentiasa berjuang untuk menegak demokrasi yang adil di Negeri Perak walaupun berbagai rintangan yang menghalang.

Teruskan perjuangan untuk menegakkan keadilan.

PERGI JAHANAM DENGAN UMNGOK!!!













Nak keluar,Keluar la.. Apahal ke kes Liwat lak ni?

Kalau dah kata nak keluar PKR dan sokong BN, keluar je la..
MB Selangor pun dah kata.. tak kisah dan sila keluar.. siap izinkan jika dia nak ke UMNO pun!
Tapi yang tiba-tiba keluar parti sebab kes liwat ni apahal?
Bak kata Hishamuddin Rais, kalau bodoh jangan tunjuk kat orang! Bodoh sendiri-sendiri je..

aduii.. Selalunya bila ada ADUN PR yang keluar, teman akan rasa terkejut dan marah!
Tapi kali ni teman rasa rilek pulak! mungkin sebab Kerajaan Selangor tak goyah kot?

Selepas ini, perlu adanya tindakan penerangan yang efektif oleh Kerajaan Selangor untuk memberi penjelasan berkenaan isu ini terutama kepada rakyat di Dun Port Klang ini!

Ikut cerita sahabat teman yang sekampung dengan Badrul ni, YB ni bukan betul sangat.
Malah semasa kempen di PRU tahun lepas, dia nak ceramah perkenalkan diri pun failed!
Nampaknya PKR sekali lagi terkesan dengan YB-YB mereka yang sengaja menunjukkan betapa tidak amanahnya mereka kepada rakyat yang mengundi!

by the way.. bila sebut isu liwat ni, nampaknya Badrul ni diberi tunjuk ajar oleh guru yang sama mengajar saiful liwat kot?

sunsnake 29.10.2009

Kes liwat antara punca Badrul keluar
Andrew Ong
Okt 29, 09
8:13pm
ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah berkata kes liwat yang membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara sebab beliau keluar PKR.

Bercakap dalam satu sidang akhbar petang ini, Badrul berkata beliau menjadi lebih syak terhadap Anwar yang menurutnya sengaja melengah-lengahkanperbicaraan dan enggan pula menjelaskan perkara itu kepada ahli-ahli parti.

Sebagai seorang Muslim yamg berpegang teguh kepada prinsip Islam, katanya, moral seseorang pemimpin itu amat penting untuk mendapatkan sokongannya.

Beliau juga mendakwa bahawa presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri Anwar, juga enggan untuk menjelaskan mengenai dakwaan liwat tersebut.

Katanya, ia merupakan sebab utama beliau membuat keputusan keluar PKR kerana beliau tidak boleh berkompromi dengan isu-isu moral seperti yang dihadapi oleh pemimpin PKR.

Ditanya mengapa beliau menunggu hingga sekarang untuk menimbulkan isu liwat itu, Badrul tidak memberi jawapan secara langsung dan berkata "saya tidak boleh berkompromi dengan pemimpin yang mempunyai cerita begini".

Badrul hari ini mengumumkan bahawa beliau keluar PKR dan menjadi ADUN bebas yang 'mesra' BN.

Dakwa dianak tiri

Beliau membuat keputusan itu beberapa jam selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan kepada PKR supaya meminta Badrul meletak jawatan kerana didakwa gagal menunjukkan prestasi yang baik.

Dalam kenyataan yang dibacanya, Hisham juga mendakwa beliau telah dianaktirikan oleh kerajaan Selangor yang diterajui PKR yang didakwanya telah menahan peruntukan kepadanya sejak bulan Mac.

Beliau mendakwa, kerajaan negeri enggan menyelaraskan dengan beliau pemberian peruntukan tetapi sebaliknya, bertindak membuka pusat perkhidmatan yang berasingan di Pandamaran Indah untuk berurusan dengan pengundi di situ.

Tindakan itu, katanya, seolah-olah menganaktirikan dirinya berbanding dengan ADUN yang lain.

Badrul juga menyifatkan tindakan itu sebagai satu percubaan untuk meminggirkannya sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.

Bila ditanya teorinya mengapa beliau 'dianaktirikan', Badrul menjawab: "Tanyalah menteri besar".

Awal tahun ini, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa setiausaha politiknya, Nik Nazmi Nik Ahmad telah mengambil alih tugas Badrul yang didakwanya gagal menunjukkan prestasi yang baik.

Nik Nazmi juga merupakan ADUN Seri Setia.

Dakwa peruntukan ditahan

Ditanya mengenai dakwaan beliau tidak menunjukkan prestasi yang baik, Badrul berkata, ia kerana peruntukan tidak disalurkan kepadanya tetapi diambil alih oleh setiausaha menteri besar, di samping wujudnya dua pusat perkhidmatan di kawasan.

Oleh itu, katanya, bagaimanakah beliau hendak memberi perkhidmatan kepada rakyat, sementelah pula beliau juga bukan exco kerajaan negeri.

"Saya masih keluar jumpa rakyat. Saya orang yang tak suka diraikan, berkompang kompang, bunga mangga. Saya tak suka. Saya keluar dengan pemandu saya untuk tengok keadaan di kawasan saya," katanya.

Sejak kerajaan Pakatan Rakyat di Perak digulingkan Februari lalu, khabar angin bertiup kencang bahawa Badrul akan keluar parti untuk menyertai Umno.

Khabar angin itu bertambah kencang apabila beliau tidak menghadiri sidang DUN dan jarang dilihat di khalayak ramai.

Bagaimanapun, Badrul ketika itu mengeluarkan kenyataan menegaskan komitmennya bersama PKR.

Kesetiaan pada parti

Bagaimanapun, khabar angin itu timbul semula awal bulan ini, ekoran kehadiran Badrul di rumah terbuka Hari Raya Ketua Umno Klang Datuk Mazlynoor Abd Latif dan sekaligus menimbulkan persoalan mengenai kesetiaannya terhadap parti.

Dalam sidang akhbar tersebut, Badrul duduk di sebelah bekas setiausaha PKR Selangor, Nizam Rosli, yang dilihat berbisik kepada Badrul sebelum ADUN Pelabuhan Klang itu menjawab hampir setiap soalan dari wartawan.

Nizam dikenali sebagai rakan karib bekas ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor, yang meninggal parti itu dan menyertai Umno selepas tidak sehaluan lagi dengan Anwar.

Bercakap kepada Malaysiakini kemudiannya, Nizam berkata Badrul meminta bantuannya untuk menyelaraskan sidang akhbar tersebut. Beberapa orang penyokong Ezam juga kelihatan di sidang akhbar tersebut.

Betapa lembabnya 1Malaysia! Tak tahu siapa bina jambatan???

Jambatan tu dibina dalam kawasan sekolah..
Sekolah tu ada pengetua/guru besar..
Sekolah tu ada guru-guru..
Sekolah tu mesti ada tukang kebun...
Sekolah tu mungkin ada pengusaha kantin..

Paling-paling tidak sekolah tu PASTI ada pakcik jaga!

abiss?? apsal sampai nak tunggu Jawatankuasa Siasatan yang dianggotai oleh antaranya:-

- Ketua Pengarah Pelajaran
- Ketua Pengarah JKR negeri
- Exco negeri
- Penasihat MB haram

untuk tahu siapa yang buat jambatan? takkan manusia-manusia yang diatas tadi tak tau siapa yang bikin itu jambatan?? paling tidak takkan jaga sekolah tu tak tau?

Yang nyata dan sahih, jambatan tersebut JKR pun tak tau kewujudannya!!
apatah lagi diluluskan!!

Ikut cerita ianya 'hadiah' dari seseorang!

Takkan Guru Besor tak tau siapa 'penderma' tu wehhh!!
Takkan Guru Besor tak tau siapa 'kontraktor'nye wehhh!!!

Bodoh beno ke Guru Besar Sekolah tu yeob?

Takkan dia pun heran "bila masa ada jambatan gantung dalam sekolah aku ni?"

aduiii.. nampak gayanya.. nasib keluarga mangsa yang mati akan sama macam nasib keluarga Teoh Beng Hock la niii...

Kematian berganda untuk mangsa kem 1 Malaysia
Harakahdaily
Thu | Oct 29, 09 | 5:38:22 pm MYT
KAMPAR, 29 Okt: Sedih akibat kematian anaknya, N Dina Deve yang mati akibat jambatan runtuh dalam promram 1 Malaysia, bapa kanak-kanak malang itu, T Nathan, 45 meninggal dunia pagi tadi.

Akibat kematian anaknya, Nathan yang terlalu sedih tidak lalu makan atau minum sehingga terpaksa menerima kemasukan air melalui drip dilengannya.

Pagi tadi, Nathan meninggal di rumahnya di Mambang Diawan, dekat sini selepas beberapa hari menanggung kesedihan.

N Dina Deve mati apabila jatuh ke dalam sungai selepas jambatan gantung yang dinaikinya runtuh ke dalam sungai Kampar dekat dengan Kuala Dipang. Turut jatuh adalah 22 kanak-kanak lain yang menyertai kem 1 Malaysia itu.

Mayat Deve ditemui malam kejadian itu juga kira-kira 3 km dari tempat kejadian itu. Seorang lagi mayat mangsa ditemui malam tadi, M Davadharshin, 11 tahun.

Mayat mangsa ketiga, V Diryasree Vasudevan, 12 dari SJK Tamil Gopeng ditemui 10.45 pagi tadi dekat lombong di Tronoh Mine, kira-kira 25 km dari tempat kejadian.

Menurut keluarga Dina Deve, selepas mendengar kematian anaknya, Nathan tidak boleh makan atau minum.

Dia terpaksa menerima kemasukan air melalui drip dan terpaksa berehat sepenuhnya di rumahnya.

Dengan kematian kedua-dua mereka dalam keluarga ini, ibu Dina Deve, S Mogana juga terlalu tertekan. Beliau tidak mahu bertemu dengan wartawan bagi menceritakan kesah keluarganya yang malang itu.

Selain, Dina Deve, keluarga ini mempunyai dua anak lelaki iaitu berumur sembilan dan 17 tahun.

Bagi mereka, semua yang berlaku kerana jambatan yang dibina itu tidak dibuat dengan sempurna.

Jambatan gantung itu baru sahaja dibina kira-kira seminggu sebelum program yang menghimpunkan 300 kanak-kanak itu. Menurut laporan, ia disumbangkan secara 'percuma' oleh satu syarikat.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin berkata, kem bina semangat semacam ini akan diteruskan.

ImageDalam perkembangan berkaitan, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menggesa kerajaan menyiasat segera pihak yang bertanggungjawab membina jambatan berkenaan di luar pengetahuan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Selain itu, beliau mahu pihak yang bertanggungjawab mengumumkan kos sebenar pembinaan jambatan yang baru dua minggu dibina itu.

"Saya menggesa agar pihak kerajaan mengenalpasti pihak bertanggungjawab menjalankan projek membina jambatan gantung ini," katanya ketika ditemui sewaktu melawat keluarga salah seorang mangsa lemas.

"Siapakah kontraktor projek ini, mengapa projek ini dijalankan tanpa pengetahuan JKR, dan berapa anggaran sebenar jumlah wang yang dihabiskan untuk membina jambatan ini?," soalnya.

Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhiyiddin Yassin juga harus bertanggungjawab penuh terhadap tragedi malang ini.

Ini kerana Pengarah JKR Perak Datuk Dr.Safry Kamal Ahmad mengesahkan bahawa jambatan tersebut tidak mendapat kelulusan dari pihak JKR.

Menurutnya juga segala persoalan itu perlu dijawab segera kerana rakyat mahukan penjelasan yang sebenar.

Ianya juga penting sebagai tauladan kepada semua pihak dan bagi mengelak kejadian seperti itu terus berulang.

Beliau menggesa demikian sewaktu melawat keluarga magsa kejadian itu kelmarin.

Wednesday, October 28, 2009

Laaa.. ini hujah Ahli Parlimen BN ka? Teruknya!

Sesungguhnya teman tak sangka ada Ahli Parlimen Malaysia yang sebodoh ini! Kalau nak banding jawapannya dengan hujah Ahli-Ahli Parlimen PR yang lain macam lulusan UUM dengan Oxford!

Sepening-pening Ahli Parlimen Kinabatang pun, tak sepening Ahli Parlimen Jasin ni! Macam mana la leh menang Pilihanraya ni.. keee.. adik-beradik Isa Samad?

sunsnake 28.10.2008

Nizar di Lokasi Kejadian Jambatan 1Malaysia runtuh!



Selaku sebagai seorang Jurutera, mungkin ada yang tak kena dilihat distruktur binaan asas jambatan gantung ini oleh DS Nizar






Ketibaan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga selaku Setiausaha Agung DAP Pusat.






Bersama menyambut ketibaan Raja Nazrin... hmmm.. semacam ada yang terbuku di hati Tuanku? Sembah Derhaka Patik Tuanku!!!


Laaa.. ada jugak makhluk yang mengaku MB ni kat sini.. hmmm bior leee..




Menziarahi mayat mendiang mangsa jambatan 1Malaysia yang runtuh

Berkongsi kesedihan... Mana pengasas 1Malaysia nye? tak datang ke?


sumber - Parlimen Bukit Gantang
Related Posts with Thumbnails