Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Thursday, October 1, 2009

Berita Baik buat rakyat Selangor yang tiada pekerjaan!

Kerajaan Negeri Cadang Bantu Rakyat Dapatkan Pekerjaan

Khamis, 01 Oktober 2009

SHAH ALAM, 1 Oktober - Selangor kini tidak mempunyai masalah mengenai ketiadaan peluang pekerjaan tetapi lebih kepada masalah kekurangan pekerja bagi mengisi kekosongan pekerjaan sedia ada.

Menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali , di Selangor sahaja, hampir 12 ribu peluang pekerjaan dalam sektor perkilangan menanti mereka yang masih menganggur.

“Kita sekarang di Selangor melalui statistik yang dikeluarkan FMN Selangor dimana ada 11,500 peluang pekerjaaan untuk kilang-kilang di Selangor sekarang ini,”katanya.

Dr Halimah berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), di Shah Alam, tengah hari tadi.

Justeru Halimah berkata kerajaan negeri bersama Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia termasuk kilang terbabit merancang untuk mengadakan siri jelajah ke seluruh pelosok Selangor bagi membantu belia dan juga ibu tunggal yang menganggur untuk mendapatkan pekerjaan.

“Kita akan menggerakkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung dan mungkin Biro Belia PBT itu sendiri dan pusat-pusat khidmat masyarakat di seluruh Selangor, seluruh Dun dan Parlimen di Selangor untuk memberikan ruang seluas-luasnya dan untuk mempermudahkan belia-belia dan remaja kita dan ibu-ibu tunggal yang saya difahamkan ada ramai, 25 ribu yang ada di Selangor untuk mereka merebutkan peluang yang begitu ketara sekarang ini kerana ada setengah-setengah daripada kilang ini mempunyai peluang pekerjaan 4,000 pekerjaan”,katanya.

Dr Halimah berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor(MTES), di Shah Alam, tengah hari tadi.

Dalam masa yang sama Dr Halimah turut menyeru rakyat negeri ini terutama belia dan ibu tunggal merebut peluang yang disediakan kerajaan negeri.

“Jadi saya menyeru kepada semua rakyat negeri Selangor khususnya mereka yang telah mengalami masalah mungkin VSS atau diberhentikan kerja semasa ekonomi merudum, jadi inilah masa keemasan untuk direbut dan kami akan membawa bas-bas akan menjelajah seluruh Selangor.

“Jadi kita minta belia-belia,ibu tunggal yg memerlukan pekerjaan untuk mencari rezeki yang halal bagi menampungkan keluarga,ambil peluang ini. Mungkin kita akan buat dimerata tempat di seluruh selangor ini,”katanya siri jelajah itu akan diadakan dalam masa terdekat ini.


sumber- Selangorkini

No comments:

Related Posts with Thumbnails