Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Thursday, October 8, 2009

Billboard BN di Bagan Pinang - Lagak baik tersirat hina Nik Aziz

Bagaimana pun pemasangan biilboard agak banyak terutamanya di pihak UBN.

Paling menonjol ialah billboard memaparkan gambar Najib Razak yang menjual slogan 1 Malaysia.


Pilihan raya ini diambil kesempatan untuk menjual idea Najib dalam merombak stigma rakyat yang kini sudah mula meletakkan Pakatan dalam kepala.Sejauh manakah usaha ini berjaya.


Dalam banyak billboard yang memaparkan gambar Najib terjumpalah saya satu billboard yang menerakan gamabr Najib bersama isteri sedang melihat seseorang yang terlantar sakit di katil hospital.


Mulanya saya ingat gambar Mohd Isa atau orang tua mana yang uzur!Apabila berhenti kereta dan menghampiri, sedikit mengejutkan saya kerana orang tua yang terlantar itu ialah Tok Guruku, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Gambar ini dirakam semasa Najib bersama isterinya Rosmah, menziarahi Nik Aziz yang sakit diserang jantung beberapa tahun lalu.



Dibawah gambar itu dicatat maksud sebuah hadith yang menceritakan kebaikan seseorang muslim yang membantu muslim yang lain. Apa yang hendak diceritakan dalam billboard ini, betapa Najib seorang yang prihatin, bersifat kasih mengasihi sesama insan.Sementara unsur lain yang terselit didalam gambar ini mahu menunjukkan Nik Aziz tidak berterima kasih dan insaf atas kunjungan Najib itu. Saya sempat merakam billboard berkenaan.



Dalam perjalanan saya mengomen sendiri, mengenangkan gambar itu menunjukkan UBN tidak ada modal besar di Bagan Pinang. Kenapa harus eksploitasikan amalan-amalan soleh Najib bersifat peribadi terhadap Tok Guru untuk meraih undi di Bagan Pinang?Apakah kelakuan baik Najib itu dapat menghakis persepsi buruk ke atas Mohd Isa? Kalau Mohd Isa yang menjenguk Nik Aziz tidak memusykilkan, tetapi ini Najib.



Apakah kerja-kerja kebajikan yang Najib lakukan berjangkit kepada Mohd Isa. Dan kalaulah UBN berniat begitu, ingin menunjukkan sikap prihatin Najib kepada rakyat, ia tidak kesampaian kerana Nik Aziz lebih prihatin dan lebih banyak dan tulus kebajikannya.Nik Aziz bukan sahaja setakat menjenguk orang sakit, tetapi jauh dari itu dia juga berdoa untuk orang sakit. Saya tidak pasti apakah semasa Najib menziarahi Nik Aziz di hospital USM itu beliau sempat berdoa untuk kesejahteraan Nik Aziz?


sumber - MSO



klik sini untuk artikel penuh

No comments:

Related Posts with Thumbnails