Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Thursday, October 15, 2009

Cukuplah mengkritik UMNO-BN!

Teman setuju betul dengan kata-kata YB ni, memang UMNO-BN ni wajar dkritik! namun jangan sampai kita hilang fokus dengan kawasan yang kita kuasai! jangan besok dikatakan 'yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran!"

sunsnake 15.10.2009

Menjelang pilihan raya umum ke-13, musuh Pakatan Rakyat yang terbesar ialah Pakatan Rakyat sendiri. Sekiranya PR enggan berubah, maka mereka yang menang dalam tsunami politik 8 Mac 2008, bakal menjadi 'mangsa tsunami' dalam PRU ke-13.

"Jangan kita pula dijangkiti Denial Syndrome, hanya menyalahkan 'taburan gula' oleh BN, seperti peruntukan wang ketika tempoh berkempen, undi pos dan sebagainya... semua ini wujud dalam pilihan raya kecil yang lalu, tetapi kami menang. Mengapa kami kalah kali ini?"

Demikianlah muhasabah Anthony Loke Siew Fook, Ketua Dapsy ketika mengulas kekalahan besar PAS-PR dalam PRK Bagan Pinang, ketika menghadiri satu forum yang dianjurkan di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam. Antara ahli panel yang lain ialah Wong Chin Huat (pengkaji politik), dan Yong Kai Ping (Editor Malaysiakini edisi bahasa Cina).

Anthony Loke yang turut aktif melibatkan diri sepanjang PRK Bagan Pinang, walaupun mengakui bahawa keputusan PRK Bagan Pinang tidak semestinya memberi gambaran senario Malaysia secara keseluruhannya, namun tetap ingin mengambil iktibar daripada kekalahan ini.

Pengaturan strategi...

Ketika mengulas latar belakang Negeri Sembilan, Anthony Loke berkata bahawa UMNO tidak pernah hilang mana-mana kerusi sejak zaman merdeka, sehinggalah PRU ke-12, di mana "tsunami politik" ini berakhir dengan kehilangan tiga kerusi DUN oleh UMNO di Negeri Sembilan. Malah, kekalahan UMNO tersebut dikatakan berlaku kerana sabotaj dari dalaman parti.

Dengan kata lain, PAS tidak pernah menang di Negeri Sembilan, menjelaskan mengapa parti tersebut kelihatan lemah, malah belum berakar umbi di peringkat tempatan.

Ahli parlimen Rasah ini mengulas dengan lebih lanjut faktor-faktor yang menyukarkan PR untuk mengekalkan rekod kemenangan dalam PRK selepas PRU ke-12 di Semenanjung Malaysia.

Tidak seperti PRK yang lalu, Anthony Loke (gambar kiri) menganggap PRK Bagan Pinang hilang fokus. PRK Permatang Pauh jelas menyaksikan bagaimana Anwar Ibrahim dikembalikan ke parlimen, PRK Penanti sebagai pemilihan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, PRK Bukit Selambau pula menjanjikan calon PKR-PR sebagai EXCO Kerajaan Kedah, dan PRK Bukit Gantang bertemakan krisis negeri Perak.

Malah, PR kelihatan teragak-agak semasa mengatur strategi untuk berdepan dengan tokoh tempatan UMNO-BN, Mohd. Isa Samad. Pada peringkat awal, isu tempatan dijadikan sasaran utama, kerana menganggap isu nasional kurang berkesan untuk mempengaruhi pengundi.

Sehinggalah pada peringkat akhir, barulah PR memutuskan untuk menggunakan isu nasional sebagai serangan. Pemimpin peringkat nasional mula turun ke gelanggang untuk menghangatkan suasana, namun tetap terlalu lewat untuk mengecapi kemenangan.

Lebih-lebih lagi, PR berdepan dengan seorang bekas Menteri Besar, yang sudah 22 tahun berpaut di kawasan tersebut. Mohd Isa Samad, walaupun terpilih sebagai ADUN Linggi, tetap kekal sebagai Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang (kawasan parlimen untuk Bagan Pinang). Pengaruh beliau begitu besar, sehingga bahagian Teluk Kemang hanya mencadangkan satu nama untuk calon PRK ini.

PR harus berubah

Anthony Loke mengingatkan rakan seperjuangannya, bahawa zaman "undi untuk parti tanpa mengira calon" telah berlalu. Mungkin ramai yang berjaya muncul sebagai wakil rakyat pada PRU ke-12, kerana poster calon yang berlatar belakangkan tokoh nasional seperti Anwar Ibrahim, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Lim Kit Siang dan sebagainya, namun ia bakal hilang mujarab pada PRU ke-13.

"Dulu kami tak ada beban, kerana kebanyakan kami bukan wakil rakyat sebelum itu. Namun, pada PRU ke-13 akan datang, pengundi akan menilai kualiti dan prestasi calon sepanjang tempoh ini. Jangan sesekali kami anggap kami akan menang, hanya dengan bergantung kepada karisma pemimpin nasional, "katanya.

Yong Kai Ping menyetujui pandangan Anthony Loke, menambah bahawa "PR tidak cukup sekadar mengkritik betapa buruknya BN, tetapi perlu menceritakan apa yang baik pada PR, untuk PRU ke-13."

Antony Loke berkata, seandainya prestasi calon PR kurang memuaskan, malah PR enggan membaiki kelemahan diri sendiri, maka "kami (PR) tidak memerlukan BN sebagai musuh. Musuh yang terbesar PR ialah PR sendiri."merdekareview

1 comment:

zul_neem said...

Assalamualaikum

walau macammana pun kita perlu ada persepsi sendiri sebelum menerima dari pihak lain.Dari sini kita bolen menilai akan permasalahan yang berkaitan dan macammana nak diselesaikan tanpa membuang asas kebenaran yang ada.

Related Posts with Thumbnails