Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Sunday, October 18, 2009

PAS kritikal di bahagian ini sebenarnya..

"Government in waiting"? Di Selangor ini sendiri PAS masih lagi seperti pembangkang bukan kerajaan. PAS kawasan sendiri seolah-olah segan dengan kepimpinan kerajaan negeri!

Inilah hakikatnya Kerajaan Negeri Selangor dikala ini. Walaupun secara eksekutifnya dikuasai oleh MB dan exco-exco Pakatan Rakyat, namun segala urusan dengan kakitangan dan pegawai-pegawai Kerajaan negeri agak payah dan leceh!

Kadang-kala benar juga tindakan SELCAT yang agak keras terhadap pegawai-pegawai daerah yang jelas 'totok' UMNO dan menyusahkan proses arahan daripada MB kepada rakyat terbanyak. Yang buruk nama nantinya, bukan pegawai-pegawai kerajaan yang UMNO ini, tetapi Kerajaan Pakatan Rakyat jugak! Tidakkah yang terbukti di Perak sudah cukup menyedarkan semua? Betapa hinanya SUK Perak yang berlakon selama hampir 1 tahun dihadapan DS Nizar dan sewenang-wenangnya menghalau DS Nizar keluar dari bangunan Perak dalam peristiwa rampasan ala 'kudeta' di Ipoh!!!

kesimpulannya di Selangor, "Kita sudah jadi kerajaan, tapi masih bergerak macam pembangkang!"

sunsnake 18.10.2009

PAS perlu jadi kerajaan yang ditunggu
Azmi Yusof
Sat | Oct 17, 09 | 8:37:40 pm MYT
HULU TERENGGANU, 17 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, parti itu mestilah mempunyai budaya kerja untuk menjadi 'kerajaan yang ditunggu'.

Ini, katanya kerana perkembangan yang berlaku pada hari ini sangat menuntut kepada parti politik dan gerakan Islam yang disegani dalam negara kita.

Tambahnya, keruntuhan sistem sekular yang mengasingkan urusan dunia dengan agama memerlukan Islam sebagai pilihan.

"Sebagai wadah yang membawa Islam, PAS seharusnya disegani dan dihormati agar ianya mudah untuk diterima oleh semua pihak termasuk golongan bukan Islam," ujarnya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu kali ke-13 yang bertemakan "Berubah Untuk Kemenangan Islam" di Markas Tarbiah PAS Kubang Lembik, Manir, hari ini.

Image Turut berucap ialah Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Harun Taib dan pengarah ijtimak, Ustaz Saiful Bahri Mamat.

Menurutnya, Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh Umno kini semakin hampir kepada zaman kejatuhan sebagaimana yang berlaku kepada parti-parti sezaman dengannya.

Beliau mengambil contoh Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun, Parti Golkar di Indonesia dan parti-parti lain yang telah mengalami penyakit tua sebagaimana Umno dan BN di Malaysia.

Tambahnya, golongan yang jatuh itu akan digantikan oleh parti yang mendapat sokongan rakyat.

"Oleh itu, PAS mestilah mempunyai budaya kerja untuk menjadi kerajaan yang ditunggu," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, PAS sewajibnya menilai diri untuk menentukan keabsahannya sebagai sebuah gerakan Islam yang berkesan melalui kelayakan dan kemampuan untuk menangani gerakan dan politik semasa.

"Sebagai sebuah gerakan Islam, kita perlu bertanya; pertama, adakah daya jihad dan ketekunan ahli PAS dalam perjuangan berdaya saing dan berorientasi?" ujarnya lagi.

Selain itu, tanya beliau, adakah sumber manusia dan kewangannya pada tahap yang munasabah dan, ketiga, adakah penguasaan ilmu, maklumat dan kemahiran mengatasi pihak lawan.

Image Katanya, persoalan-persoalan itu memerlukan renungan yang mendalam dan kecekalan hati untuk menjawabnya.

"Insya Allah, tuan puan tidak berasa ragu sedikit pun dengan semangat dan daya juang yang ada untuk menggarap persoalan-persoalan di atas dan mengatasi kekurangannya, seterusnya berhadapan dengan mereka yang menentang dan berniat jahat terhadap kita," katanya.

Tambahnya, ini bermakna untuk mendapatkan kemenangan, pejuang Islam mestilah terlebih dahulu berubah daripada negatif kepada positif, daripada maksiat kepada taat dan daripada perpecahan kepada perpaduan.

Justeru, katanya, kekalahan yang menimpa jemaah Islam bukan semata-mata kerana kejahatan musuh akan tetapi juga daripada kelemahan dalam diri jemaah sendiri.

No comments:

Related Posts with Thumbnails