Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Tuesday, October 20, 2009

MB, Jangan lupa Bukit Beruntung ye?

Belanjawan 2010, Enjin Ekonomi SelangorKerajaan negeri Selangor akan menumpukan perhatian kepada projek pembangunan di negeri ini terutamanya projek pembangunan bandar baru dan juga pembersihan Sungai Klang.

Pembangunan projek ini dijangka menyediakan lebih 150,000 peluang pekerjaan kepada rakyat.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan kerajaan pusat dalam merancang pakej tersebut.

Pembangunan semula tiga bandar iaitu Klang, Petaling Jaya dan Kajang bermula dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun ini bagi merangsang semula pertumbuhan ekonomi negeri.

Manakala projek pembersihan Sungai Klang membabitkan kepakaran luar negara membabitkan pemulihan Sungai Klang sebagai laluan transit memacu mobiliti barangan dan sumber manusia di Lembah Klang, serta merangsang sektor hartanah di sepanjang tebing sungai.

Khalid berkata kerjaan negeri akan bekerjasama dengan unit perancang ekonomi kerajaan pusat dan pelbagai kementerian itu yang berkaitan agensi-agensi lain kerajaan dalam merancang dan melaksanakan usaha-usaha itu.

Keseluruhan pelaburan di Selangor dari Januari sehingga Jun 2009 bernilai RM2.187 bilion.

“Jumlah pelaburan tempatan itu adalah berjumlah RM1.08 bilion manakala jumlah pelaburan asing ialah RM1.11 yang bernilai billion,” katanya.

Sementara itu, kerajaan negeri turut berkata akan mempromosikan ‘Lembah Klang 2' di mana daerah-daerah bagi ‘Lembah Klang 2' tersebut akan dikawal oleh dua buah pihak berkuasa tempatan.

Lembah Klang 2 dijangka akan mempertahankan hasil tempatan Keluaran Dalam Negara Kasar Selangor sekali gus menghasilkan modal insan yang mahir dan berkualiti.

No comments:

Related Posts with Thumbnails