Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Thursday, October 8, 2009

Tentera pun nak diajar Rasuah?

Subhanallah!
Sudahlah calon mereka bergelumang dengan rasuah!
Ini tentera pun nak diajar bagaimana mahu merasuah?

Adakah sehina itu anggota tentera Malaysia ini pada kepala otak pemimpin-pemimpin UMNO?
adakah sejijik itu anggapan mereka kepada anggota tentera kita?

Cukup! Cukuplah wahai UMNO daripada terus memperbodohkan rakyat!
Kini tentera pun mereka mahu bodohkan?? Takutkan?

Teman merayu kepada seluruh anggota tentera tidak kira di Bagan Pinang mahupun diseluruh negara, hiduplah dengan keberanian yang sebenar dan yaknilah rezeki itu ditangan Allah SWT!
Janganlah gentar dengan ugutan pemimpin-pemimpin UMNO ini!
Ayuh buktikan keberanian mu!

sunsnake @ Bagan Pinang 08.10.2009


PAS dedah kempen BN di kem tentera
Jimadie Shah OthmanOkt 8, 091:45pm

Pemuda PAS hari ini mendedahkan rakaman suara dua pemimpin BN yang didakwa menawarkan rasuah politik kepada tentera dengan berselindung di sebalik majlis sambutan Aidilfitri menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) di Port Dickson pagi kelmarin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi berjanji menawarkan bantuan pendidikan untuk anak tentera, pembinaan kolam renang, gelanggang futsal dan perkhidmatan internet tanpa wayar jika mereka menyokong BN.

Menurut rakaman tersebut lagi, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan pula berjanji kepada pemilih undi pos ini untuk menghulurkan bantuan RM100,000 untuk menaiktaraf sebuah surau di IJED.Rakaman tersebut dimainkan dan diedarkan kepada wartawan dalam sidang media Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur pagi ini.

PAS sebelum ini menyatakan ia mempunyai “mata-mata” di kalangan anggota-anggota tentera untuk memantau kempen BN di kem-kem pasukan keselamatan itu./Malaysiakini

No comments:

Related Posts with Thumbnails