Assalammualaikum..
Alhamdulillah… Segala puji dan syukur kita kepada Allah SWT diatas limpah kurnianya memberi kesempatan dan kekuatan kepada kita di sepanjang proses Pilihanraya Kecil Dun Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Walaupun keputusannya telah kita ketahui dimana kita tewas dengan begitu teruk sekali!
Duhai sahabatku, pejuang-pejuang Islam..
Percayalah!
Bukan Solat hajat kita ditolak oleh Allah!
Bukan usaha dakwah kita di tolak oleh rakyat Bagan Pinang..
Bukan keikhlasan kita diragui oleh India, China di sana..
Tetapi yakinlah duhai saudaraku..
Allah SWT sedang memerhatikan pula hati kita…
Keihlasan kita dalam menerima kekalahan..
Dalam menerima ketentuan Allah SWT..
Inilah dia perjuangan..
Menuntut airmata dan darah!
Menuntut tenaga dan masa..
Menuntut wang dan kesempatan..
Demi Allah!
Kekalahan ini bukanlah penamat!
Kerana yakinlah saudaraku..
Kejayaan Islam bukan dengan cara yang mudah!
Kemenangan Islam bukan dengan cara hanya menadah!
Sekarang..
Kita dihina kerana kalah..
Kita diherdik dimana-mana..
Namun.. itulah sebenarnya motivasi..
Untuk kembali melompat dengan lebih tinggi!
Ayuh!
Pejuang-pejuang Islam!
Gerak kali ini bukan gerak amarah!
Bukan gerak dendam!
Bukan gerak merosak!
Tapi,
Gerak kali ini untuk menyahut seruan Allah!
Untuk membuktikan bahawa jiwa ini sudah bersedia..
Untuk kembali ke medan juang!
Untuk kembali ke jihad Pilihanraya!
Untuk kembali menyatakan kebenaran!
Untuk kembali menentang kemunafikan UMNO!
Untuk kembali menyelamatkan…ummah dan manusia..
Persoalannya?
Adakah sudah cukup usaha kita?
Adakah sanggup kita tinggalkan segala?
Tinggalkan keluarga, rumah dan kereta?
Apabila bergema seruan jihad?
Apakah barisan jemaah kita telah benar-benar kukuh?
Atau hanya ramai penumpang dalam berjuang?
Ya Allah!
Kami serahkan padamu leher-leher munafik UMNO!
Hari ini..
Kami terhina dimata manusia kerana memperjuangkan agama-Mu
Kami difitnah sebegitu rupa kerana berkata benar..
Kami dimaki, dipukul, dicedera kerana menyanggah kata pemimpin yang zalim!
Maka dengan itu Ya Allah!
Kau kurniakanlah kekuatan di jiwa kami yang paling dalam
Kau lembutkanlah jiwa kami dalam menerima segala ketentuan
Kau lenturkanlah hati kami dalam membentuk keikhlasan
Kau hebatkanlah semangat jihad didalam diri setiap ahli dan penyokong..
Dan akhirnya..
Kau temukanlah kami nanti denganMu
Dengan jiwa yang tenang dan hati yang puas..
Amin Ya Allah!
Sunsnake @ Bagan Pinang 12.10.2009
No comments:
Post a Comment