Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Wednesday, October 21, 2009

Laptop termahal di Malaysia! oleh MARA!

Maaflah.. teman memang tak harap SPRM sudi nak siasat aduan-aduan macam nie.. maklumlah, semua yang dok kerusi empuk kat MARA tu adik-beradik pemimpin UMNO belake! Takkan SPRM selaku salah satu parti komponen Barisan Nasional nak gi siasat!! Baik gi siasat mana pergi duit RM2500 yang mendiang Beng Hock bawa gi beli bendera Malaysia tuh!! Lagi bernilai wehhhh!!! Sengal punya SPRM!

sunsnake 22.10.2009

RM84,000 untuk 2 laptop - SPRM digesa siasat MARA

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta agar segera menjalankan siasatan ke atas Majlis Amanah Rakyat atau MARA berdasarkan laporan Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini. Antara lain laporan tersebut menunjukkan bahawa beberapa pembayaran yang mencurigakan telah di buat oleh pihak MARA kepada pembekal mereka untuk barangan yang nilainya jauh melampaui harga pasaran.

Rasa curiga ini adalah wajar untuk mengetahui apakah justifikasi yang dibuat oleh pihak MARA yang dibiayai wang rakyat oleh Kerajaan sehingga membelanjakan lebih RM80,000 bagi dua unit Komputer Riba sedangkan harga pasaran hanya RM4500 sahaja untuk seunit laptop jenis dan spesifikasi tersebut di pasaran awam. MARA juga membeli Komputer Meja (Desktop) pada harga hampir RM7600 seunit. Adakah pihak MARA sewenang-wenangnya boleh membelanjakan wang rakyat sedangkan matlamat asal mereka iaitu untuk memegang amanah rakyat dan membina masyarakat bumiputera dilupakan?

Acer Aspire 5052. Harganya RM42,000 seunit?

Acer Aspire 5052. Harganya RM42,000 seunit?

SPRM harus membuktikan integritinya dengan menjalankan siasatan segera. Inilah tradisi membazirkan duit rakyat yang diamalkan kebanyakan agensi kerajaan. Kita masih belum lupa akan laporan Audit Negara pada tahun lepas membabitkan pembelian pemutar skru yang dibayar dengan jumlah ribuan ringgit. Namun tiada apa tindakan diambil.Apakah wujud dua sistem perundangan,siasatan dan dakwaan berbeza di Malaysia?

sumber - Ahli Parlimen Ampang

1 comment:

Zoey said...

Good readingg your post

Related Posts with Thumbnails