Dulu masa Nizar dan exco luluskan tanah untuk Cina dan melayu miskin, gegak gempita UMNO Perak kata Nizar ni boneka Cina! La ni, Mamak Zambry ni luluskan tanah untuk kaum India di Perak? Apsal tak berbunyik??Bangang punya melayu UMNO!
mungkin sebab Zambry ni ada darah-darah India..
Dan mungkin jugak Nizar pulak ada darah-darah Cina!!
baru betul kedua-duanya ikon 1 Malaysia!
sunsnake 18.10.2009
Perak beri 800 hektar tanah bantu pelajar miskin India
KUALA LUMPUR 15 Okt — Kerajaan negeri Perak mengumumkan peruntukan tanah seluas 800 hektar untuk manfaat Tabung Pendidikan dan Pengupayaan Pendidikan Kaum India di negeri itu.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata tanah itu akan diusahakan oleh Yayasan Perak dengan tanaman kelapa sawit dan hasilnya akan disalurkan kepada tabung itu untuk diagihkan kepada pelajar miskin.
"Saya berharap ini merupakan berita gembira kepada kaum India sempena sambutan Deepavali Sabtu ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Katanya usaha itu merupakan komitmen kerajaan negeri membantu meringankan beban kewangan semua kaum yang menghadapi masalah melanjutkan pelajaran di negeri itu.
Sebelum ini, menurutnya, sejumlah 2,000 hektar tanah juga dikenalpasti untuk memberi faedah kepada lebih 700 Sekolah Agama Rakyat (SAR) manakala 1,000 hektar lagi untuk faedah sekolah persendirian Cina.
Selain itu, Zambry berkata kerajaan negeri merancang untuk melantik ketua kampung di kalangan penduduk India di kawasan majoriti kaum itu di enam buah kampung.
Katanya kerajaan negeri juga akan memberi penekanan kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat dalam pembentangan Bajet Negeri 2010 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 28 Okt ini.
Katanya walaupun ada ura-ura pakatan pembangkang mahu berbuat perkara yang sama pada hari tersebut, beliau berpendapat hasrat mereka mustahil untuk dilaksanakan.
"Pembangkang tahu bajet mereka itu tidak boleh dilaksanakan dan mereka cuba bercerita kepada rakyat sambil membandingkan bajet mereka dengan bajet Barisan Nasional (BN),” katanya.
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...
11 years ago
No comments:
Post a Comment