Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Tuesday, October 27, 2009

SUK Perak - Sudah-sudahlah tu yeop oii!!!


Nampaknya Dato SUK ni tak habis-habis dengan loratnye.. Inilah yang akan terjadi apabila kakitangan Kerajaan tak dapat bezakan antara kerajaan dan parti politik!
Sememangnya jelas dia ini merasakan rezekinya di tangan Zambry! atau di tangan Najib Tun Razak!
Kena betulkan balik 'akidah' hamba Allah ini.. Kesian dia nanti!

sunsnake 27.10.2009

SUK Perak Paksi Kejahatan Sebenar!

BN sudah tentu telah bersedia dengan satu perancangan jahatnya dan cuba menghalang rakyat daripada mendapat maklumat yang sebenarnya tentang perjalanan persidangan dewan tersebut. Demikian dinyatakan oleh Menteri Besar Pakaan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin malam tadi sewaktu berucap dalam majlis Hari terbuka Pakatan Rakyat yang di hadiri lebih 5 ribu masyarakat berbagai kaum di perkarangan pejabat Perhubungan PAS Negeri Perak di Medan Istana, Ipoh.

“Mereka tidak akan membenarkan rakyat atau pemberita untuk mengikuti persidangan dewan untuk merahsiakan rancangan jahat mereka terdedah kepada ramai,” kata Nizar.
“Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri dan persekitaran jarak 500 meter akan dijadikan kawasan larangan menjelang persidangan Dewan pada 28 Oktober nanti,” jelas Nizar.

Nizar juga telah menuduh Setiausaha Kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim serbagai “de facto mentri besar” yang menjalankan pentadbiran sebenar negeri Perak; sedangkan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hanyalah sebagai boneka sahaja.

Nizar mendedahkan bahawa Abdul Rahman telah meyakinkan Zambry dan Speaker haram Datuk R. Ganesan bagi menggantikan Bentara yang sedia ada dengan 15 samseng daripada ‘Pekida Umno'.

Beliau juga mendakwa samseng-samseng tersebut merancang untuk menjadikan 5 anggota wakil rakyat Pakatan Rakyat tumpuan serangan mereka nanti sewaktu dewan bersidang pada 28 Oktober nanti.

Lima anggota yang dimaksudkan Nizar itu adalah , Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Chang Lih Kang (Teja), A. Sivasubramaniam (Buntong), Thomas Su (Pasir Pinji) dan S. Kesavan (Hutan Melintang).

“Kami mendapat maklumat daripada orang dalaman kami,” terang Nizar.

Nizar turut merndedahkan bahawa BN telah merancang supaya wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak akan dibenarkan memasuki dewan sebelum jam 10 pagi, apabila sidang akan bermula.

“ Ini amatlah pelik kerana kebiasaannya .ahli dewan dibenarkan untuk masuk ke dalam dewan terlebih awal pada jam 9.00 pagi atau bila-bila masa sebelum sidang bermula,” kata Nizar

Al Husseyn

No comments:

Related Posts with Thumbnails