Assalammualaikum..
Pengalaman bertugas di PRK Bagan Pinang kali ini benar-benar istimewa bagi diri teman. Didalam suasana PAS dan Pakatan Rakyat menerima kemenangan demi kemenangan didalam siri-siri PRK seperti di Kuala Terengganu, Permatang Pauh, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti, Manek Urai dan yang terbaru kemenangan PAS di Permatang Pasir benar-benar membuat semangat bagi diri teman & sahabat-sahabat PR amat maksimum! Tambahan pula untuk perjalanan kali ini, teman dapat membawa peralatan bloggers seperti kamera(pinjam), broadband(pinjam) dan juga laptop!(juga pinjam!). Apa boleh buat, belum mampu bagi teman nak beli gadget-gadget ni..
Hari Pertama – Khamis 8.10.2009
Ketibaan dan serangan
Teman bersama sahabat-sahabat dari PAS Zon Bukit Beruntung tiba di Bagan Pinang kira-kira jam 2.30 awal pagi Khamis, 8.10.2009 di Rumah Selangor, Springhill. Wah! Hebatnya rumah ni! Jika nak dibandingkan dengan rumah yang menanti kami di Bukit Gantang memang bagai langit dan bumi! Bagaimanapun bagi diri teman, teman diarahkan agar mendaftar diri di Rumah Pemuda Selangor di Taman Sendayan Indah. Oleh kerana teman datang dengan rombongan PAS kawasan, maka terpaksalah menunggu peluang ke Rumah Pemuda.
Di Rumah Selangor, kelihatan ramai yang telah tiba terutamanya petugas dari PAS Kawasan Hulu Selangor yang diarahkan merancang,mencari dana dan berkempen pada 8 hb 10 di Ladang Bradwall. P.I. C untuk masak dah awal-awal menyinsing lengan menyediakan sarapan pagi walaupun jam baru 3.00 pagi! Hebat!
Sedang teman dan beberapa orang sahabat lain berehat sambil teman me’setting’ laptop dan broadband (broadband Celcom hampeh kat sini!), kami dikejutkan oleh seorang sahabat yang baru mendapat panggilan telefon. “Jihad! Jihad! Markaz induk kena serang!!” dengan begitu pantas dan tanpa banyak soal, semua yang sedang tidur terus bangun dan bersiap-siap! Kesian sahabat ‘driver’ ana.. baru nak start gear 1 berdengkur terpaksa ‘free gear’ balik!
8 kenderaan dengan sebuah mpv terus bergerak menuju ke Markaz Pemuda Induk yang terletak di hadapan Rumah Zaitun, Teluk Kemang. Batu berapa? Ntah? Sampai sekarang teman tak hafal batu-batu di Teluk Kemang! Sesampainya di sana, kelihatan begitu ramai penyokong PAS berkumpul dihadapan markaz. Semuanya berdiri di sepanjang jalan sambil memandang ke seberangnya.
Oh! Rupanya markaz induk telah diserang oleh segerombolan pemuda UMNO! Mereka bersenjatakan parang,pedang,besi,kayu dan helmet Subhanallah! Inilah pertama kali teman melihat serangan ala-ala ‘samseng Hong Kong” didalam kempen pilihanraya! Mengikut cerita sahabat di situ, mereka(samseng BN) menuduh PAS membuang bendera mereka dan bertindak menyerang markaz PAS memaksa bendera mereka dipasangkan semula! Serangan dilakukan lebih 100 orang dan diketuai oleh Ketua kampung@UMNO tempat berkenaan! Wah!
Alhamdulillah, tiada sebarang peristiwa yang lebih dahsyat berlaku Cuma beberapa orang petugas pemuda PAS cedera kerana dibelasah. Semoga Allah SWT melaknati pemuda-pemuda UMNO itu..
Tidur di Tengah Mesyuarat!
Teman sampai ke Rumah Selangor dari markaz induk kira-kira jam 5 pagi. Tiada lagi masa untuk tidur kerana Subuh akan masuk sekejap lagi. Terus mandi dan bersiap-siap untuk Solat Subuh. Selepas solat Subuh berjemaah di bilik atas rumah (tak larat nak ke surau yang agak jauh), bersama 2-3 orang sahabat, kami ‘menyelongkar’ dapur khas di luar rumah untuk mencari sarapan. Alhamdulillah, ada nasi lemak panas di situ! Maknalah kami dengan jayanya. Maklumlah pekena nasi lemak panas, maka datanglag aroma mengantuk! Teman mengambil peluang baring di tengah-tengah rumah. Beralaskan lantai yang amat sejuk dan ‘nyaman’.
Sedar-sedar teman sedang berada di tengah-tengah kumpulan mesyuarat! Allahuakbar! Apsal la depa tak kejutkan aku!!
Dengan pantas teman bangun dan buat-buat sibuk ke dapur... heheheheh Dengan YDP,AJK kawasan semua ada kat situ! Adus!
Merasa la teman tidur dalam 1 jam gitu.. 1 jam tu syeikh!!! Dalam suasana pilihanraya, jumlah itu agak besar sebenarnya!
Selepas mandi, Rumah Selangor dah dipenuhi oleh ramai petugas termasuk Muslimat yang agak besar jumlahnya. Misi pagi ini adalah untuk melawat rumah pengundi-pengundi di Ladang Bradwall. Setiap kumpulan muslimah akan ditemani oleh muslimin untuk pengangkutan dan keselamatan.
Malangnya teman tak dapat mengikuti aktiviti ‘favourite’ teman tersebut kerana terpaksa melaporkan diri di Rumah Pemuda Selangor sesegera mungkin. Kira-kira jam 11.00 pagi, teman dan Ketua Pemuda Hulu Selangor, Sdr Nizam tiba di Rumah Pemuda Selangor yang terletak di Taman Sendayan Indah. Rumah teres setingkat itu agak sunyi kerana kebanyakkan ahli belum tiba, yang ada pun sedang bertugas di luar. Disitu teman berkenalan dengan chef Dewan Pemuda, Abang Jo. Aktiviti Pemuda pada hari itu adalah membuat sesi penunggangan motor dengan cara selamat dan pembahagian minyak hitam percuma! Hanya itu yang kami mampu.. Alhamdulillah..
Semangat Apek Tua!
Teman ke pekan Lukut apabila dipelawa oleh seorang sahabat yang bernama ‘Jai’. Dia dari PAS Kawasan PJ Selatan dan telah berada di Bagan Pinang sejak hari penamaan calon! Subhanallah! Semoga Allah muliakan dirinya! Kami ke Pekan Lukut dengan menaiki Proton Arena warna Maron yang telah sekian lama teman ‘trace’ kenderaan ini pasti ada dimana pun PRK. Hari ni teman diberi peluang memandu kenderaan ‘mulia dan berjasa’ ini. Tujuan kami untuk membeli beberapa botol minyak hitam (4T) untuk aktiviti petang ini.
Setelah membuat order di sebuah bengkel motor, kami mengambil peluang ke Cyber Cafe berdekatan. Teman pun apa lagi!! Update blog!!! Sakit hati dengan kelembapan broadband malam tadi pun masih terasa!!
Sementara menunggu jai menguruskan hal minyak hitam, teman dok dalam kereta sambil dengar IKIM.fm.. Tiba-tiba teman terlihat seorang apek tua sedang menolak kereta sorong budak (teman tak tahu apa namanya) dan ada seorang anak kecil yang munkin cucunya didalam. Sebaik sahaja dia melalui tepi kereta, terus teman turunkan tingkap dan menegur apek tersebut. Mungkin kerana melihat bendera PAS yang terikat di tepi kereta, terus dia berkata,
“PAS boleh menang ka?”
“InsyaAllah apek, kalau UMNO tak main tipu” jawab teman sambil senyum dan mengacah-acah cucunya.
“Mana tara main tipu, itu pos punya undi tipu maa..” jawab apek serius..
“Kita usah bantah, tapi ini SPR tak mau layan pek!” teman panaskan lagi suasana!
“Saya sudah lama duduk sini, itu undi pos, askar pun tak pernah tengok kertas undi! Itu busat-busat banyak paku punya olang sudah pangkah untuk dia!”
Tu diaa!!! Nampak macam apek ni koman giler tapi pengetahuan am dahsyat!! Jelas, dia tak sebuta sebilangan besar pengundi saluran emas melayu!!
“ saya minta biar PAS menang ini kali.. ini Kerajaan tak boleh pakai! Itu MB lama pun banyak rasuah!”
Perghhh!!! Sekali lagi teman kagum! Ternyata kali ini teman yang kena ceramah!!! Dia pun berlalu sambil mengusung cucunya yang comel tuh!
Selepas selesai, kami pun pulang dengan membawa berpuluh botol minyak hitam.
Sampai di Ladang Bradwall, suasana meriah amat dirasai. Penduduk Ladang telah awal-awal sampai dan mengambil bahagian dalam pelbagai acara termasuk sukaneka. Walaupun jelas amat sederhana namun tetap meriah. Aksi-aksi menunggang motosikal oleh ‘rider’ jemputan juga hebat dan mendebarkan. Teman joint aktiviti Perlawanan Bolasepak antara Pemuda PAS Selangor dan penduduk kampung. Jelas, stamina mereka amat tinggi! Akhirnya kami dikalahkan 3-2 oleh mereka.. (atau sengaja kalah?).
(Pertahanan Pemuda PAS terpaksa berhempas pulas disebabkan ke'kayu'an striker!)
(Cristiano Ronaldo versi Bradwall!!!)
Malamnya, rekod telah dicatat apabila kami berjaya menghimpunkan hampir 14 orang YB didalam masa 2 jam hanya disatu tempat! Antara YB yang hadir dan menyampaikan ceramahnya ialah YB Iskandar Samad, Khalid Samad, YB Sivakumar(speaker rakyat), YB Sivanesan (Adun Sungkai), Y Nurul Izzah dan beberapa lagi YB yang teman tak ingat namanya. Kehadiran agak ramai. Sebenarnya jelas penduduk-penduduk di situ takut-takut untuk menyertai aktiviti kempen PAS kerana mengikut aduan mereka, mereka diugut dari segenap pihak!
No comments:
Post a Comment