Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Sunday, October 11, 2009

Pergaduhan di hadapan Marina Resort!

Lagi provokasi dari Pemuda BN apabila mereka secara sengaja bertembung dengan kumpulan penyokong PR di tapak ceramah berhampiran Marina Resort, Teluk Kemang kira-kira jam 1.15 pagi tadi.

Kumpulan pemuda BN terbabit yang menunggang motosikal (seperti biasa) dalam jumlah yang agak besar, telah bertindak menyerang bukan sahaja kumpulan penyokong PAS, malah bertindak lebih liar dan biadap apabila menyerang dan merosakkan kenderaan yang mempunyai lambang PAS di sepanjang jalan berhampiran.

Teman sendiri merasainya apabila melalui jalan di hadapan Marina Resort tersebut. Kereta yang dinaiki oleh beberapa orang AJK Dewan Pemuda PAS Hulu Selangor telah di hentak hingga kemek pintu belakang kanan oleh salah seorang remaja yang memakai t-shirt BN betul-betul dihadapan beberapa orang pegawai Polis! Yang mengejutkan, polis-polis tersebut hanya menyuruh kami berlalu dengan kasar dan membiarkan sahaja remaja 'sial' tersebut kembali ke motosikal mereka yang diletak betul-betul di tengah jalanraya!

Ntah apa lagi yang akan berlaku...

setakat jam 2.30 pagi, kumpulan besar remaja BN tersebut telah beredar dari kawasan Marina Resort dan menuju ke tempat yang tidak diketahui.

Teman dapat melihat beberapa orang lelaki yang memakai baju PEMUDA BN hanya memerhatikan dari jauh sambil bersandar di dinding kereta, menghisap rokok dan bergelak ketawa!

"Ya Allah, dimana penghujungnya kezaliman mereka ini?"

sunsnake @ Bagan Pinang 11.10.2009

No comments:

Related Posts with Thumbnails