Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Thursday, October 8, 2009

Woi UMNO? nak main bolasepak ke wrestling?

Buat pertama kalinya bagi diri teman apabila melihat sendiri kesan kejadian 'hijacked' Markaz Induk Pemuda PAS Pusat di Bagan Pinang malam tadi.

Panggilan Jihad

Kepenatan melalui perjalanan dari Bukit Beruntung masih belum hilang, sedang teman dok tergaru-garu kepala memikirkan signal broadband di Springhill yang ditahap hampes! Tiba-tiba dikejutkan dengan laungan 'Jihad!!! Jihad!!! Seruan Jihad!!!" oleh seorang 'otaimer' PAS yang baru mendapat panggilan telefon.

Dengan pantas 8 buah kenderaan penuh dengan petugas bergerak secara konvoi menuju ke lokasi kejadian.

Sesampai disana jelas kelihatan suasana kecoh dan riuh. Bagaimanapun sewaktu teman sampai, kumpulan pemuda BN yang mabuk itu telah pun meninggalkan lokasi. Yang tinggal hanya sebuah kereta wira berwarna oren dan 3 orang pemuda BN di seberang jalan kira-kira 50 meter dari markaz induk.

Malangnya, 2-3 bijik waja Polis yang kami adukan masalah provokasi mereka gagal malah jelas seperti kelihatan takut untuk mengusir baki pemuda BN tersebut! Malu-malu alah la pulak!

Bolasepak atau Wrestling?

Bolehlah teman ibaratkan begini,
BN menentang PAS untuk satu perlawanan bolasepak. Ianya dinamakan perlawanan bolasepak kerana perlawanan itu nanti akan menggunakan peraturan bolasepak sepenuhnya! Dan akan diadili oleh SPR yang walaupun terlalu-lalu jelas memihak kepada BN.

Sebaik sahaja sepak mula bermula, terlalu-lalu jelas BN telah menggunakan peraturan wrestling! Dengan bersahaja dan tanpa malu dan maruah, BN telah menyepak, menumbuk malah menghentak pemain-pemain PAS seolah-olah ianya pertandingan wrestling! Malangnya pengadil juga telah berubah bentuk daripada pengadil Bolasepak kepada pengadil wrestling!!
Bukankah pengadil wrestling adalah pengadil paling 'bodoh' di dunia? Ianya sekadar mencukupkan syarat dan tak pernah berjaya menegakkan keadilan?

Kini, tinggallah PAS sahaja yang masih memegang kukuh perjanjian asal iaitu bermain bolasepak! Persoalannya, sampai bila PAS akan terus bermain bolasepak secara jujur?
Mungkinkah PAS akan membuka bunga silat pula?

sunsnake @ Bagan Pinang 08.10.2009

No comments:

Related Posts with Thumbnails