Ia mungkin hanya gurau untuk menghilangkan katuk! Tetapi kalau dinilai gurauan itu ada nilai tersendiri dan boleh difahami apakah erti di sebalik gurauan itu. Gurauan ini dirujuk kepada ‘pertelagahan’ antara dua orang pembahas ucapan dasar di perhimpunan agung Umno hari ini. Antara wakil Terengganu, Rosli Mat Hassan dengan wakil Kelantan, Noor Zahidi Omar.
Rosli Mat Hassan kata, Umno Kelantan tidak mampu merampas Kelantan walaupun dari seorang bergelar Tok Guru Nik Abdul Aziz. Sindiran Rosli itu benar-benar menyenakkan wakil Kelantan itu menyebabkan dia menempelakkan Umno Terengganu dengan mendedahkan rahsia kejayaan UBN Terengganu dalam pilihan raya lalu.
Menurut Noor Zahidi wajar kalau UBN Umno berjaya merampas Terengganu dari Pas tahun 2004 kerana banyak wang ehsan digunakan. Katanya UBN beri macam-macam untuk menggoda rakyat termasuk basikal duit dan macam-macam.
"Kalau beri macam-macam, macam mana kalau Umno Terengganu tidak boleh menang!' kata Noor Zahidi.
Secara tidak langsung gurauan itu mendedahkan sikap dan kebejatan politik Umno di Terengganu. Tuduhan Pas selama ini bahawa kemenangan di Terengganu itu kerana kuasa wang bukan kuasa rakyat betullah. Hakikat ini disahkan oleh orang Umno sendiri. Penafian UBN ke atas dakwaan Pas itu ternafi automatik.
Di sini saya bukan hendak bersetuju dengan dakwaan dan ramalan Rosli itu. Tetapi kalau dilihat dari jauh pun Umno Kelantan tidak akan mampu untuk merampas Kelantan. Itu bukan jenguk dari dekat dan masuk ke dalam kelabu Umno lagi. Barang kali kalau jenguk dalam kelabu Umno Kelantan macam-macam yang ada, yang menjadi penghalang dan pengalang untuk parti itu merampas Kelantan. Atau kalau dijenguk dari dekat mungkin Umno sudah berbau kohong.
Perhatikan apa yang dilakukan Mustapa Mohamed apabila beliau dilantik jadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan. Sudah lebih empat bulan Mustapa dilantik jadi ketua. Dalam tempoh itu kalau kita pelihara kucing betina sudah pun mengeluarkan hasilnya. Nelly, kucing saya yang diambil di Raub enam bulan lalu sudah pun beranak tiga! Tetapi nampaknya Musatapa masih mandul untuk melahirkan idea, merancang strategi atau prgoram untuk merampas Kelantan.
Apakah beliau sibuk selaku menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri (MITI) sering berada di luar negara dan tidak sempat memerhati Umno? Kalau tugas itu menganggunya, bermakna pilihan Mustapa itu tidak tepat. Atau Mohd Najib Razak memilih Mustapa selepas tidak ada tokoh lain lagi yang boleh diharap untuk memimpin Umno Kelantan. Kepada Mustapa kalau beliau tidak berdaya, elok kalau beliau berundur dan serahkan kepada orang lain yang lebih berwibawa.
Cara pemilihan ketua Umno Kelantan agak anih dan istimewa kepada orang yang menjabatinya. Rasanya Kelantan saja melantik orang yang pernah memegang jawatan itu menjadi Pengersi Perhubungan. Tokoh yang pernah dilantik ke jawatan itu dua kali ialah Tengku Razaleigh Hamzah dan Mustapa Mohamad. Tengku Razaleigh pernah menjadi ketua Umno Kelantan tahun 19770-an dan sekali lagi pada tahun 1995.
Begitu juga dengan Mustapa pernah dilantik menjadi pengerusi pada tahun 2004 dilucutkan pada 2007 dan kini dilantik semula menjawat jawatan itu mengambil alih daripada Annuar Musa.
Melihat keanihan dan keistimewaan ini saja mengeshakan yang Umno Kelantan tidak tentu hala. Hilang kampas dan tidak tahu ke mana jalan bagaimana untuk berhadapan dengan Nik Abdul Aziz. Mungkin juga keramat hidup yang ada kepada Tok Guru itu menyebabkan Umno Kelantan jadi hilang akar ataupun sasau.
Kelemahan Mustapa sangat jelas. Selama empat bulan beliau memegang jawatan itu masih belum dapat berbuat apa-apa. Belum ada program besar diatur di Kelantan. Ketiadaan program perdana ini menunjukkan kelemahan Mustapa sebagai ketua atau CEO Umno.
Mungkin ramai yang hairan kenapa Mustapa diambil lagi walhal orang semua tahu mengenai stail gerak kerjanya. Selalu kedengaran keluhan dan cemuhan ahli Umno Kelantan kepada Mustapa. Mereka menganggap Mustapa tidak layak jadi ketua parti tetapi amat sesuai jadi profesor memberi kuliah di universiti. Beliau lebih sesuai di dalam bilik kuliah, forum dan canggung berada di lapangan atau di bawah. Nampak sangat akan kekokokannya.
Masalah paling besar dan mencabar Mustapa kini ialah berhubung perlantikan penyelia DUN dan Parlimen di kawasan-kawasan yang tidak dimenangi oleh UBN. Pengisian jawatan ini telah tertangguh beberapa kali. Mulanya ia akan diisi pada Ogos lepas dan ditangguh bukan Oktober ini.
Nama-nama untuk dilantik sudah pun ada, tetapi Mustapa tidak berani mengumumnya. Berlaku juga bantahan dan tentangan menyebabkan berlaku rombakan beberapa kali ke atas senarai yang sudah dimukatamadkan itu. Kerana bimbang berlalu pergaduhan sama sendiri, kerana merebut jawatan itu Mustapa khabarnya akan menyerahkan kepada Mohd Najib Razak sendiri untuk membuat pilihan dan pengumuman.
Berlarutannya masalah untuk melantik penyelia atau pengarah Dun dan Parlimen ini sekali lagi menjelaskan sikap 'rokrak' atau pun penakut yang ada kepada Mustapa. Kelambatan ini juga menjelaskan Mustapa tidak layak untuk menjadi ketua kerana tidak berani untuk membuat keputusan.
Mengenai perlantikan jawatan ini memang menjadi tumpuan di Kelantan. Sudah ada dari kalangan Umno sendiri akan mula menghitung Umno akan bergaduh kerana merebutan jawatan sekali lagi. Hanya tunggu masa saja untuk melihat akan meletupnya sebuah 'bom' perebutan di Kelantan. Semangat Janda Baik atau semangat tranformasi dalam perhimpunan agung semalam tidak akan merubah stigma dan phobia politik cah genting di Kelantan.
Mungkin berdasarkan situasi inilah menyebabkan Rosli Mat Hassan berani menyindir Umno Kelantan sebagai tidak berkemampuan untuk merampas Kelantan.
sumber - MSO
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...
11 years ago
No comments:
Post a Comment