UMNO isytihar Perang di Bagan Pinang?
Setakat pagi ini beberapa orang petugas PAS telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan dan beberapa laporan polis telah dibuat keatas petugas-petugas BN.
Di Batu 4, mengikut laporan, beberapa orang petugas PAS telah diserang oleh sekumpulan petugas BN ketika mereka sibuk memasang bendera dan poster calon. Kumpulan pemuda berbaju BN itu dipercayai agak 'mabuk' apabila ada dikalangan mereka yang muntah-muntah sebelum bertindak memukul petugas-petugas PAS yang agak berumur! Amat kurang ajar tindakan mereka kerana petugas-petugas PAS yang dipercayai daripada Terengganu itu adalah terdiri daripada mereka yang agak berusia!
Di hadapan Markaz Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Pusat pula, sebuah Myvi milik seorang petugas PAS telah dirosakkan ketika tuannya masih berada didalam kereta! Pemuda PAS tersebut yang kebetulan melalui jalanraya dihadapan markaz tersebut telah ditahan oleh sekumpulan pemuda UMNO yang agak ramai, lebih 50 orang yang memenuhi seberang jalan hadapan markaz tersebut. Berikutan tindakan kumpulan pemuda BN tersebut, cermin hadapan Myvi milik pemuda PAS itu telah pecah dan dinding kereta kemik dan calar teruk.
Sehingga kini pihak Polis masih menyiasat dan seperti biasa, tiada sebarang tangkapan dibuat.
sunsnake 08.10.2009 - Bagan Pinang
p/s: gambar-gambar akan menyusul, masalah kelembapan broadband amat ketara dikala ini! hampeh tul!!!
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...
11 years ago
No comments:
Post a Comment