Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Monday, October 19, 2009

Internet Malaysia Lembab? Tanya pakar IT kita si Rais Yatim!

Pelabur risau, internet M'sia lembab
Okt 19, 09 8:15pm
Syarikat-syarikat Australia yang berhasrat untuk melabur di Malaysia bimbang dengan tahap kelajuan Internet yang tidak memuaskan di negara ini, kata timbalan pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia- Australia, Michael Halpin.

Capaian Internet yang laju adalah penting bagi syarikat-syarikat Australia yang mempunyai dokumen besar untuk dihantar dari Malaysia ke ibu pejabat mereka di Australia, katanya.

"Ada dokumen teknikal yang amat besar dan selalunya kami mendapati ia mengambil masa yang panjang untuk menghantar dokumen-dokumen sebegini akibat kelembapan Internet di Malaysia.

"Capaian Internet di Australia lebih laju daripada di Malaysia.

"Pelabur-pelabur Australia dan Amerika mendapati ini menjengkelkan dan menghalang mereka menjalankan perniagaan dengan sempurna," katanya kepada pemberita selepas memberi ucapan di majlis makan tengah hari dengan pegawai kerajaan negeri Selangor, wakil-wakil majlis perniagaan dan kedutaan asing.

jom kita tanya Rais Yatim mengapa agaknya internet Malaysia lembab!

Video lucah punca jalur lebar lembap

JELEBU 30 Jun - Sebanyak 20 peratus perniagaan yang menjalankan aktiviti memuat turun video lucah daripada Internet dikenal pasti sebagai salah satu punca kelembapan kemudahan jalur lebar di negara ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, tindakan golongan itu memonopoli penggunaan Internet dengan menjalankan aktiviti berkenaan menyebabkan pengguna lain mengalami masalah kelajuan ketika menggunakannya.

"Ini kerana kumpulan peniaga ini menjalankan aktiviti tersebut menggunakan masa yang panjang untuk memuat turun video lucah dan ini secara tidak langsung mengganggu serta mempengaruhi kelajuan Internet masyarakat umum.

"Buat masa ini, kita masih menyelidik berhubung masalah ini, namun kita telah kenal pasti beberapa pihak yang terlibat dan kita akan ambil tindakan terhadap pihak terbabit," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Perhimpunan Hari Guru Daerah Jempol dan Jelebu di sini hari ini.

Ramai pengguna Internet di negara ini tidak berpuas hati serta membuat banyak aduan terhadap tahap kelajuan kemudahan jalur lebar yang diperoleh mereka.

Pada masa yang sama, ramai pengguna turut mendakwa kelajuan yang diterima tidak sepantas seperti mana yang dijanjikan oleh syarikat pembekal tempatan perkhidmatan berkenaan.

Rais mengakui pihaknya telah menerima banyak aduan tentang masalah tersebut serta menyifatkan golongan peniaga yang tidak bertanggungjawab itu sebagai dalang di sebalik kelembapan kemudahan berkenaan.

"Saya akui memang kita terima banyak aduan dan kita akan ambil tindakan sewajarnya bagi memastikan masyarakat umum dapat menikmati kemudahan tersebut pada kelajuan yang sepatutnya," ujar beliau.

Mengenai tindakan dan hukuman kepada kumpulan itu, Rais memberitahu, ia bergantung terhadap kesalahan dilakukan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails