Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Tuesday, October 27, 2009

Perkhemahan 1 Malaysia - pelajar mati lemas


Terkejut..sedih.. pilu.. pelik.. hairan.. musykil.. ragu-ragu..

Apa tindakan penganjur dari segi aspek keselamatan?
Apa jaminan penganjur?

Banyak nak kena jawab nie..
takut-takut kalau keluarga malang itu berasal dari keluarga susah atau bukan pemimpin UMNO-BN.. memang kena bodoh jelah dengan kerajaan 1 Malaysia nanti..

apa-apa pun takziah kepada keluarga mangsa..

sunsnake 27.10.2009

Peserta Perkhemahan 1Malaysia lemas

Seorang pelajar perempuan mati lemas manakala dua lagi masih hilang sehingga pagi ini apabila jambatan gantung yang mereka lalui secara beramai-ramai untuk menyeberangi Sungai Kampar putus.

Kejadian itu mengakibatkan 22 murid dihanyutkan air deras. Menurut The Star, 19 lagi murid ditemui selamat.

Jambatan tersebut terletak di Pusat Kokurikulum Daerah Kampar dalam kawasan SK Kuala Dipang. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 malam tadi.

Mereka adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 222 anggota yang terdiri daripada polis, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam dan agensi lain serta penduduk kampung dijalankan sebaik kejadian berlaku.

Agensi berita Bernama pula melaporkan, pelajar perempuan yang lemas itu dikenali sebagai Dina Deve a/p Nathan.

Mayatnya ditemui berhampiran loji sungai terbabit pada kira-kira pukul 8.30 pagi.

"Mayat telah dibawa ke Hospital Kampar di sini untuk dibedah siasat," kata Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof kepada pemberita di kawasan kejadian hari ini.

sumber - malaysiakini

No comments:

Related Posts with Thumbnails