Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Wednesday, October 14, 2009

Pakatan Rakyat - Perlunya dibawah satu Markaz!

Sedar tak sedar kita telah melalui 9 PRK sebaik sahaja gelombang kebangkitan rakyat bermula tanggal 8 Mac 2008, Kemenangan demi kemenangan Pakatan Rakyat didalam siri-siri PRK ini benar-benar kelihatan seperti suatu fenomena di Semenanjung Malaysia dan kelihatan seolah-olah tidak akan berhenti.

Bagaimanapun secara 'sengaja' tsunami tersebut telah terhenti mungkin untuk seketika di Bagan Pinang dimana UMNO bukan sahaja mengalahkan PAS malah dengan majoriti yang benar-benar hebat dan besar! Persetan dengan bagaimana cara mereka menang kerana kesimpulannya mereka telah menang dan PR telah kalah!

Bagi diri teman, salah satu puncanya adalah kerana PR masih lagi memperjuangkan parti masing-masing dan tidak bergerak secara kumpulan! Seperti contoh, didalam kawasan Teluk Kemang sahaja sudah ada Markaz PAS, Bilik Gerakan PKR dan Markaz DAP! Sedangkan BN hanya mempunyai satu Bilik Gerakan sahaja! Segala perancangan dan aktiviti dirancang dan dijayakan secara kumpulan walaupun dipecah-pecahkan mengikut kaum.

Alangkah indahnya jika PAS,PKR dan DAP dapat berhimpun hanya di satu bumbung dan merencana segala gerak kerja bersama. Ini bukan sahaja akan menjadi hebat malah akan jadi lebih istimewa apabila DAP akan bertoleransi dan menghormati PAS yang akan menjadikan markaz bersih untuk menunaikan solat, PKR yang majoritinya orang melayu dan beragama Islam akan menjadi stok pengimbang dalam kesepaduan integrasi didalam markaz Pakatan Rakyat! Inilah yang sebenarnya tidak pernah ada di Bilik Gerakan BN!

Sudah tiba masanya untuk pemimpin-pemimpin PAS, PKR dan DAP berbincang secara serius dan adil malahan sesegera mungkin dalam memikirkan penyatuan Pakatan Rakyat dibawah satu lambang. Tidak seperti UMNO,MIC dan MCA yang penuh dengan perjuangan kaum yang sebenarnya amat tebal dan bahaya, Pakatan Rakyat lebih terbuka dan sememangnya PAS bukanlah parti yang ahlinya wajib daripada orang melayu, begitu juga PKR dan DAP. Inilah sebenarnya kekuatan yang ada didalam Pakatan Rakyat dan inilah sebenarnya yang menjadi idaman UMNO-Barisan Nasional untuk dimusnahkan!

Masih ingat lagi isu Kerajaan Perpaduan? Bukankah UMNO yang beria-ia menimbulkannya? Sehinggakan berkocak dalaman PAS dengan isu ini. Alhamdulillah, isu ini tidak menggangu gugat kesepakatan PR sehingga ke hari ini walaupun masih ada usaha daripada pihak UMNO untuk membangkitkannya kembali.

Masih belum terlambat untuk setiap parti dalam Pakatan Rakyat memikirkannya...

sunsnake 15.10.2009

1 comment:

zul_neem said...

Assalamualaikum

Apa makna kesatuan fikiran dari sudut Islam.Makna inilah sebagai asas kepada kesatuan Pakatan rakyat untuk bersama for ever.Duduk dibawah satu markaz tak timbul bila persefahamn atas dasar ini dapat diterima.

Related Posts with Thumbnails