Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Friday, October 16, 2009

Singkir anasir pembangkang di GLC

Inilah sifat sebenar UMNO! Kononnya berjuang untuk rakyat.. tapi hakikatnya?

Jelas mereka menganggap GLC ini kepunyaan mak bapak mereka!

Kesian ahli-ahli UMNO totok di kampong-kampung dan di Bagan Pinang..

Kesian Mat-Mat rempit RM50…. Bukan main pertaruh nyawa pergi serang Markaz PAS di Bagan Pinang...

Last-last, yang kaya-raya, golongan yang dok ada di PWTC la nie...

 

Sunsnake 16.10.2009

 

 

Singkir anasir pembangkang di GLC

 

 

 

Kerajaan digesa supaya melakukan proses pemutihan terhadap syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) yang didakwa menyokong pembangkang.

Gesaan tersebut oleh wakil Wilayah Persekutuan, Yahaya Mat Ghani ketika membahaskan ucapan dasar presiden Umno di PWTC hari ini.

Beliau berkata, proses pemutihan itu penting penting untuk memastikan sokongan terhadap kerajaan dan Umno.

Ini kerana, katanya, terdapat di kalangan ahli lembaga pengarah, pihak pengurusan dan kakitangannya yang menyokong pembangkang.

"Mereka membenarkan ceramah pembangkang dalam premis mereka sendiri.

"Berikan perhatian kepada ahli Umno yang setia kepada parti dan yang berkelayakan, agar dapat menjalinkan hubungan baik dengan GLC," katanya.

Yahya juga juga mendesak pucuk pimpinan parti untuk menimbang memberi pengiktirafan kepada ketua cawangan Umno di Wilayah Persekutuan.

"Dengan nada sedih dan kecewa terdapat kementerian dan agensi kerjaaan apabila ada surat daripada ketua-ketua cawangan, tidak pernah diendahkan dengan alasan politk tidak boleh masuk campur urusan kerajaan.

"Oleh itu saya harap lepas ini surat, pandangan dan tandatangan ketua cawangan diguna pakai," kata Yahaya Mat Ghani sambil menambah bahawa ia penting untuk memastikan sokongan mereka terhadap Umno.

Yahaya juga menasihati ahli Umno agar menunjukkan sikap yang kuat terhadap perjuangan Umno yang dillihatnya semakin longgar dan longlai.

Sehubungan itu, beliau me
ncadangkan agar kursus-kursus kepimpinan diberikan kepada ketua-ketua cawangan untuk merapatkan hubungan dengan akar umni bagi menghadapi pilihan raya ke-13.

Beliau juga meminta kepada pucuk pimpinan pusat agar menyalurkan peruntukan berdasarkan kepada jumlah ahli di cawangan bagi menggerakkan usaha untuk menarik ahli baru dan menubuhkan cawangan baru.

 

1 comment:

zul_neem said...

Assalamualaikum

Apa orang UMNO sajakah mahkluq Allah dibumi ini.Fikiran macam Zionis menyingkir umat islam dari bumi Palestian.Insaflah- cuba tahan jangan bagi pembangkang menghirup oksigen diatas bumi ini.Kalau boleh.

Related Posts with Thumbnails