KUALA LUMPUR 19 Julai -Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, pakatan pembangkang tidak sepatutnya melatah dengan mendesak kerajaan membuat pelbagai perkara sedangkan siasatan kes tersebut sedang dijalankan.
''Kenapa penyokong pembangkang tidak boleh sabar? Sepatutnya berilah ruang supaya siasatan dijalankan dan sesudah siasatan selesai, jika masih tidak puas hati barulah buat perhimpunan atau tuntutan.
''Sekarang belum apa-apa lagi sudah buat tuntutan dan perhimpunan. Lama-lama setiap orang yang mati kena tubuh suruhanjaya. Berapa ramai polis mati dan orang Melayu yang mati secara pelik, tidak ada orang buat perhimpunan dan tuntutan pun selama ini,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Ibrahim, tidak ada sebab bagi SPRM untuk membunuh Beng Hock kerana mendiang merupakan aset untuk membongkar penyalahgunaan kuasa dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).
''Mungkin Beng Hock tertekan dengan apa yang telah berlaku merupakan satu penyalahgunaan kuasa. Macam-macam boleh berlaku.
''Tetapi pembangkang sudah eksploitasi isu ini seolah-olah hendak jadikan isu perkauman,'' katanya.
Tambah Ibrahim, pembangkang sebenarnya ingin mengalihkan pandangan rakyat kerana mereka disiasat SPRM.
''
sunsnake
Err.. apa kata kalau yang terbunuh di pejabat SPRM tu anak Brahim al-kataki ni?
Rasanya mau dia heret semua makhluk dua alam sejenis dia di Pasir Mas tu buat demo depan pejabat SPRM gak!!
Inilah dia pejuang melayu tulen! Kalau yang mati tu bukan melayu.. lantaklah! Janji bukan melayu!!
Rasanya, inilah antara sebab Rasulullah SAW tak mahu umatnya berjuang atas dasar bangsa!
Bak kata TG Nik Aziz “ kalau kita berjuang untuk bangsa, PASTI kita akan zalim terhadap bangsa-bangsa lain!”
No comments:
Post a Comment