Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Tuesday, July 14, 2009

Bola Malaysia - Betul ke 'National Team' Zimbabwe?

KUALA LUMPUR - 'Mereka memang pasukan kebangsaan Zimbabwe'. Demikian penjelasan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia Datuk Azzuddin Ahmad (gambar) mengenai kesahihan status skuad Zimbabwe yang tewas 0-4 kepada Malaysia pada aksi persahabatan, kelmarin.

Menurut Azzuddin, beliau telah menerima salinan faks dari Persatuan Bola Sepak Zimbabwe, semalam yang mengesahkan skuad yang dihantar ke negara itu bukan berstatus kelab seperti mana yang dilaporkan.

''Saya tidak mahu mengulas lanjut perkara ini. FAM telah menerima faks dari persatuan bola sepak negara tersebut yang mengesahkan pemain semalam berstatus pasukan kebangsaan.

''Untuk itu perlawanan kedua esok (hari ini) akan teruskan mengikut jadual,'' katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Perlawanan kedua skuad kebangsaan dengan Zimbabwe akan berlangsung di Stadium Shah Alam, hari ini mulai pukul 5.30 petang.

Azzuddin mengulas dakwaan bahawa skuad Zimbabwe yang menjadi lawan ujian skuad kebangsaan menjelang pertemuan persahabatan dengan Manchester United, Sabtu ini dikatakan berstatus kelab.

Senarai nama pemain skuad Zimbabwe pada perlawanan kelmarin meragukan kerana didakwa hampir sama senarai pemain sebuah kelab yang berpusat Harare, iaitu juara liga perdana negara ini tahun lalu Monomotapa United.

sunsnake

aduss!! udahlah yang dilawan tu Zimbabwe! kalau Spain ke.. Holland ke.. ada gak isu yang nak disembang!! ehhh!! oooo.. ranking FIFA Zimbabwe ni lagi bagus dari Malaysia rupenyerrr!!

Adusss lagi sekali!!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails