Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Friday, July 17, 2009

(1)Teoh Beng Hock - Kalau dia bunuh diri, pasai apa, SPRM?

Mengulas kematian setiausaha politik exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, yang dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, Malaysiakini memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata:
"Jangan tuduh-tuduh. Kalau tuduh, kenyataan mereka keluar nanti dekat laporan akhbar, menyebabkan masyarakat buat pandangan (sendiri) sebelum penyiasatan dibuat".
OK, Bro. Saya tak nak tuduh-tuduh. Saya nak tanya ja.

Saya ambil laporan Malaysiakini sebelumnya.
Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.

Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu.

Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.

SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.
Mamat tu kata, Teo "dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi".

Saya pernah beberapa kali ditangkap polis dan disumbat ke dalam lokap. Saya juga pernah dipanggil untuk memberi keterangan. Bagi keterangan ja, bukan tangkap.

Mentaliti orang yang ditangkap atau dipanggil diberi keterangan, sebaik sahaja dilepaskan atau disuruh balik, apa nak tunggu lagi? Terus balik, terus cabut.

Tak dak kerja aih nak merewang merata balai polis atau di mana-mana premis polis. Sa sa kata boleh balik, cabut terus. Ajak pi minum kat kantin pejabat polis pun tak nak dah. Minum kat Restoran Thaqwa lagi bagus.

Awat? Dia tak boleh balik sebab jam kira-kira 3.45 pagi? Bas tak ada, teksi tak ada?

Bangsat sangat ka budak tu hingga tak ada handphone nak call boss dia atau kawan-kawan dia? (Gambar Malaysiakini di sini menunjukkan dia sedang menggunakan handphone. Tak tau la kot-kot dia pinjam sat handphone pagawai SPRM).

Dia juga dilaporkan sepatutnya melangsungkan perkahwinan esok (lihat laporan Malaysiakini "He was to be married tomorrow"). Laa, kalau dia call bakal isteri dia suruh ambik dia kat pejabat SPRM (saya tak nak la kata pejabat puaka tu), berlari-lari Ah Moi tu pi ambik bakal suami dia (gambar Teoh di atas copy and paste dari mStar Online 16/7/09).

Terjatuh? OK, bukan dijatuhkan atau ditolak sehingga jatuh atau dia sendiri menjatuhkan dirinya. Dah kata ter(jatuh), bukan di(jatuhkan) atau men(jatuhkan), terjatuh lagu mana?

Tak tau? Tak dak sapa nampak? Ni! Kalau pejabat aku la, tiba-tiba ada orang dok merewang tak tentu hala kat pejabat aku, atau tidur kat pejabat aku macam dia tak dak rumah nak balik, mesti aku tanya, apa kerja yang dok merewang tak tentu hala kat sini, dok tidoq kat sini macam mak bapak hang punya rumah. Ni bukan hotel!

Nak tanya lagi, berapa orang sebelum ni yang tumpang tidur di pejabat SPRM Selangor selepas disiasat hingga lewat pagi? Adakah menjadi amalan sebelum ini orang yang disiasat oleh SPRM Selangor hingga lewat pagi akan tidur di pejabat SPRM itu sebab letih sangat sampai tak larat balik?

Kalau SPRM siasat sampai letih sangat hingga tak larat balik, hampa siasat lagu mana?

Satu lagi, Mamat yang jadi Pengarah Siasatan SPRM tu kata, mayat Teo ditemui jam 1.30 tengah hari ini.

Dia juga kata, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.

Berapa jam tu? Pejabat SPRM Selangor atau bangunan yang menempatkan pejabat itu tak ada pegawai dan pengawal keselamatan ka untuk memantau orang asing yang berkeliaran tak tentu punca di situ?

Apa lu cerita ni?!!

Saya juga nak memetik kata-kata Lim Kit Siang:
"No one in his right senses will imagine to commit suicide a day before he is slated to be married."

The veteran politician added that the entire nation is shocked by the "first death of custody under the MACC."

"MACC's reputation is at an all time low. It must satisfy Teo's family and the public that there was no foul play or abuse involved".
Dan juga kata-kata boss kepada Teo:
"He was going to get married, why would he want to commit suicide?

..."He looked calm. Before he went to the MACC office, (lawyer M) Manoharan and myself talked to him about how to answer the questions.

"If there was any problems, I should be the one (to face action). I don't see any reason for him to commit suicide".
Selepas kes Altantuya Shaariibuu yang penuh tanda soal serta keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan terhadap media asing yang kata macam-macam terhadapnya, timbul pula kes kematian Teo at the time he was under SPRM custody!

Ini bukan soal dia daripada parti apa. Kalau SPRM lanyak orang Umno pun aku tak setuju (lihat posting bertajuk "SPRM juga menyiksa orang disiasat").

sumber - penarik beca

No comments:

Related Posts with Thumbnails