Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Tuesday, July 14, 2009

Sekolah Rendah Agama Bukit Sentosa terima RM4.5 Juta ??

Guru Agama Perlu Nilai Tambah Untuk Naik Gaji

Saturday, 20 June 2009 | Ruangan: Berita

Guru-guru sekolah agama kekolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dikehendaki menjalani beberapa kursus peningkatan pengajaran bagi membolehkan satu penyelarasan gaji dilakukan.

Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim berkata, kursus berbentuk ilmiah itu akan dianjurkan oleh kerajaan negeri sebagai nilai tambah dalam profesion mereka.

Menurutnya, selepas mengikuti program itu, kenaikan gaji guru akan dilakukan, sesuai dengan kelayakan dan nilai tambah yang ada pada mereka.

Difahamkan, ketika ini gaji serta elaun guru-guru sekolah JAIS lebih rendah, berbanding guru-guru sekolah kebangsaan.

Berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bangi pagi tadi beliau berkata, pendekatan pendidikan sekarang jauh berbeza, berbanding zaman lampau.

Pada majlis itu juga, Tan Sri Khalid turut menyampaikan bantuan sebanyak 3.5 juta ringgit kepada 6 buah sekolah agama, sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk tujuan baikpulih.

Sekolah Rendah Agama Bukit Sentosa, Rawang pula menerima 4.5juta ringgit untuk membina bangunan baru sekolah berkenaan.

berita penuh disini..

sunsnake

teman pun dah terkena nih! nak daftar anak teman, last2 kena ke Pejabat Agama Daerah Kuala Kubu sebab dah penuh!! kena buat rayuan leee.. adus! Harap-harap bangunan dan tenaga pengajar dapat ditambah!

No comments:

Related Posts with Thumbnails