teman pun peminat fanatik bolasepak juge yeob! apatah lagi negeri teman Perak!!
Bior UMNO ke.. PAS ke.. DAP ke... PKR ke.. hatta parti Komunis Malaya pun! kalau dah mike semue nak politikkan sukan ini le jadinya!! sampe ke sudah le Malaysia takkan main kat World Cup wehh!!
Jom Bola - Kejor Yeob Kejor!
Setelah merampas kuasa, merampas kerusi Menteri Besar Perak, kini Zambry mengintai peluang untuk menyamun jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Perak (PAFA) yang kini disandang oleh Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin. Kejor Yop Kejor!
Beberapa hari lalu Zambry mengeluar kenyataan meminta supaya Datuk Seri Ir Nizar melepaskan jawatan Presiden PAFA. Hari ini beliau tanpa segan dan silu (dan tanpa malu) sekali lagi menuntut Nizar mengosongkan kerusi nombor satu PAFA. Untuk apa ? Setelah mandat rakyat negeri Perak yang memilih Pakatan Rakyat untuk menerajui Kerajaan Negeri Perak dibolasepakkan oleh UMNO, adakah Zambry dan UMNO mahu mempolitikkan bolasepak pula?
Jawatan Presiden PAFA yang dipegang oleh Datuk Seri Ir Nizar bukanlah diperolehi melalui perlawanan atau perebutan jawatan dalam PAFA, tetapi jawatan secara automatik. Perlembagaan PAFA menetapkan Menteri Besar ialah Presiden PAFA. Bila Pakatan Rakyat menang pilihanraya dan beliau dilantik menjadi Menteri Besar, secara automatik menjadi Presiden PAFA sehinggalah isu jawatan MB menjadi pertikaian perundangan di mahkamah.
Tetapi Zambry tidak sabar untuk menjadi Presiden PAFA. Apa nak dikejor Yob ? Ini bukan lagi persaingan untuk memajukan sukan bola sepak negara, tetapi lebih kepada niat jahat untuk membataskan pengaruh ’aura’ Datuk Seri Ir Nizar di persada sukan negara. Kejor Yob Kejor !
Fikir-fikirkanlah …
( II )
Sungguh aneh! Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengambil tindakan tegas terhadap pengurusan, pegawai dan kakitangan pasukan UPB Myteam (UPBM) sekiranya pasukan bertaraf kelab itu kekal dengan keputusan untuk menarik diri dari Liga Malaysia tahun ini.
Tindakan tegas walau bagaimanapun tidak melibat Presiden pasukan itu, iaitu Khairy Jamaluddin. Pegawai dan kakitangan yang bakal dikenakan tindakan termasuklah Pegawai Fisioterapi yang tidak terlibat dalam membuat sesuatu dasar dan keputusan kelab itu. Presiden selaku orang nombor satu dan pembuat dasar serta keputusan tidak akan dikenakan tindakan oleh FAM. Kenapa? Adakah kerana Presiden kelab itu juga menjadi Timbalan Presiden FAM maka dia terselamat dari hukuman dan denda? Atau kerana dia Ketua Pemuda UMNO yang baru menang maka maruah hendak dijaga?
Khairy Jamaluddin baru-baru ini mengakui UPBM berhasrat menarik diri dari Liga Malaysia kerana mempunyai masalah kewangan yang teruk. Malah jurulatih kelab itu, Hiddink sudah meletak jawatan. Terbaru pasukan yang sudah kehilangan moral dan semangat itu menjadi belasahan Negri Sembilan 6-2 di Seremban.
Persoalan sekarang ialah kenapa UPBM mengalami masalah kewangan setelah selesai pemilihan Ketua Pemuda UMNO? FAM pula hendaklah bertindak adil tanpa memilih bulu supaya tidak dilihat menjadi kuda tunggangan orang politik.
Jangan sampai bolasepak dipolitikkan dan politik dibolasepakkan!
Fikir-fikirkanlah …
sumber - perakexpress
1 comment:
Tu dia...bila dah kemaruk kuasa semua nak dirampasnya. Kononnya dialah yang terhebat.
Post a Comment