Sebenarnya UMNO/BN walaupun tidak menang tetapi berpuas hati kerana dapat menurunkan kelebihan majoriti yang diperolehi oleh PAS dari 1,352 kepada hanya 96 undi sahaja. Kalau boleh UMNO/BN juga mahu menang. tetapi UMNO/BN gagal memastikan gerak kerja "membeli" undi berjaya 100%, tetapi hanya 90% sahaja. Jika 100% usaha jahat UMNO berjaya, UMNO/BN hanya boleh menang dengan majoriti tidak sampai 150 undi sahaja.
Sekurang-kurang PRK-MU adalah peluang UMNO hendak membersihkan kekotorannya setelah gagal mengatasi kesucian PAS dan Pakatan Rakyat. Kira-kiranya, berdasarkan keputusan terkini PRK-MU yang masih menyebelahi PAS yang disifatkan oleh UMNO/BN sebagai menang "nyawa-nyawa ikan".
Kalau ukuran majoriti yang secebis inilah yang disifatkan sebagai menang nyawa-nyawa ikan, maka YB Raja Ahmag Zainuddin yang menang di DUN Kubu Gajah dengan majoriti 66 undi juga adalah menang nyawa-nyawa ikan.YB Datuk Hamdi di DUN Pengkalan Baharu nyawa-nyawa ikan juga, majoriti 14 sahaja. Satim Diman kawan kepada Khir Toyo yang selalu bising itu pun majoritinya 45 sahaja di DUN Seri Serdang. Tidak akan mengaku UMNO/BN betapa wakil rakyatnya juga sedang hidup dengan nyawa ikan, kalau tidak mungkin nyawa hantu.
Dato' Mustafa Mohamad terus membuat andaian betapa rakyat Kelantan sudah hilang keyakinan terhadap pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Turun majoriti adalah buktinya. Jika dilihat kepada jumlah undi, bermaksud 5,348 orang yakin kepada PAS dan hanya 5,283 yang yakin kepada UMNO/BN.UMNO/BN gagal meyakinkan 65 orang pengundi yang masih yakin dengan dasar perjuangan PAS. Jika berdasarkan perbandingan purata undi yang diperolehi oleh PAS dan UMNO sejak PRU 1986,1990,1995,1999,2004,2008 dan PRK2009, purata undi yang diperolehi oleh PAS adalah 4,960 undi berbanding 3,696 undi oleh UMNO/BN. Ini menunjukkan betapa keyakinan pengundi Manek Urai terhadap PAS adalah konsisten.
Dengan kuasa media yang ada, isu majoriti turun inilah akan terus menjadi modal yang dijaja oleh UMNO/BN betapa kayakinan rakyat terhadap UMNO/BN telah berjaya dipulihkan walaupun UMNO/BN sendiri pun sedar tentang hakikat krisis keyakinan rakyat terhadapnya. Sekurang-kurangnya UMNO/BN boleh terus syok sendiri. Dengan menyalahgunakan segala jentera dan intsrumen kerajaan milik rakyat, nampaknya UMNO/BN masih belum mampu memperbodohkan rakyat di Manek Urai. Ditaqdirkan oleh Allah masih ada lebihan 65 orang manusia yang masih yakin dengan dasar perjunangan Islam yang dibawa oleh PAS.
Bilakah modal isu majoriti turun ini akan mengakhiri syok sendiri UMNO/BN, apabila ditaqdirkan oleh Allah UMNO/BN akan tewas dalam siri pilihanraya kecil yang akan datang. Selepas Rasulullah menubuhkan negara Islam Madinah, tentera islam yang dipimpin oleh Rasulullah menghadapai 48 peperangan dalam masa beberapa tahun. Kita baru 6...!!!
sumber - albanjari
1 comment:
UMNO TETAP KALAH WALAUPUN MENGUASAI SEMUANYA...
http://budakkampungonline.blogspot.com/2009/07/mengapa-ye-kalah.html
Post a Comment