Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    3 years ago

Monday, July 20, 2009

Ingat lagi tak? Tilam buat wira kita di Manek Urai?

rujuk artikel teman disini hari tu..
-tilam buat wira-wira kita-

Berita Minggu hari ni laporkan satu berita menarik, maksud aku menarik untuk ditanya beberapa soalan selanjutnya.

Berita minggu melaporkan
Sebanyak 5,000 tilam yang digunakan bagi penginapan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai baru-baru ini dilelong kepada penduduk tempatan hari ini.

Pengurus Operasi Mad Global Resources Sdn Berhad iaitu syarikat pembekal tilam itu kepada PDRM, Azlina Adni, berkata syarikatnya diarah melelong tilam span itu pada harga RM10 untuk setiap tiga unit kepada penduduk kampung di kawasan Manik Urai.

"Kita anggarkan pendapatan daripada hasil jualan ini sebanyak RM15,000 dan sebahagiannya disumbang kepada pihak yang memerlukan sumbangan," katanya kepada Bernama selepas majlis lelongan tilam itu di sini.

Soalan aku
  1. Sapa punya syarikat Mad Global Resources Sdn Berhad, sapa ada maklunat. Untung banyak la syarikat ni. Agak-agak berapa harga modai tilam tu dan berapa pulak depa punya qoutation. Agak-agak hangpa la syarikat ni ada kaitan dengan sapa? Aku takdak jawapan, saja nak tanya kut-kut yang baca blog aku ni ada maklumat boleh kongsi.
  2. Kalau PRK Manek Urai guna 5,000 tilam, agak-agak berapa tilam dah diguna setakat ni? Mula-mula PRU Parlimen Permatang Pauh, lepas tu PRU Parlimen Kuala Terengganu, Lepas tu Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai, lepas tu DUN Penanti dan yang terbaru DUN Manek Urai.

    Kalau guna congak mudah semua sekali ada 13 DUN. Kalau kali 5,000 dah ada 65,000 tilam. Paling kurang pun 60,000 tilam aku rasa. Kalau satu tilam boleh makan komisyen 10 ringgit dan ada RM650,000.00, kayo pakcik!!!

  3. Yang mushkilnya takdakpulakdengar cerita pasai tilam-tilam yang lain. Mungkin depa 'bagi' free kut. Kalau lelong harga 10 ringgit, aku rasa kalau juai second hand tentu boleh lagi mahai.

  4. Tu baru cerita tilam, apa cerita pulak benda-benda lain. Uish!belambak lagi benda kecik-kecik yang depa guna kat situ. Paling takdak pun takkan tilam saja, kurang-kurang puna mesti ada bantai, cadar dan selimut. Yang ni takdak cerita lelongpulak, dah tentu ada yang ambik free ni. Kayo pakcik!!!

  5. Yang paling mushkil pasai apa ada 5,000 tilam tapi berita tu tulis untuk kegunaan kepada lebih 3,000, takkan yang 'lebih' tu sampai 2,000??
    Syarikat itu membekalkan tilam bagi kegunaan penginapan kepada lebih 3,000 pasukan polis sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN itu yang bermula 6 Julai hingga Selasa lalu.

  6. Yang aku tak puas hatinya pasai apa la depa pi lelong tilam tu, lepasni nak guna lagi. Dahtentu punya tak lama lagi ada pulak PRK. Simpan la sat kat store mana-mana, sewa gudang pun takpa, jimat belambak dari beli baru. Tu tak tengok lagi benda-benda lain, tentu lebih kurang macam cerita tilam ni jugak laa. Patut la pun habih berjuta nak sara polis ja masa PRK.
sumber - cenangau

No comments:

Related Posts with Thumbnails