Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Wednesday, July 22, 2009

Apabila gadis melayu melondehkan kainnya untuk...


Salam,
Teman sedih betul dengan kes di area rumah teman nie.. kesnye macam ni..

Sebuah rumah bujang lelaki Melayu, sebaris rumah teman di serbu Polis dan menangkap semua ahli rumah tersebut. Ada la dalam 4-5 orang atas tuduhan merogol!
Budak-budak bujang lelaki Melayu tu semua dah kerja..

Apa yang menyedihkan, budak perempuan Melayu yang dirogol tu baru berumur 13 tahun! Baru tingkatan 1!!!
Sedih,marah, malu memang bercampur gaul dalam hati teman..

Ikut ceritanya, budak perempuan Melayu tu dengan ‘rela’ masuk ke rumah bujang lelaki Melayu tersebut dan dengan ‘rela’ jugak melayan kesemua ahli rumah tu!
Namun apabila pulang, budak perempuan Melayu tersebut mengadu kepada ‘teman lelaki’nya(bukan ahli rumah bujang tersebut). ‘Teman lelaki’nya bertindak membuat aduan ke pihak Polis.
Walaupun budak perempuan Melayu tersebut ‘rela’ namun oleh kerana bawah umur, otomatik kes ini menjadi kes rogol.

Subhanallah! Inikah gadis melayu? Seawal umur 13 tahun dah rosak! Apa lagi yang tinggal buat suaminya kelak?

Teman memandang masa hadapan anak-anak teman yang perempuan ni dengan seribu satu macam perasaan cemas,bimbang dan takut.

Apa kesudahannya dengan bangsa Melayu ini?

Allah SWT telah mentakdirkan Bangsa Cina dan India menjadi rakyat di Malaysia walaupun hakikat sebenarnya Melayulah sahaja yang sepatutnya ada di bumi bertuah ini! Tetapi PASTI ada hikmah di sebaliknya..

Allah SWT juga tahu bahawa diantara ketiga-tiga bangsa ini, bangsa Melayulah yang paling lemah! Cina ada kemahiran semulajadi dalam perniagaan, India ada kemahiran semulajadi dalam ketahanan fizikal dan mental namun melayu hanya ada sedikit-sedikit dari kelebihan-kelebihan tadi!

Kerana itulah teman yakin, Allah SWT mengurniakan Islam kepada Bangsa Melayu di Malaysia ini!. Hanya dengan berpegang teguh dengan ajaran Al-Quran, Bangsa Melayu akan dapat bersaing dengan bangsa-bangsa lain. Jika Bangsa Melayu gagal menggunakan sebaik mungkin Agama Islam ini, maka tunggulah detik kehancuran bangsa yang lemah ini!

Kes rogol diatas benar-benar merobek hati dan jiwa teman sebab ianya berlaku sesama bangsa Melayu sendiri! Jika lelaki Melayu pun sama sibuk ‘melondehkan’ kain perempuan Melayu? Apatah lagi lelaki Cina dan India? Amat jarang kita dengar lelaki Melayu dapat ‘melondehkan’ kain perempuan bangsa Cina apatah lagi India!!!

Kepada Allah SWT kita kembalikan segala-galanya…

sunsnake

No comments:

Related Posts with Thumbnails