Salam,
Nampaknya episod politik negara semakin meruncing dan membahayakan!
Seorang lagi mangsa didalam perjuangan politik yang seolah-olah tidak akan reda sebaik sahaja tamat Pilihanraya UMUM ke-12 tahun lepas.
Mendiang ini adalah seorang ahli politik. Berjawatan setiausaha politik kepada seorang Exco Selangor dari DAP, sememanganya kita dapat melihat secara jelas, SPRM tanpa berselindung telah memperlihatkan betapa biasnya mereka dalam membuat keputusan.
Tanpa berniat menggangu siasatan pihak polis terhadap kes ini. Rakyat akan tertanya-tanya mengapa bangunan SPRM? Jika mendiang tertekan atas 'kesalahan' menerima rasuah atau bersubahat mengapa bangunan SPRM? Jika dia tertekan kerana dipaksa mengaku salah, mengapa bangunan SPRM? Mengapa tidak bangunan SUK?
Adakah semudah itu mendiang dapat melepasi seluruh pintu bangunan itu untuk ke tingkat tinggi dan terjun? Mengapa mendiang ditahan sehingga jam 3.00 pagi untuk siasatan??
Mengapa Khir Toyo tidak langsung pernah disiasat sehingga jam sebegitu untuk sedemikian banyaknya kes rasuah yang dituduh terhadapnya? hatta Setiausaha politik Khir Toyo sendiri pun langsung tak terusik?? Setiausaha Sulit lagi laaa..
Didalam keadaan ini janganlah salahkan rakyat jika mereka terpaksa semakin 'curiga' dengan segala bentuk jentera dan pihak kerajaan pusat.
Apa jua yang ada seperti polis,mahkamah,peguam negara, SPR dan mahupun SPRM semakin dicurigai oleh sebahagian besar rakyat Malaysia dikala ini.
Jangan salahkan kami! Sesuatu perlu diperlakukan untuk mengubah segala persepsi ini! Dan jangan membuat lagi kehancuran untuk membetulkan persepsi rakyat terhadap segala jentera pemerintah tadi.
Sebermula kes DS Anwar Ibrahim yang telah benar-benar merosakkan reputasi Institusi Polis dan Kehakiman Negara, dihancurkan lagi dengan kes Kehancuran demokrasi di Perak, kesangsian yang amat nyata dalam kes Altantuya dan kini, rakyat terpaksa melihat dan mencerna satu lagi episod yang amat-amat duka, kematian ahli politik! dan di lokasi yang amat-amat menyangsikan!
Mengapa kematian ini berlaku diwaktu sebegini? diwaktu SPRM sibuk menyiasat exco-exco Selangor yang hanya mendapat RM500.000 setahun sedangkan rumah Khir Toyo sendiri sahaja bernilai lebih RM20 juta!! Mana yang lebih penting?
akhirnya nanti.. yakinlah bahawa rakyat akan mempersoalkan kembali satu persoalan iaitu..
"Mengapa Bangunan SPRM?"
sunsnake
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...
11 years ago
No comments:
Post a Comment