sumber- Berita Hairan
MOHD Isa melayan pelanggan memilih durian bermutu di gerainya di hadapan Bangunan Umno Bahagian Hulu Selangor. |
Wakil rakyat Batang Kali hilang pendapatan akibat elaun digantung
KUALA KUBU BHARU: Tidak mempunyai pendapatan akibat digantung elaun selama enam bulan, mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim, nekad bekerja sambilan menjual durian di hadapan Bangunan Umno Bahagian Hulu Selangor, di sini, sejak minggu lalu.
Katanya, beliau perlu mencari kerja sambilan membantu anak saudaranya, Nor Azlan Mansor, 35, menjual raja buah di sini demi mencari pendapatan selepas digantung kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor pada 15 Julai lalu.
"Walaupun mendapat tekanan pembangkang, saya tidak berputus asa melakukan kerja ini demi mencari rezeki halal, termasuk membantu rakyat di Batang Kali," katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini, semalam.
Katanya, setiap hari selama empat jam bermula jam 8 malam beliau menjual durian yang dibeli dari Pahang kepada penduduk sekitar Hulu Selangor.
Mohd Isa berkata, kerajaan Selangor mengambil tindakan menggantung elaun dan kebenaran menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) lima wakil rakyat Barisan Nasional (BN) baru-baru ini selepas mendakwa mereka menegur Jawatankuasa Ketelusan dan Kebertanggungjawaban Selangor di luar dewan .
"Saya melihat tindakan kerajaan negeri itu terlalu kejam dan tidak adil. Mereka melakukan sesuatu yang tidak berhati perut. Rakyat tahu menilai semua itu," katanya sambil tidak menolak kemungkinan akan mengusahakan perniagaan lain selepas berakhirnya musim durian.
sunsnake
Jauh di sudut hati teman.. kesian gak!! tapi jangan lupa!! YB kita ni kena 6 bulan, yang Gobind Singh kena SETAHUN!!!
Mujur YB Puchong tu seorang lawyer, jadi tak perlu la kot dia kena menjual durian macam YB kita ni..
Sabarlah YB, lain kali guna otak sepenuh-penuhnya sebelum bangkang.. benda betul pun nak bangkang! itu la... Buat baik balasannya baik.. buat jahat balasannya jahat
err.. minta Pegawai Penguatkuasa MDHS check betul-betul, ada permit ke dia meniaga depan Bangunan UMNO KKB tuh?? errr.. lagi satu, tempat dia meniaga tu memang tempat yang dibenarkan ke idak??
hari tu teman dapat tahu ada peniaga keropok lekor diangkut dek MDHS kerusi,meja,dapur,minyak masak,keropok lekor dia masuk lori!! takkan YB kita ni dikecualikan kot kalau salah jugak?? ke ada yang nak kena humban dari tingkat atas MDHS?? hehehehe..
sumber - Malaysia Today |
Tuesday, 17 March 2009 03:11 |
Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo digantung tugas dari Parlimen selama satu tahun selepas didapati bersalah kerana cuba mengaitkan timbalan perdana menteri dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Keputusan diputuskan Speaker Parlimen, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menerima usul yang dibentangkan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz. Semua ahli pembangkang mengambil keputusan keluar dewan ketika pengundian dijalankan sebagai tanda bantahan terhadap usul yang dibentangkan. |
1 comment:
Yang di ikutnya bapak penyamun. Beliau lainlah, lihat je istananya kat Shah alam tu. Buat tak fikir panjang. Ok juga jual durian...halal.
Post a Comment