| Azamin  Amin  | 
| "Perlukah  saya sediakan makanan dan buat kenduri arwah kepada orang kampung sedangkan  keluarga saya tengah sedih sangat sebab baru sahaja kehilangan ayah tersayang?"  tanya seorang remaja kepada saya yang baru kehilangan ayahnya yang tercinta  akibat sakit kronik.  Terkedu dan  pernah juga terfikir dalam benak hati, namun kerana kenaifan saya di bidang  agama saya diamkan sahaja sehinggalah muncul kembali soalan yang terbit daripada  anak muda belasan tahun ini yang datang daripada keluarga yang susah.   Lantaran  itu, walaupun sedikit kesibukan dengan tugasan, saya meluangkan masa mencari  jawapan yang mungkin atau mengundang pelbagai pandangan dan polemik serta emosi  kurang senang banyak pihak.  Namun atas  landasan mencari ilmu termasuk mahu berkongsi bersama, saya kutip beberapa  pendapat yang boleh dijadikan panduan kepada semua khususnya kepada anak muda  yang bertanya itu sehingga saya membiarkan dia termanggu tanpa sebarang jawapan  sebelum ini.(segala kesilapan dan kelemahan mohon tunjuk dan maafkan)   Amalan membebankan keluarga si  mati  Dalam laman  blog dikenali sebagai Institut Al-Imam Syafie (Intis) seorang Pensyarah Jabatan  Tilawah al-Quran Pusat Bahasa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)  Abdullah Bukhari Abdul Rahim menulis amalan kenduri arwah ini sudah pasti  menyusahkan keluarga si mati yang masih lagi bersedih dengan kehilangan orang  tersayang.  Katanya  Rasulullah s.a.w ketika mendengar berita kematian Jaafar ibn Abi Talib, baginda  bersabda:  "Persiapkan  makanan untuk keluarga Ja'far, kerana sesungguhnya mereka telah didatangi dengan  apa yang menyibukkan mereka (kesusahan)." - Hadith riwayat al-Tirmidhi & Abu  Dawud.  Keluarga si  mati yang baru ditimpa musibah(al-Baqarah:155-157) perlu disokong dan dibantu.   Amalan di  sesetengah tempat ini adalah salah, kerana katanya kesedihan keluarga si mati  akan ditambah lagi dengan kesedihan lain seperti bebanan kewangan kerana perlu  membayar upah orang membaca al-Quran, sembahyang jenazah dan kenduri arwah.   "Budaya  mengadakan kenduri arwah bersempena kematian pada malam pertama, malam Jumaat,  malam ketujuh, malam ke-40 dan malam ke-100 juga tidak mempunyai asas sama  sekali dalam Islam," katanya yang dipetik dari laman web tersebut   Amalan itu  membawa kepada pembaziran jika membabitkan penggunaan harta si mati tanpa jalan  yang betul dan membabitkan penganiayaan harta anak yatim malah Majlis Fatwa  Mesir pada 1947 memutuskan bahawa amalan berkenaan perlu dihentikan.   Ulama mazhab Syafie melarang kenduri  arwah  Rujukan  katanya boleh dibuat terhadap Kenyataan bekas Mufti Mesir Syeikh Hasanain  Makhluf di dalam akhbar al-Ahram bertarikh 27 Julai 1947 dan Fatwa ini kemudian  disahkan oleh Majlis Fatwa Mesir dan dikeluarkan dengan rasminya pada 14 Ogos  1947, bilangan 377.  Katanya  lagi Ulama mazhab Syafie melarang budaya ini sebagaimana dipetik daripada buku  Feqah Mazhab Syafie, al-Fiqh al-Manhaji.  Antara  petikan kitab tersebut yang berbunyi:"Daripada bidaah apa dibuat keluarga si  mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan upacara  dinamakan berlalunya 40 hari dan seumpamanya."  "Sekiranya  perbelanjaan makanan itu daripada harta peninggalan (si mati) dan di kalangan  waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram.   "Ini kerana  ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan  anak yatim itu. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang  memanggil dan memakannya." ( rujukanjil 1/ ms 263, Damsyik: Dar al-Qalam).   Dalam pada  itu pada Jun 2005 blog tersebut turut memetik ruangan Tazkirah di bawah tajuk  'Amalan Jahiliyyah Disangka Ajaran Agama' oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz  Nik Mat yang merujuk kepada pengarang kitab at-Tazkirah iaitu Al-Qurtubi  berhubung isu kenduri arwah.  "Dengan  jelas mengatakan bahawa diantara amalan jahiliyyah ialah mengadakan suatu  himpunan beramai-ramai diperkuburan, di masjid atau di rumah dengan berzikir dan  juga lain-lain bacaan, serta mengadakan jamuan makan minum dengan tujuan untuk  orang mati, disebut orang sebagai kenduri Arwah.  "Dengan  jelas perbuatan itu tiada Nas yang menjadi rujukannya dan tiada petunjuk sunnah  yang menjadi ikutan, " kata Nik Aziz.  Kenyataan pahit dan  mengejutkan  Kenyataan  ini kata Nik Aziz mungkin agak keras dan pahit serta boleh jadi suatu penjelasan  yang mengejutkan terutama terhadap mereka yang mengamalkan perkara tersebut  secara ikut-ikutan dan membuta tuli tanpa mengkaji dari sudut ilmiyah.   "Tetapi  inilah hakikat Islam yang mesti diakui oleh penganutnya yang sedia kembali  kepada al-Quran dan Sunnah," katanya  "Tidak  dapat dinafikan bahawa amalan tersebut telah berakar umbi di dalam masyarakat  melayu, sehingga sebahagian dari mereka menganggap bahawa amalan tersebut adalah  merupakan amalan agama yang mesti dilakukan setiap kali berlaku kematian,"  katanya lagi  Kata Nik  Aziz lagi sungguhpun Nabi terlalu sayang terhadap umatnya terutama terhadap para  sahabatnya yang sentiasa membantu Nabi di dalam suasana damai dan perang namun  Nabi tidak pernah melakukan majlis zikir atau tahlil untuk sahabat-sahabatnya  r.a yang mati.  "Orang yang  paling sayang terhadap Nabi s.a.w. adalah para sahabatnya yang sentiasa berada  di sisi Nabi siang dan malam, namun pernahkah terdapat para sahabat berhimpun  dan berzikir dan bertahlil untuk Nabi s.a.w.?" katanya membangkitkan persoalan.   Soalnya  lagi jika perkara itu tidak dilakukan oleh Nabi dan juga para sahabat maka dari  manakah punca amalan itu diambil.  "Apa yang  paling mendukacitakan, mereka menganggap amalan tersebut sebahagian dari amalan  Islam, padahal Rasulullah sa.w. tidak pernah menunjukkan contoh seperti itu  dalam sunnahnya," katanya.  Bagi umat  Islam marilah berlapang dada dalam menghadpi persoalan agama dengan menghayati  petikan ayat daripada surah An-Nisaa' 4:59 :  "Hai orang-orang yang beriman,  taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika  kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al  Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan  hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik  akibatnya."  (Segala kritikan, teguran dan  pandangan bolehlah dimajukan kepada azaminamin@yahoo.comAlamat email ini  telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk  melihatnya ) | 
Info Solat
                      -
                    
 
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh 
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam 
keadaan b...
12 years ago
+of+paszbb.jpg) 
 
 
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment