Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Saturday, July 18, 2009

Terima Kasih Najib! Oh Perdana Menteriku!

Kemana hala tuju rakyat Malaysia hendak dibawa oleh kerajaan BN tatkala ini?

Pengumuman kenaikan tambang pengangkutan awam mulai Ogos ini bagaikan merentap jantung rakyat marhaen yang setiap hari pergerakan mereka bergantung kepada pengangkutan awam kerana mereka tidak mampu untuk memiliki kenderaan sendiri.

Bagaikan jatuh ditimpa tangga apabila mendengar pengumuman tersebut. Termenung panjang memikirkan pertambahan di dalam perbelanjaan harian untuk pergi balik ke tempat kerja, menggunakan bas ekspress untuk menuju ke destinasi yang dituju dan paling perit apabila pelajar-pelajar yang berjauhan dengan keluarga terpaksa berbelanja besar untuk pulang ke kampung setiap minggu ataupun pada hari kelepasan am dan hari perayaan.

Rata-rata rakyat yang menggunakan pengangkutan awam adalah daripada golongan yang berpendapatan rendah. Hidup mereka saban hari ditekan dengan kemelesetan ekonomi dan kini kesusahan dan keperitan hidup mereka ditambahkan lagi dengan bebenan terbaru ini.

Bagaimana pula dengan ibu bapa yang terpaksa membayar lebih untuk bas sekolah anak-anak mereka? Apakah ada pilihan lain untuk mereka mengelak daripada mengeluarkan perbelanjaan yang lebih ini?

Bagi yang berkenderaan pula, kesengsaraan mereka akan bermula pada bulan September ini apabila harga minyak akan dinaikkan sebanyak 20 sen seliter.

Sudah pastinya harga barangan akan melambung tinggi seperti mana yang berlaku sebelum ini. Kenaikan harga minyak adalah punca asas kepada kenaikan harga-harga barangan harian.

Tarif elektrik pula diwar-warkan akan dinaikkan mulai Ogos. Dimana sudahnya kesengsaraan rakyat yang berpendapatan sederhana ke bawah ini? Hidup bagaikan dikepung oleh pelbagai masalah kewangan yang menghimpit.
















Dimanakah jalan keluarnya?


Selagi BN memerintah Malaysia, tiada jalan keluar yang terbentang malah jalan itu akan bertambah sempit dan dipenuhi dengan onak duri.

1Malaysia sudah muak dengan cara pemerintahan yang sebegini. Yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah terhimpit.

oleh - ajijoi

No comments:

Related Posts with Thumbnails