Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Monday, July 20, 2009

Apa kata pejuang-pejuang Melayu Tulen!

Khairy Jamaluddin
''Saya tidak setuju dengan tindakan pembangkang yang melemparkan pelbagai tuduhan.
''Mereka sudah hukum SPRM tanpa bukti dan sengaja menghasut rakyat,'' katanya.

-agak2 kalau yang mati tu Pak Lah apa kata mamat nie ye?

Datuk Saifuddin Abdullah (ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO
''Namun, dalam insiden kematian Beng Hock siasatan masih berlangsung tapi mereka sudah membuat pelbagai tuntutan dan tuduhan.

''Pembangkang seolah-olah sudah membuat kesimpulan bahawa ada sesuatu yang 'tidak betul' berlaku dalam kematian Beng Hock sebelum hasil siasatan diumumkan,'' katanya.

Soal Saifuddin bukankah selama ini pembangkang sering melaungkan siasatan perlu dijalankan dengan adil dan melibatkan bukti-bukti yang kukuh.

''Jadi tunggulah siasatan selesai. Kenapa sudah buat tuntutan. Bagi saya ini tidak lebih daripada taktik untuk menghalang siasatan SPRM diteruskan ke atas para pemimpin pembangkang khususnya di negeri Selangor,'' katanya.

- orang tak percaya pada polis yang buat siasatan!!! apa masalahnya nak tubuh suruhanjaya siasatan diraja? takut? chaiitt!

Osman Abu Bakar(Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu)
menyifatkan sikap pembangkang yang mengadakan perhimpunan dan membuat pelbagai tuntutan sebelum siasatan selesai sebagai tidak menghormati undang-undang negara.

''Yang mati tetap mati. Kejadian sudah berlaku. Jadi biarlah siasatan selesai dan diumumkan terlebih dulu. Janganlah membuat kenyataan dan tuduhan melulu.

''Tindakan membuat tuntutan dan melemparkan pelbagai tuduhan adalah tidak menghormati undang-undang. Sebagai sebuah parti politik pihak pembangkang kenalah patuhi undang-undang negara,'' katanya.

-sesuai la mamat ni sebagai ketua badan berintdak melayu.. bak kata orang.. pandai tak boleh nak ikut.. bodoh tak boleh nak ajar!

Datuk Wira Syed Ali Alhabshee(Ketua UMNO Bahagian Cheras)

"SPRM tidak perlu tunduk kepada ugutan pembangkang supaya menghentikan siasatan berhubung salah laku beberapa Exco Kerajaan Negeri Selangor selagi siasatan punca kematian Beng Hock tidak selesai".

Beliau berkata, ugutan tersebut seperti cuba menyembunyikan kebenaran di sebalik kematian Beng Hock daripada diketahui umum.

''Tindakan pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelajah ke seluruh negara bagi 'membela' Beng Hock juga tidak munasabah.

''Sekarang siapa yang perlukan siapa? SPRM memerlukan Beng Hock sebagai saksi, kenapa pula pembangkang buat spekulasi seperti menuduh suruhanjaya itu ada kaitan dengan kematian Beng Hock, langsung tak masuk akal," jelasnya.

Katanya, pihak pembangkang tidak perlu takut dengan siasatan yang sedang dilakukan polis dalam mencari punca dan sebab kematian Beng Hock.

Jelas Syed Ali, pembangkang sepatutnya memberikan kerjasama sepenuhnya dalam kes tersebut dan bukannya sengaja melakukan kekecohan dan perhimpunan politik.

- satu lagi bukti standard pemikiran ketua Bahagian UMNO! Bangla keje kilang pun paham apa masalahnya dalam isu ini.. rakyat dah tak percaya dengan PDRM laaa.. tukang siasat pun dah hilang kredibiliti.. cemane orang nak percaya? ada paham??

No comments:

Related Posts with Thumbnails