Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    10 years ago

Thursday, July 23, 2009

Berita malang buat orang Pahang!

Apa Yang Tidak gagal Di Pahang?

Oleh Zukri Aksah

KUANTAN, Julai 22 — Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang melahirkan kekecewaannya kerana kegagalan hub industri halal yang direncanakan di Gambang dekat sini. Gagasan hub industri halal ini terkandung dalam cetak biru Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Kekecewaan Adnan ini dinyatakan beliau dalam sidang akhbar sempena Seminar Pembangunan Industri Halal Nasional anjuran Kerajaan Negeri, Standards Malaysia dan Biro Korporat Dewan Perdagangan Islam Malaysia di sini semalam.

Menurut beliau, syarikat yang diberi kepercayaan untuk memulakan projek hub halal tersebut telah gagal memajukan kawasan Gambang sepertimana diharapkan, walaupun Kerajaan Negeri bersedia untuk bekerjasama.

Kegagalan ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana ia bukan projek pembangunan pertama di negeri ini yang berakhir dengan nasib yang sama. Di kawasan yang sama, Gambang, pernah dirancang untuk dibangunkan apa yang dipanggil sebagai “MEC City” namun ia terbengkalai begitu sahaja sehinggalah bangunan-bangunan yang dibina di situ diambil-alih oleh UMP (Universiti Malaysia Pahang) sebagai kampus sementara mereka sementara menunggu kampus tetap di Pekan siap.

Kerajaan negeri Pahang sendiri, melalui anak-anak syarikatnya banyak menghasilkan buah tangan yang gagal, yang terus wujud sebagai bukti di tengah bandar Kuantan sekarang adalah bangunan Samudera Riverview Hotel yang sedang memburuk.

Penyitaan Astana Golf and Country Club juga satu lagi bukti kegagalan projek perniagaan Kerajaan Negeri, setelah tidak berupaya melangsaikan tuntutan hutang selepas diskaun berjumlah RM40 juta.

Selain projek-projek pembangunan, Kerajaan Negeri Pahang turut dilihat seringkali berhadapan dengan kegagalan bila menjalankan urusan dengan syarikat-syarikat swasta.

Natijah dari kegagalan ini membuatkan Pahang sentiasa disaman. Yang terbaru adalah dari Spag’n Plantation Sdn Bhd dan Upayapadu (M) Sdn Bhd dengan saman masing-masing berjumlah RM209 juta RM24 juta. Sebelum itu dengan Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGM) yang jumlahnya adalah RM63 juta.

Banyak sudah projek pembangunan, aktiviti perniagaan dan urusan Kerajaan Negeri Pahang yang gagal tetapi Adnan belum pernah menyatakan kekecewaannya sebelum ini.

Berkenaan dengan hub industri halal ini, Kerajaan Negeri menurut Adnan lagi, bersungguh-mahu mahu membantu syarikat yang memulakannya itu sehingga ke tahap menjadi pemudah cara dan memberi sokongan bagi syarikat tersebut mendapatkan pinjaman bank, namun syarikat tersebut ternyata sebuah syarikat yang bermasalah.

Yang menghairankan, dalam kenyataannya, Adnan tidak pula mendedahkan apakah nama syarikat tersebut dan siapakah pemiliknya.

Projek hub industri halal ini sememangnya sesuatu yang bagus, seperti kata Adnan, selain untuk ekonomi, ia juga sebagai menyahut tuntutan syariat Islam.

Tetapi sesuatu yang bagus tidak semestinya berkesudahan bagus juga bila ia berada di tangan Kerajaan Negeri yang sentiasa gagal.

sumber - themalaysianinsider

No comments:

Related Posts with Thumbnails