Tujuh Adun DAP Selangor hari ini mempertikaikan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil semua fail peruntukan mereka untuk disiasat, dua minggu lalu.
Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok berkata tindakan itu tidak wajar kerana sumbangan yang dibuat adalah untuk kegunaan rakyat.
"Kami berasa aneh kenapa hanya fail peruntukan kami, ketujuh-tujuh adun kami diambil oleh pegawai SPRM. Dan juga saya rasa aneh yang mana dalam kes saya yang mana saya beri sumbangan 10 ribu ringgit untuk satu surau di Puchong untuk beli pembesar suara .Sekarang imam dan jawatankuasa telahpun disoal siasat oleh pegawai SPRM selama beberapa jam pada dua hari lepas,mereka akan datang menyoal siasat mereka lagi malam ni,"katanya.
berita lanjut di sini
No comments:
Post a Comment