Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Monday, July 20, 2009

Teoh - Fakta 'magic' telah bermula!!!

Lapor Malaysiakini -
  • Siasatan awal mendapati Teoh Beng Hock sudah meninggal dunia empat atau lima jam selepas mayatnya ditemui mati dekat pejabat Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pukul 1.30 tengah hari Khamis lalu, kata ketua polis negeri.
  • Satu serpihan selak penutup tingkap pejabat SPRM itu, di Plaza Masalam di Shah Alam, turut ditemui dekat tempat mayat ditemui, kata Datuk Khalid Abu Bakar hari ini.
  • Dalam sidang media bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan di ibu pejabat polis negeri di Shah Alam, Khalid berkata rakaman CCTV menunjukkan setiausaha politik seorang exco Selangor memasuki bangunan itu jam 5.15 petang Rabu.
  • Bagaimanapun tidak rekod Teoh keluar keesokannya selepas dilaporkan selesai siasatan jam 3.45 pagi Khamis.
  • Khalid juga berkata polis sudah mendapat telefon bimbit Teoh daripada seorang pegawai penyiasat SPRM.
1 - Macam mana selak penutup tingkap boleh ada berhampiran mayat simati..? adakah berlaku pergelutan sebelum mangsa jatuh dan selak penutup tingkap itu adalah satu-satunya yang sempat dicapai oleh mangsa dalam usahanya untuk menyelamatkan diri ketika ditolak..?

Mustahil orang yang hendak membunuh akan memaut sesuatu objek dengan kuat sehingga tercabut melainkan untuk menyelamatkan diri. mustahil orang yang nekad membunuh diri cuba menyelamatkan diri diawal usahanya membunuh diri melainkan setelah melakukannya.

2 - Bagaimana telefon bimbit mangsa boleh berada ditangan "seorang pegawai penyiasat SPRM"..? bukan didalam stor simpanan atau mana-mana bahagian yang dicatatkan atau direkodkan sebagai sebahagian dari bahan siasatan..?

sumber - perisik rakyat

No comments:

Related Posts with Thumbnails