Sahabat-sahabat PASZBB

Terbaru di Aku Budak Balun!

  • Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...
    11 years ago

Saturday, July 18, 2009

Komplot SPRM dan BN di Selangor! - Mesti baca!

Oleh MSK

Tanya lah kepada orang-orang Pakatan Rakyat di Perak…”Siapakah yang menyebabkan kerajaan PR Perak jatuh?”. Jawapanya hampir serupa. Hampir seratus peratus akan menyalahkan Jamal dan Osman. Kerana itulah yang dimainkan disetiap ceramah dan perjumpaan.

Orang-orang Pakatan Rakyat sudah lupa bagaimana BPR (Sekarang SPRM) memainkan peranan menjatuhkan Pakatan Rakyat Perak.

Tiga bulan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih Perak, Umno masih gagal memujuk Jamal dan Osman…malah beberapa lagi ADUN PKR untuk berpaling tadah. Umno sudah hilang kesabaran dan mula menggunakan khidmat BPR untuk membantu menjatuhkan PR Perak. Dan perancangan pun dimulakan untuk memerangkap Jamal dan Osman, dua orang ADUN PKR yang bermasalah.

Dengan menggunakan Imran sebagai ejen, BPR berjaya memerangkap Jamal dan Osman …dan satu operasi dijalankan. Skrip operasi tersebut disediakan oleh BPR Putrajaya, tanpa pengetahuan Pengarah BPR Perak, Datuk Shamsiah.

Pada hari operasi tersebut dijalankan, Datuk Shamsiah hanya membaca skrip yang disediakan oleh BPR Putrajaya…dan nyata skrip dan apa yang terjadi berlainan sama sekali. Datuk Shamsiah naik marah dan melawan. Akhirnya beliau ditukarkan ke Sarawak.

Tangkapan yang dilakukan terhadap Jamal dan Osman bukan kerana mereka benar-benar bersalah..tetapi hanya untuk digunakan sebagai ugutan terhadap mereka. Sehingga kini, walaupun kerajaan Perak sudah bertukar tangan..namun kes mereka masih lagi tertunggak-tunggak dimahkamah.

Dakwaan yang dilakukan terhadap Jamal dan Osman digunakan sebagai umpan untuk meruntuhkan kerajaan PR Perak. Kalau Jamal dan Osman bersedia untuk menyokong BN, maka dakwaan mereka akan ditarik balik. Ini kerja SPRM!! Komponen ke 17 Barisan Nasional.

Jamal memilih untuk tidak terjatuh dari Tingkat 14 Bangunan SPRM sebaliknya belot dan menyokong BN. Jamal dan Osman terselamat dari maut tetapi kerajaan PR Perak runtuh. Semuanya kerja SPRM.

Setelah berjaya di Perak, SPRM melebarkan aktivitinya ke Pulau Pinang. Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairus Khairudin juga bermasaalah. Tak perlu sesiapa pun yang melaporkan kepada SPRM, sebaliknya SPRM begitu ghairah membenteras rasuah dinegeri-negeri Pakatan Rakyat. 500 juta rasuah kapal selam terlalu kecil bagi mereka. 12.5 billion skandal PKFZ juga masih kecil bagi mereka.

Bukti-bukti terhadap Fairus memang jelas. Dan Anwar melakukan ‘pre-emptive strike’ dengan meminta Fairus meletak jawatan. Tetapi bukan itu yang dimahukan oleh SPRM!! SPRM tidak mahu Fairus meletak jawatan sebaliknya mengharapkan Fairus akan menjadi Jamal dan Osman.

SPR melengah-lengahkan keputusan untuk mengadakan pilihanraya kecil. Malah SPR juga cuba mengelak PRK diadakan. Seminggu kemudian, SPRM memutuskan Fairus tidak bersalah. Tidak ada kes terhadap Fairus.

Semasa keputusan SPRM Putrajaya mengumumkan Fairus bersih seperti kain putih, aku berada di Penanti bersama beberapa pemimpin PKR untuk persiapan PRK Penanti. Bila aku tanya…bagaimana kalau Fairus tidak bersalah dan menarik balik surat perletakan jawatannya…mereka senyum. Tak mungkin!! SPRM Pulau Pinang sudah memaklumkan kepada pemimpin PKR Pulau Pinang bahawa Fairus tidak boleh lepas.

Bila aku bagi tau kepada salah seorang pemimpin PKR disitu, tentang laporan Malaysiakini, dia terus menghubungi kawannya di SPRM Penang. SPRM Pulau Penang tak tahu menahu tentang pengumuman tersebut!! Malah kertas siasatan masih berada di Pulau Pinang!! Bagaimana SPRM Putrajaya boleh membuat pengumuman sedangkan kertas siasatan masih belum siap dan masih lagi di Pulau Pinang? Macam tu lah kerja SPRM. Mereka membuat kerja bukan untuk membenteras rasuah tetapi membuat kerja-kerja kotor Umno dan Barisan Nasional.SPRM gagal di Pulau Pinang.

Apabila Najib mengambil alih Umno Selangor, sasaran pertama Najib ialah untuk menggulingkan kerajaan PR Selangor. Dan sekali lagi SPRM dipergunakan. Tak perlu sesiapa yang membuat laporan…SPRM akan bertindak walaupun hanya laporan akhbar.

Tan Sri Khalid menjadi sasaran awal. Kes lembu korban pun boleh dijadikan alasan untuk SPRM membuat siasatan. Dan mereka serius!! Kalau kes Anwar pun boleh dicipta…apatah lagi terhadap Khalid. Pakatan Rakyat Selangor boleh dikatakan kukuh kalau mengikut jumlah kerusi. Ini sukar untuk Najib merampas Selangor tetapi Najib mempunyai seluruh jentera kerajaan untuk dipergunakan.

Siasatan yang dilakukan terhadap EXCO-EXCO Selangor merupakan langkah terdesak kerana Najib sudah hilang sabar. Najib perlu melakukan semua ini sebelum sidang Parlimen penggal depan yang akan bermula September atau Oktober ini.

Keruntuhan kerajaan PR Perak memberikan impak negatif kepada Umno. Rakyat bangun memberontak dan Najib tidak mahu perkara ini berlaku di Selangor. Dia mahukan rampasan kuasa yang akan dilakukan di Selangor akan dilihat seolah-olah mendapat restu rakyat. Sebab itu beliau bersungguh-sungguh mempelopori Kerajaan Perpaduan dengan Pas.

Apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock hanyalah salah satu dari ‘kekejaman’ Umno dan Barisan Nasional. Kematian Teoh Beng Hock juga sepatutnya menjadi ‘catalyst’ kepada Pakatan Rakyat untuk memperkukuhkan pakatan. Kejatuhan PR di Perak bukan hanya disebabkan oleh Jamal, Osman atau pun pemimpin-pemimpin PKR yang tidak bermoral. Kejatuhan PR di Perak adalah angkara Umno dan SPRM.

Altantuya dah mati…Bala dah hilang…Kugan mati dalam lokap…Raja Petra juga hilang…Adi Anwar Mansor masih memerlukan ‘life support’ akibat disiksa dalam lokap polis.

Berapa lagi nyawa yang diperlukan untuk mempertahankan nafsu Umno dan Barisan Nasional? Jangan tunggu sehingga anak kita sendiri mati dilokap polis atau membunuh diri di pejabat SPRM.

No comments:

Related Posts with Thumbnails