Assalammualaikum,
Hujan lebat seawal pagi Ahad 26 Julai 2009 bersamaan 4 Syaaban 1430H seolah-olah bakal menidakkan perancangan Rehlah kami. Alhamdulillah, dengan keizinan Allah SWT dan semangat yang tinggi, aktiviti Rehlah Muslimin PASZBB berjaya juga dilaksanakan dengan baik sekali!
Kehadiran 16 orang yang dilapangkan oleh Allah SWT untuk hadir benar-benar memasakkan kekuatan dan keyakinan betapa pentingnya kekuatan Ukhwah didalam perjuangan!
Aktiviti bertempat di Air Terjun Templer Kai, Serendah. Kami memulakan perjalanan dengan pendakian sejauh hampir 500m untuk ke lokasi di atas bukit. Bekalan seperti mee goreng, sandwich,teh 'o' panas untuk sarapan pagi telah sedia disiapkan di rumah ahli-ahli yang ditugaskan menyediakannya.
Pengisian aktiviti Rehlah dimulakan dengan senaman ringan.. maklumlah.. urat-urat semua dah lama bersimpul-simpul.. diketuai oleh Ketua Unit Amal Hulu Selangor, sdr Sazali..
Selepas itu, acara mandi-manda ringan jugak.. dalam kebasahan semua ahli menunaikan Solat Sunat Dhuha berjemaah diimamkan oleh Ustaz Wan Shamsuddin. Agak janggal pada sebahagian besar ahli untuk menunaikan solat di atas batu-batuan yang tidak rata dan keras! ditambah pula dalam keadaan badan dan pakaian yang basah lenjun!
Selepas itu aktiviti mandi-manda disambung dan disusuli oleh aktiviti yang diadakan didalam air seperti ta'aruf, 'ikatan ukhwah', 'sayang di sayang', 'dariku bermakna' dan 'biar hancur jasad'.
Aktiviti bebas diadakan selepas itu untuk aktiviti makan-makan.. Hidangan 'BBQ' ayam bakar,daging masak kicap dan pelbagai lagi menjadi juadah kami dan yang paling menarik adalah makan buah durian yang dibawa sekali oleh jemaah! betapa hebatnya Allah SWT mencipta buah-buahan yang pelik namun amat lazat di dunia ini! Mustahil untuk dibayangkan bagaimana pula lazatnya nikmat buah-buahan Syurga! Subhanallah!
Aturcara Rehlah hari itu diakhiri dengan Solat Zuhur Berjemaah sebaik sahaja selesai salah seorang ahli melaungkan kalimah mulia yakni Azan diatas batuan yang tinggi di situ.
Mungkin itulah pertama kali laungan azan dilaungkan disitu.. Kelihatan juga beberapa orang 'mat rempit' yang turut berkelah berhampiran kawasan kami menadah tangan berdoa selepas laungan azan.. Alhamdulillah..
Kami menunaikan solat Zuhur berjemaah diatas pasir di seberang sungai tersebut! begitulah sebenarnya Islam sebagai agama yang mudah namun jangan dipermudah-mudahkan!
Solat Zuhur diimamkan oleh Ustaz Muhammad selaku Naqib usrah PASZBB.
Selepas solat zuhur, sedikit Tazkirah Zohor yang disampaikan oleh Ustaz Wan Shamsuddin. Tazkirah beliau berkaitan perihal kalimah 'Lailahaillallah' dan kebesaran Allah SWT.
Semoga ianya menjadi panduan buat kami semua!
Akhirnya, syukur yang sebesar-besarnya kepada Allah SWT diatas segala kurniaanNya dan kelancaran aktiviti Rehlah kami kali ini. InsyaAllah, dikelapangan yang lain, dengan izin Allah SWT kita akan bertemu lagi di program-program sebegini dimasa akan datang. Buat sahabat-sahabat lain yang tidak berkesempatan, rugi tau! Kepada Allah kita pulangkan segala-galanya..
SU PASZBB
sedikit antara rakaman peristiwa..
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...
11 years ago
No comments:
Post a Comment